Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 1, 2014

Tindakan Yang Betul?

Dia dah pakai title Tan Sri
Apa ada pada pingat negeri?

Pihak istana hormati niat bekas Presiden JCorp
1 Januari 2014
JOHOR BAHRU - Jumaah Majlis Diraja Johor menghormati niat tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) untuk memulangkan semula ketiga-tiga darjah kebesaran negeri Johor baru-baru ini.
   
Setiausahanya, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, keputusan Jumaah itu telah dipersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
   
"Jumaah Majlis Diraja menghormati niat mulia Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim," katanya di dalam satu kenyataan empat perenggan hari ini.
   
Undang-undang dan peraturan Darjah Mahkota Johor, kata Abdul Rahim, memperuntukkan seorang Datuk Johor boleh berhenti menjadi ahli darjah di atas apa sebab sekalipun dengan memulangkan tanda kebesaran itu kepada Jabatan Menteri Darjah berkenaan.
   
Kenyataan beliau itu merujuk tindakan Muhammad Ali yang juga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) memulangkan kesemua tiga darjah kebesaran Johor kepada jumaah pada 27 Disember lepas.
    
Tokoh korporat itu pada 28 Disember lepas berkata tindakannya itu adalah berikutan kenyataan Abdul Rahim pada 5 Disember lepas berhubung artikel tulisannya dalam sebuah akhbar tempatan yang disiar pada 2 Disember lalu.
   
Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor itu telah meminta Muhammad Ali memberikan penjelasan berhubung artikelnya yang bertajuk, 'Menuntut Hak, Menebus Masa Silam'.
   
Darjah kebesaran yang dikembalikan ialah Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang diterima pada 8 April 1996 dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diterima pada 8 April 1984, kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk', serta Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ).  - Bernama

4 comments:

  1. 28:83. Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

    nyawa pun akan tercabut dari jasad kita apatah lagi pangkat dunia hakikatnya dunia ini hanyalah cubaan
    untuk orang yang beriman kepada Allah. pangkat tertinggi taqwa.

    ReplyDelete
  2. Tahniah TS, anda the best jika nak dibandingkan dgn pemimpin umno dan ahli koperat umno yg pengampu. Diberi amanah, puak2 ni la yg menghancurkan negara disebalik mengaku kononnya umno la pembela rakyat dan orang melayu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah TS. Tindakan tersebut menunjukkan bahawa TS adalah individu yang ada prinsip dan pencapaian cemerlang TS dalam dunia koprat bukan kerana menggunakan bintang dan darjah2 kebesaran seperti kebanyakan parasit2 umno (yang selalunya kaya atas angin dan menjahanamkan negara dan rakyat).

    ReplyDelete
  4. 2X5 je,tulisannya yg berkait dgn minda melayu feudal masih lagi nak menyembah sultan....entahlah orng melayu ni tak faham2 hanya Allah SWT saja yang berhak disembah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa