Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 13, 2014

Jangan Bunuh Diri Terjun Bangunan Sudahlah!

Tempoh reman pegawai khas menteri dilanjut
12 Januari 2014
Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 
Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Foto Bernama

SEPANG - Tempoh reman bagi dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri dilanjutkan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.
    
Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari bermula esok untuk pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk.
    
Mereka yang berusia 44 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
    
SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
    
Kedua-dua individu itu ditahan reman empat hari mulai Khamis lepas manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman tiga hari untuk kes sama.
    
Wanita itu dibebaskan semalam. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa