Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 3, 2014

Korang Boleh Terima Ker Alasan Ni?

Published: Jumaat Januari 3, 2014 MYT 7:00:00 PM
Jais Terlupa Maklumkan Mengenai Serbuan - Sallehen
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberitahu bahawa mereka terlupa untuk memaklumkan kepada jabatan-jabatan berkaitan dalam kerajaan negeri itu berhubung serbuan yang menyaksikan lebih 300 salinan bible dirampas di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis.
Selepas pertemuan dengan pengarah Jais dan pengarah penguatkuasa yang melakukan serbuan itu, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, alasan yang diterima adalah Jais terlupa untuk memaklumkan pihaknya dan pejabat Menteri Besar berhubung serbuan pada pagi Khamis itu.
"Jais mendakwa bahawa mereka melakukan serbuan itu kerana merasakan ia melanggar Enakmen 1988 tentang penggunaan kalimah Allah," katanya pada Jumaat.
Sallehen turut meminta Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad untuk menyediakan laporan berhubung serbuan itu.
Jelasnya lagi, beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil PBM pada Isnin sebelum menghantar kesemua maklumat relevan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kami perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak sebelum menghantar maklumat kepada Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata, Khalid kemudiannya akan mendapat perkenan Sultan Selangor sama ada Jais telah bertindak di luar bidang kuasa mereka.
Difahamkan serbuan itu dilakukan selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang melarang penggunaan 'Kalimah Allah' di kalangan penganut bukan Islam.
Antara 350 salinan penerbitan Kristian yang dirampas termasuk Bible dalam Bahasa Malaysia atau Al-Kitab (310) dan versi Iban atau lebih dikenali sebagai Bup Kudus (10).
Beberapa pegawai penguatkuasa serbuan turut merampas 20 salinan Luke Gospel dalam Bahasa Malaysia.

1 comment:

  1. jangan lupa keperitan kita bagi menampung kos hidup seharian yang makin meningkat.itu serbu serbu perkara biasa macam biasa juga la

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa