Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 10, 2014

Pengharaman Comango: Kuatkah Suara Suhakam?

Rasanya dah banyak Suhakam bersuara
Tapi nampaknya kerajaan buat 'derk jer'?

Suhakam amat kesal KDN haramkan Comango

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat kesal dan bimbang dengan kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyatakan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) adalah sebuah organisasi haram.

Suhakam berpendapat kenyataan sedemikian menafikan hak asasi kumpulan masyarakat sivil kepada kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara, kata Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam.

Ia juga menjejaskan usaha kumpulan masyarakat sivil dan para pejuang hak asasi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini, katanya dalam satu kenyataan.

"Kenyataan tersebut juga mencerminkan kegagalan pihak Kementerian dalam mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh kumpulan masyarakat sivil sebagai mekanisme “check and balance” dalam sebuah sistem demokrasi yang berfungsi sepenuhnya dan berkembang maju, seperti yang diisytiharkan oleh perdana menteri," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam menyeru pihak kerajaan, selaku ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Hak Asasi Manusia yang dihormati, mematuhi dan memenuhi komitmennya sepertimana yang tertera dalam Resolusi 12/2 Majlis Hak Asasi Manusia (“Kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, wakil-wakilnya dan mekanisme dalam bidang hak asasi manusia”) yang memerlukan negara-negara anggota mengambil langkah-langkah untuk melindungi pembela hak asasi manusia dan menghalang segala jenis intimidasi atau tindakan balas terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja mempromosi hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

"Suhakam menyeru kerajaan untuk berunding dan berdialog bagi menangani cabaran pluralisme dalam semangat "1 Malaysia", dan bukannya melakukan gangguan dan penindasan secara selektif terhadap Comango dan kumpulan hak asasi manusia yang lain di negara ini.

"Suhakam juga menggesa kerajaan untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada yang bersifat menekan, khususnya Akta Pertubuhan 1966, yang mengehadkan hak warganegara untuk membentuk dan mengendalikan organisasi mereka," kata Hasmy.

Menurutnya lagi, sebarang penggantungan dan kajian semula terhadap persatuan seharusnya dilakukan secara saksama, bebas serta mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia yang merupakan asas kepada sebuah sistem demokrasi yang berfungsi sepenuhnya. - sumber


No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa