Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 16, 2014

Ini Pun Pastinya Kedai Mamak

Hambek ko
Makanlah lagi kat kedai Mamak
Dari dulu memang aku tak masuk kedai Mamak

Gagal mengucap dengan lancar
NIK MUHD RAFIQ ABD GHANI
16 Januari 2014

Sepasukan pegawai Penguat kuasa KPDNKK Dungun dan Jabatan Pengurusan Halal Maidam menyoal siasat pekerja di restoran terbabit.

DUNGUN – Dua pekerja restoran, dipercayai warga asing yang sedang melayan pelanggan tiba-tiba lesap apabila sepasukan pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tiba di lokasi terbabit bagi melakukan pemeriksaan.

Operasi yang turut disertai Jabatan Pengurusan Halal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) serta Penguat kuasa Jabatan Agama Dungun tersebut dilakukan berdasarkan maklumat orang awam selepas meragui status halal restoran terbabit.

Berdasarkan maklumat, terdapat beberapa pekerja warga asing dipercayai berketurunan India yang bekerja di restoran baru dibuka awal tahun itu.

Hasil soal siasat ke atas seorang pekerja lelaki di bahagian dapur mendapati dia gagal melafazkan kalimah syahadah dengan lancar sehingga menyebabkan status agamanya diragui biarpun dia mendakwa beragama Islam.

Pekerja tak tahu status restoran

Salah seorang wanita Melayu yang bekerja di situ berkata, terdapat 15 pekerja di restoran yang turut menjual makanan masakan utara itu yang mana dua daripadanya difahamkan warga asing bukan beragama Islam.

Katanya, masing-masing menerima gaji antara RM35 hingga RM80 bergantung kepada kemahiran dimiliki dan restoran itu beroperasi dari pagi hingga jam 2 pagi.

Menurut pekerja warga tempatan yang berusia 20an itu, dia tidak tahu status restoran tersebut sama ada mempunyai sijil halal atau tidak, malah mengakui ia diselia oleh seorang warga tempatan berketurunan India Muslim.

Katanya, sejak ia beroperasi, restoran itu difahamkan menjadi tumpuan peminat masakan utara di sekitar bandar Dungun.

Sayur berselerak atas lantai

Ketika pemeriksaan dilakukan di restoran terbabit, didapati tahap kebersihannya tidak memuaskan.

Sebahagian daripada peralatan memasak seperti kuali diletakkan di atas lantai dan sayur-sayuran juga berselerakan di lantai simen manakala, peralatan lain pula dibiarkan terdedah tanpa dicuci.

Menurut pekerja wanita itu lagi, sejak dibuka, restoran itu tidak pernah diperiksa, biarpun dia sendiri kurang yakin dengan tahap kebersihan di bahagian dapur.

Sementara itu, Ketua Cawangan pejabat KPDNKK Dungun, Ahmad Mahmood mengesahkan serbuan terbabit dan pihaknya turut mengeluarkan beberapa kompaun atas pelbagai kesalahan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa KPDNKK akan terus memantau operasi restoran tersebut agar tidak melanggar peraturan mengikut akta yang termaktub dalam perlembagaan.

Pihak Penguat kuasa Maidam pula menjalankan siasatan berkaitan dakwaan restoran itu dikendalikan oleh pekerja bukan Islam dan jika ada bukti kukuh yang boleh dikaitkan dengan kesalahan syariah, kes terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Peniaga restoran dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 jika sabit kesalahan  boleh dikenakan denda maksimum RM15,000.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa