Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 3, 2014

Jihad: Ini Fatwa Abdul Shukor Husin

Pada satu masa Malaysia sibuk memerangi Syiah
Hari ini pula beliau berkata penganut fahaman Syiah masih dalam kelompok Islam cuma mereka bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah!
Habis siapa yang rakyat boleh pakai?
Haru...haru....

Kegiatan Militan Tidak Boleh Ditafsir Jihad, Berdosa
Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 9:20 PM - mStar

KUALA LUMPUR: Perbuatan mencederakan saudara sesama Islam termasuk melalui kegiatan militan tidak boleh ditafsir sebagai jihad kerana tindakan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan hukumnya berdosa.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin turut meluahkan rasa kesal kerana ada rakyat Malaysia yang mudah terpesong dengan maksud jihad sehingga sanggup menggadai nyawa untuk memusnahkan negara Islam lain dan mencederakan umat Islam di negara itu. 

"Kalau kita pergi berjihad mempertahankan agama kita itu baru jihad, tapi kalau kita pergi berjihad dan berperang sesama saudara Islam itu yang salah.

"Ramai yang menyalah erti fahaman jihad itu sendiri, malah kita tidak pasti peperangan itu bertujuan untuk apa," katanya kepada Bernama, Khamis.

Beliau juga melihat campur tangan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara bergolak terbabit sebagai tidak perlu kerana negara berkenaan adalah negara berdaulat dan pertikaian boleh diselesaikan tanpa pertumpahan darah.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan nama lima lagi rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

Tiga daripada mereka dipercayai terbabit merekrut serta mengatur pergerakan anggota dari Malaysia ke Syria bagi menyertai perjuangan pertubuhan militan di sana. 

Sejak 28 April lalu, polis menahan 19 orang yang dipercayai terbabit dalam rangkaian militan di Syria dan selatan Filipina.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata sebaiknya rakyat Malaysia cuba membantu menyelesaikan konflik di negara berkenaan secara aman.

"Kita seharusnya menolong mengislahkan mereka, membaikpulihkan keadaan, bukannya kita kena sokong mana-mana pihak dan mengeruhkan lagi suasana dengan berperang," katanya.

Ditanya mengenai ideologi militan terbabit adalah untuk memerangi pengikut ajaran Syiah, beliau berkata penganut fahaman Syiah masih dalam kelompok Islam cuma mereka bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah.

Mengenai kemungkinan Malaysia mengeluarkan fatwa rasmi berhubung pembabitan umat Islam negara ini dalam kegiatan militan di luar negara, beliau berkata perkara tersebut belum dibincangkan.

Abdul Shukor turut menyarankan kepada umat Islam yang mahu berjihad agar menyertai perjuangan yang lebih jelas seperti di Palestin dan jihad itu bukan dari segi tenaga tetapi juga bantuan kewangan.

2 comments:

  1. Assalam ADmin!Saya dah jadi keliru dah macam fatwa tentang JIHAD ni dah kuar dari mulut2 yang faham sangat tentang islam ni da kata boleh,da kata tak boleh.Mana satu nak ikut. Adakah saya ni jahil atau yang kuar statement yang...... sekadar untuk keperluan donia ja tak ke akhirat.Untuk periuk nasi sendiri.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik kita mendengar dr pelbagai sumber ilmuan.terutama dr mereka yg kelihatan ikhlas dan tidak berkepentingan.dlm masa yg sama jgn kita sentiasa berpuashati jd pengguna shj.cuba bljr dr pelbagai rujukan ulamak dahulu n terkini..buat perbandingan..gunakan mana yg lebih mendekatkan diri dgn taqwa..bkn nafsu yg mencintai kehidupan.alasan sy bkn alim dan baik x terpakai..kita mampu belajar hingga peringkat tinggi dlm bidang masing2..kenapa tak digunakan keintelektualan itu dlm bidang agama dan lain2.ayuh sama2 kita berusaha...peringkat awal memang kita sgt terkeliru.anggaplah kita masih kebudak budakkan.masa mematangkan kita.yg penting mulakan langkah awal.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa