Otak dan sentuhan semua orang sudah hanyut dari perkara pokok!
Pandai sungguh mereka melarikan isu.
Wakil Comango cabar pihak berkuasa tangkap
Wakil Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia – yang diharamkan kerajaan minggu – lalu hari ini mencabar pihak berkuasa menangkapnya kerana mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan itu.
Chew Swee Yoke, anggota pengasas Persatuan Peguam Wanita berkata, jika kes itu dibawa ke mahkamah, ia hanya akan “memalukan” kerajaan.
“Saya hari ini sedia ditangkap, itu sebabnya saya datang dengan kasut berjalan, bukan kasut mahkamah,” katanya.
“Saya gembira jika mereka mendakwa saya kerana ia akan menjadi kes mahkamah yang menarik dan akan memalukan mereka (di mahkamah).”
Chew, yang tampil berpakaian keluar panjang gelap dan kasut sukan merah jambu, berkata demikian dalam sidang media Comango di ibu negara hari ini.
Comango dianggotai oleh 52 NGO yang terlibat dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) hak asasi manusia oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa