Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 9, 2014

Pegawai Khas Menteri Pulak Ditahan: Datuk Mana Pulak Ni?

Menteri mana ek?
Kesian.......pegawai khas menteri pun tak cukup makan!

SPRM tahan reman pegawai khas menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri dan seorang ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' kerana disyaki terbabit dalam rasuah berhubung pemberian tender pembersihan di sebuah kementerian.

Pegawai khas berkenaan ditahan di sebuah restoran malam tadi oleh pegawai SPRM.

Menurut satu kenyataan SPRM, Ketiga mereka yang berumur antara 30-an dan 40-an dibawa ke Mahkamah Putrajaya jam 8.30 pagi tadi.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman selama tiga dan empat hari bagi semua yang disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - sumber

2 comments:

  1. nampak sungguh manusia ni bernafsu nak hidup mewah secara mudah.saban hari baca kes rasuah apa la nak jadi kat negara kita ni

    ReplyDelete
  2. Nak jadi orang kayu baru lah....sekarang trend kan. Boleh pakai Alphard tinted hitam; ada gaya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa