Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 7, 2014

Ini Politik Gila Atau Politik Orang Gila?

Kenapa bodoh dan gila sangat?
Adakah ini amalan politik Malaysia?
Sudahkah dibuat laporan polis?
Adakah polis akan bertindak di atas prinsip keadilan?

Tapi apa nak kata lagi bila Mufti sendiri pun berFatwa seolah menghasut ke arah keganasan
Aku harap sigila ni akan ditutup mulutnya oleh pihak polis!

Speaker S'gor diancam bunuh ekoran kenyataan palsu
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh menerima ancaman bunuh ekoran tulisan di Internet yang mendakwa beliau membuat kenyataan tidak sensitif berkaitan seorang perempuan mengandung yang gambarnya tersebar meluas.

“Saya hanya tahu (berkaitan tulisan itu) pada Sabtu pagi apabila seseorang menghantarnya kepada saya. Saya dengan segera menyangkalnya di Twitter dan Facebook.

“Saya tidak pernah katakannya. Mereka bermain permainan yang bahaya dengan mewujudkan kebencian kaum. Seseorang di Facebook 'Anti Semua Salah Umno' malah mahu saya dibunuh.

“Sangat menakutkan. Polis menyiasat (anggota Parlimen Pandan) Rafizi Ramli berdasarkan e-mel palsu dan kebencian kaum tercipta berdasarkan petikan kata-kata yang palsu. Bila mereka akan berhenti?” katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Dalam Facebook 'Anti Semua Salah Umno', seorang pengguna dikenali Ben Firdaus pada Sabtu menulis: “Jom cari hannah ni... bunuh dia."

Facebook itu memaparkan gambar seorang wanita bertudung duduk di lantai dalam sebuah pengangkutan awam kerana tempat duduk penuh.

Rafizi minggu lalu membuat laporan polis terhadap empat penulis blog yang didakwa menyebarkan e-mel yang mendakwa beliau meletakkan bahan letupan dalam bandar di ambang tahun baru 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa