- JAN 04, 2014
- TAN SRI MUHAMMAD MOHD TAIB
Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti.
Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya.
Media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah. Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.
Begitu juga sistem kekeluargaan jauh dari amalan dan pegangan al-Quran dan Sunnah. Kecuali pada masa solat, puasa, naik haji. Cara bertompok-tompok.
Suasana persekitaran lebih pada cara sekular. Sambutan-sambutan apa sahaja termasuk akhir-akhir ini sambutan tahun baru. Tiap-tiap tahun diulang cara yang sama. Penganjur-penganjur tahu itulah cara menyambutnya.
Tiba-tiba isu kalimah Allah, Umno dilihat sangat Islamik. Yang ini kononnya Islamik yang lain tidak pula Islamik.
PAS tidak boleh ikut cara Umno main gila-gila apabila menghadapi satu-satu isu. Sebenarnya pendekatan PAS berpandu kepada al-Quran dan Sunnah adalah tepat sekali.
Dari aspek setinggi-tingginya hingga ke bawah semuanya hendaklah berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Jangan bila isu kalimah Allah ribut tapi lihat isu masyarakat dalam aspek sosialnya dan lain-lain hampir tidak langsung ikut al-Quran dan Sunnah.
Kita boleh tulis beribu-ribu hal dari kampung dan bandar yang kita lihat seolah-olah ajaran al-Quran dan Sunnah tidak diikuti.
Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja.
Sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan.
Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.
memang itulah yang sedang berlaku depan mata kita,kalau kita tidak didik anak kita ke arah Islam akan sukar lah untuk dipulihkan jika sudah terlencong jauh dari panduan Islam.awas musuh Islam disekeliling kita.
ReplyDeletealhamdulillah amat tepat sekali.. semoga ALLAH lindungi mereka2 yang berpegang teguh dengan al-quran dan sunnah bumi ini.
ReplyDelete