Ini pun rasanya pintak dibantu jugak nih!
Bimbang anak tergadai akidah
Oleh Amir Abd Hamid, Yusmizal Dolah Aling dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
Kajang: “Macam-macam berlegar dalam fikiran saya sekarang. Saya takut anak-anak dijual kepada along sebab bekas suami banyak hutang dan setiap kali berhutang, dia gunakan alamat rumah ini.
“Malah, baru-baru ini rumah saya disimbah cat merah. Malah, sekumpulan lelaki juga pernah memasuki rumah dan mengambil barangan berharga termasuk telefon bimbit dan beberapa barangan lain milik saya. Saya juga takut anak dibawa lari ke negara asal bekas suami di Myanmar,” itu luahan wanita mualaf, Nur Khatijah Jojos, 31.
Bagaimanapun, apa yang paling dibimbangkan Nur Khatijah, empat cahaya matanya berusia antara dua hingga lapan tahun itu tergadai akidah kerana bekas suaminya yang memegang kerakyatan Myanmar, Seinwin, 30-an, bukan beragama Islam.
Empat anaknya iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki yang dilarikan bekas suaminya ialah Nur Husna Abdullah, 8, Najwa Abdullah, 6, Sumayyah Abdullah, 5, dan Haron Abdullah berusia dua tahun.
Empat anaknya iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki yang dilarikan bekas suaminya ialah Nur Husna Abdullah, 8, Najwa Abdullah, 6, Sumayyah Abdullah, 5, dan Haron Abdullah berusia dua tahun.
NUR KHATIJAH menunjukkan kesan simbahan cat merah di pintu rumahnya yang dilakukan along.
Beliau berkata, dia juga sudah membeli barangan keperluan sekolah untuk anaknya ketika kejadian bekas suami melarikan semua anaknya itu pada 1 Januari lalu.
Tak perlu susah susah sakit kepala... Baitulmal ada dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun ada... Biar lah mereka buat kerja sekali sekala....
ReplyDeleteKasihan kat FB busy aje pun nsk rehat.