Kalau inilah pendirian ISMA rasanya tadak sapa pun yang heran
Fatwa menumpahkan darah sesama Islam lagikan mereka sokong
Inikan pulak Kristian......
Nampaknya yang Islam sebenar hanyalah ada pada UMNO, ISMA, Jati dan Perkasa sahaja!
Bab Marina dan segelintir Islam di samping Marina ni, aku sokong pun tidak dan tentang pun tidak
Cuma apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan?
Mujahid dan Marina diserang pertubuhan Islam kerana didakwa bela Kristian
Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyifatkan perpecahan umat Islam di dalam negara berpunca daripada sikap umat Islam yang menyokong agama Kristian, termasuk sikap pemimpin Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) dan Datin Paduka Marina Mahathir yang disifatkannya menyokong Kristian.
"Hujahnya membuat orang awam jadi keliru, atau menerima saja kerana tidak ada neraca syarak untuk menilai. Sangat pelik dan ajaib pendirian itu untuk dipakai bagi pembela yang mengaku menjadi pemimpin Islam," katanya lagi yang merujuk kepada kenyataan Mujahid.
Isma juga kesal dengan tindakan umat Islam yang ke gereja untuk membela Kristian.
"Jika setiap kali ada pihak Islam yang ikhlas, berani dan lantang cuba untuk mempertahan kedudukan Islam, mereka akan dihentam.Beliau merujuk kepada anak bekas perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir serta rakannya yang menyertai hampir 1,000 penganut Kristian di himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes di Klang.
"Tetapi sebaliknya jika perlakuan Kristian yang mencabar agama Islam termasuk kes kedegilan pihak gereja untuk terus menggunakan kalimah Allah, ada pula orang Islam yang membelanya. Beruntung sungguh mereka (Evangelis) itu," bidas Naib Presiden II Isma, Rahman Mat Dali terhadap sikap orang Islam yang memperlekehkan agama sendiri sehingga menguntungkan pihak Kristian dalam satu kenyataan hari ini.
Isma, pertubuhan konservatif Islam, merujuk kepada tindakan Marina memberikan bunga kepada penganut Kristian di gereja berkenaan Ahad semalam.
Selain Isma, kumpulan pendesak Melayu Perkasa juga mengecam tindakan penganut Islam termasuk Marina kerana menyokong tindakan gereja yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah di Selangor.
Dalam pada itu, Marina yang ditemui hari ini selepas Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) enggan memberikan komen terhadap kecaman Perkasa terhadap dirinya.
"Saya tidak mahu ulas tentang Perkasa. Mereka banyak cakap perkara sampah," kata Marina.
Kontroversi kalimah Allah mendapat perhatian umum kembali selepas Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam.
Jais, pada minggu lepas, turut mengambil pendekatan merampas Bible dalam serbuannya ke atas premis Persatuan Bible Malaysia di Selangor. – 6 Januari, 2014.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa