Satu soalan untuk manusia yang mengaku Islam: Rela dan redhakah kita menggunakan hasil yang tentu haram itu?
Pemuda Gerakan: Tak perlu pisahkan hasil judi
Pergerakan Pemuda Gerakan memberi amaran bahawa cadangan oleh MP DAP, supaya hasil cukai dari aktiviti perjudian digunakan hanya untuk kegiatan orang bukan Islam, akan membentuk jurang lebih luas di antara masyarakat.
Ketua pergerakan itu Tan Keng Liang berkata cadangan oleh MP Seremban Anthony Loke itu menguntungkan masyarakat bukan Islam, tetapi bebanannya akan ditanggung oleh orang Islam.
“Cadangan ini akan membentuk lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat Malaysia berasaskan agama.
“Sebagai negara yang progresif, kerajaan kita tidak sepatutnya cuba membentuk dasar berasaskan kaum atau agama.
“Tidak perlu pisahkan cukai dan agihan berasaskan kepercayaan kaum. Semua rakyat Malaysia patut dibantu tanpa mengira agama,” kata Tan dalam satu kenyataan.
Loke, yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP semalam mencadangkan agar hasil cukai dari perjudian diletakkan dalam akaun berasingan.
Katanya, ia merupakan tindakan “serampang dua mata” kerana wang tersebut boleh digunakan untuk kebajikan, pendidikan dan kegiatan kebudayaan orang bukan Islam dan boleh membantu meredakan kebimbangan orang Islam berhubung hasil tidak halal.
Tan bagaimanapun berpendapat, langkah itu akan membentuk “stigma tidak adil” bahawa orang bukan Islam bergantung kepada perjudian dan perbuatan dosa lain untuk membiaya kebajikan, pendidikan dan kebudayaan.
“Malang juga kerana DAP muncul dengan cadangan seperti ini ketika orang Islam dan Kristian di Malaysia mengalami pergeseran dalam isu (kalimah) 'Allah',” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa