Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 6, 2014

Memang Sekarang Ramai Yang Buat Lawak Bodoh!

Lawak bodoh yang menyebabkan saya tak suka tengok rancangan Raja Lawak!

Isnin Januari 6, 2014
Shiro Jawab Isu Digam RTM dan Lawak 'Bodoh' Depan Menteri
PETALING JAYA: Kumpulan pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak 'bodoh' dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.
"Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka.
"Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Ajak berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan menyampaikan lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini.
Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas.
Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.
"Ya...kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu," ujarnya.
Bagaimanapun, mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.

Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan.

1 comment:

  1. lawak bodo sangat-sangat laris di felda-felda dan kawasan luar bandar yang majoritinya sokong umno ... artis buat lawak bodo dikira bagus dan diterima baik oleh rtm ... menteri-menteri umno pun ikut buat lawak bodo semata-mata nak jaga hati pengundi ... melayu bodo....!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa