Ini juga juga bukan setakat demo tapi menghasut lagi.....
Apa kata Polis dan KDN?
Kalau dikatakan gimik dan parody anti Najib tidak bermoral
Kenapa Melayu di sini juga membuang moral?
Sentimen anti-Cina kian membara
Yang mempersendakan Najib Razak dengan kangkung ialah Adun Machang Bubuk dan beberapa orang partinya (PKR).
Namun tunjuk perasaan Umno pagi tadi di Bandar Sunway Bukit Mertajam adalah ditujukan kepada DAP dan kaum Cina secara umumnya.
Jika pendemo orang Umno benar-benar marahkan perilaku lawak kangkung
itu, maka seharusnya mereka memprotes terhadap lambang atau bendera PKR.
Ini tidak. Mereka menterbalikkan roket pula (lihat gambar No.3, bawah).
Demo di atas itu ada permit polis tak?
Reaksi Umno Pulau Pinang ini bukan sekadar marahkan YB Machang Bubuk
tetapi sudah menggertak orang Cina supaya “Jangan cabar”. Poster acara
menggesa supaya “Melayu Bangkit” diiringi dengan seruan “Pantang ajal
sebelum maut”.
Ini Melayu Umno, dan bukan Melayu PAS atau PKR, yang naik berang
dengan Cina. Nampak semacam hubungan Umno dan MCA sudah berpatah arang
berkerat rotan. - Helen Ang
Kangkung Lembik, mana lah boleh bangkit. Buat gambar kartun bolehlah, sama macam kartun GST.
ReplyDelete