Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 10, 2014

Gaza Terus Dibedil: Di Mana Suara Negara Islam? OIC Memang Dah Jadi Oohh...I...See!

Satu lagi di mana para Jihadis dari negara Islam lain?
Kenapa hanya tertumpu di Syria dan Iraq?

Gaza Terus Dibedil, Angka Korban Meningkat 57
Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 10:12 AM - mStar
GAZA CITY: Tujuh terkorban dalam serangan udara oleh Israel di Semenanjung Gaza awal hari Khamis.
Serangan tiga hari berturut-turut itu menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban meningkat kepada 57 orang mangsa.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberikan amaran serangan akan ditingkatkan walaupun setakat ini tiada korban membabitkan Israel.

Presiden Palestin Mahmud Abbas menuduh Israel sengaja melakukan serangan tersebut dan dalam pada masa sama pergerakan Hamas terus melancarkan roketnya ke arah Israel.

Roket yang dilancarkan menyebabkan siren dibunyikan di beberapa bandar utama sehingga bunyinya didengari dari Gaza, Tel Aviv, Baitulmuqaddis, dan Haifa.

2 comments:

  1. OIC hanya lah negara negara bahalol...

    Mana tidak nya , OIC perut kenyang tidor nyenyak apa nak sakit kepala pasal palestine...

    Rata2 pemimpin OIC semua bahalol benggap dsn pencuri harta rakyat , sendiri lahanat...

    Msna ada lahanat nak tolong orang lain....?

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 Malaysia yang berlunak2 dengan Yahudi Israel dapatlah saham sama dalam pembunuhan umat Islam di Gaza. Tambah pula bulan puasa ni, nilai sahamnya berlipat kali ganda. Syabas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa