TIANG lampu tertusuk pada perut lelaki Nigeria dalam kemalangan di Seremban awal pagi ini
PIHAK Bomba mengeluarkan lelaki Nigeria yang tertusuk tiang lampu di perutnya
MANGSA dibawa ke hospital bersama dengan tiang lampu
SEORANG lelaki warga Nigeria yang terpaksa menahan kesakitan apabila tiang lampu menembusi perutnya selepas terlibat dalam kemalangan di susur masuk Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) arah Mantin, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, mangsa, Akpropra Ediowei Pripn, 22 (gambar), cedera parah di bahagian perut apabila sebahagian hujung tiang lampu lebih kurang 10 meter panjang itu menembusi perutnya.
Jurucakap polis berkata, mangsa bersama tiga rakannya yang juga warganegara Nigeria dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Mantin menaiki kereta jenis Honda Saloon.
Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu rakan mangsa telah melanggar tiang lampu yang sebelum itu tumbang di atas jalan. Akibatnya, tiang lampu itu menembusi kereta dan tertusuk badan mangsa di bahagian perut.
Sementara itu, menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N.Sundram, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 pagi dan tiba kira-kira jam 5.49 pagi di lokasi kejadian.
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa selama 20 minit untuk memotong besi berkenaan bagi memastikan mangsa selamat. Ketika pemotongan dilakukan mangsa dalam keadaan sedar dan terpaksa menahan sakit.
Pihak ambulan terpaksa membawa mangsa bersama tiang lampu yang masih tertusuk di bahagian perut ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Difahamkan, mangsa yang cedera parah itu kini stabil selepas tiang besi berjaya dikeluarkan melalui pembedahan. - MG
Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any widgets I
ReplyDeletecould add to my blog that automatically tweet my newest twitter updates.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you
would have some experience with something like this.
Please let me know if you run into anything. I truly
enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.
Visit my page: milk of magnesia for oily skin