Aku yakin majoriti peminat dah lama 'berbulu' dengan FAM nih!
'Rombak FAM dulu sebelum ambil jurulatih mahal'
ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad mahu reformasi menyeluruh struktur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta rombakan liga domestik negara bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu sukan nombor satu negara ini.
Beliau berkata reformasi ini perlu bermula dengan penukaran presiden FAM yang telah berada di kedudukan itu selama 30 tahun dan tahap bola sepak masih di takuk lama."Bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran presiden FAM dan struktur organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
“Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memberi pandangan berikutan laporan media bahawa FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya.
Selain Troussier yang berjaya membawa tiga negara ke Piala Dunia, nama Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali), Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic turut dikaitkan dengan kerusi panas tersebut.
Minta RM4 juta setahun?
Nik Nazmi bimbang dengan pelaburan besar tanpa manfaat apabila beberapa sumber menyebut Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmatnya.Justeru beliau yang juga timbalan speaker Selangor menyambut baik kenyataan-kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan pelantikan jurulatih yang mahal buat negara.
"Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi.
“Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan.
“Yang penting, perubahan mestilah diinstitusikan dan tidak berharapkan kekuatan personaliti atau individu semata-mata," kata beliau. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa