Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 10, 2014

Misha Omar: ‘Suami tidak gemar makan luar’ Atau ‘Suami tidak gemar makan di luar’?

‘Suami tidak gemar makan luar’
Oleh Michelle Gun
Selepas berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 2 Mei lalu, Misha Omar mendedahkan dia sering kurang sihat.
Bagaimanapun, isteri kepada Firos Ezzwan Rossly itu menafikan masalah kesihatan itu mungkin disebabkan dia sudah mengandung. 
Sebaliknya, penyanyi berusia 32 tahun itu menganggap ia adalah sebahagian daripada dugaan Allah SWT dalam melayari kehidupan berumah tangga. 
“Sejak berkahwin, saya selalu batuk dan selesema, mungkin sebab cuaca terlalu panas.
“Lagi pun saya ada asma dan resdung, jadi rasa tak sihat sepanjang masa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurut Misha, dia sudah berjumpa dengan doktor dan disahkan tidak menghidap sebarang masalah kesihatan serius. 
“Walaupun kurang sihat, aktiviti seharian tidak terganggu dan saya masih boleh berpuasa dan makan,” katanya. 
Berkongsi pengalaman kali pertama menyambut Ramadan sebagai isteri, Misha berkata, suaminya tidak gemar makan luar dan mahu dia memasak. 
“Saya menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur untuk suami. Dia suka makanan ringkas dan paling penting ada ayam. 
“Disebabkan suami tidak suka makanan pedas, jadi saya perlu menyediakan makanan mengikut seleranya,” katanya. 
Tambah penyanyi itu lagi, dia tidak kisah apabila suami memberi pendapat serta menegur masakannya kurang menepati seleranya. 
“Saya mahu suami terus terang kerana ingin menyediakan makanan yang sedap. Mujur suami bukan jenis yang memilih dan menerima masakan ringkas,” katanya. 
Sambut Aidilfitri dengan mentua 
Kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai isteri, Misha mungkin akan menyambutnya bersama keluarga suaminya di Negeri Sembilan. 
Dalam perkembangan lain, Misha dalam proses menyiapkan album terbarunya namun terpaksa ditunda kerana masalah kesihatan. 
“Album ini akan memuatkan lapan lagu dan ada dua lagi yang perlu dirakam. Buat masa ini saya tidak dapat nyanyi kerana suara sengau dan perlu tunggu kesihatan pulih sepenuhnya,” katanya. 
Selain album baru, penyanyi itu turut mencipta lagu istimewa berjudul ‘Bawa ku ke sana’ yang mengisahkan harapan terhadap suaminya. 
“Ini kali pertama saya mencipta lagu sendiri dan mendapat inspirasi ketika melihat kad kahwin. Melodi lagu itu datang secara spontan dan saya meminta bantuan Helen Yap untuk menghasilkan lagu itu,” katanya. 
Menurutnya, lagu itu belum disiapkan dan tidak pasti jika karyanya itu akan dimuatkan ke dalam album barunya kerana berentak pop R&B.

1 comment:

  1. Patut le berisi... Suka mkn ayam... Ayam suntik lak... Nasib baik sekeluarga xsuka mkn ayam... Alhamdulillah slim le....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa