Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 14, 2014

Tahniah Untuk Ronaldo

Aku memang suka gaya dan kepintaran pemain ni di padang......
Lionel Messi pun tak kurang hebatnya
Bini aku pun panggil dia 'Ronaldo smart'

Published: Selasa Januari 14, 2014 MYT 8:31:00 AM
Updated: Selasa Januari 14, 2014 MYT 8:47:05 AM

Ronaldo Pemain Terbaik Dunia 2013
Ronaldo memperagakan trofi yang dimenanginya.

BINTANG sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia buat kali kedua pada Isnin.
Ronaldo berjaya mengetepikan pencabarnya, Lionel Messi daripada memenangi anugerah itu buat kali kelima berturut-turut.
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sepasukan saya sama ada yang beraksi untuk kelab dan negara.
"Tanpa usaha mereka, perkara ini tidak akan menjadi kenyataan. Saya amat gembira, terlalu sukar untuk memenangi anugerah ini," katanya.
Beliau menitiskan air mata ketika berucap selepas menerima anugerah tersebut.
Pemain Barcelona, Messi yang dibelenggu kecederaan pada akhir tahun lalu, menduduki tempat kedua dengan undian 24.72 peratus.
Franck Ribery dari Perancis pula ditempat ketiga dengan memperoleh undian sebanyak 23.36 peratus.
Ronaldo merangkul trofi berprestij itu dengan mendapat 1,365 mata, dihadapan Messi (1,205 mata) manakala Frank Ribery meraih 1,127 mata.
Latar belakang:
Nama penuh: Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Tarikh lahir: 5 Februari 1985
Tempat lahir: Funchal, Madeira, Portugal
Posisi: Penyerang sayap
Kelab terkini: Real Madrid
Jersi: No.7
Kelab: Sporting CP (2002-2003), Manchester United (2003-2009), Real Madrid (2009 sehingga kini)
Antara anugerah yang pernah dimenangi: Pemain terbaik dunia (2008, 2013), Pemain terbaik dunia FIFPro (2008), Penjaring terbaik La Liga (2010-2011), Penjaring terbanyak Copa del Rey (2010-2011), Pemain paling bernilai LFP (2012-2013) - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa