Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 3, 2014

Dah Kantoi Tapi Masih Sayangkan Israel!

Sebelum ini bermatian-matian menafikan Malaysia ada hubungan dagang dengan Israel
Tetiba hari ini pekong dah terdedah dan terkantoi........
Dari apa yang dinyatakan dalam kenyataan ini Tok Pa baca Kabinet Malaysia masih terlalu sayangkan Israel!

Rujuk Jemaah Menteri sebelum boikot
BH - 2014/08/03 - 06:47:05 AM
Mustapa menyampaikan sumbangan hari raya pada majlis mesra Aidilfitri di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tanjung Chat, Kota Bharu, semalam.

Kota Bharu: Malaysia perlu merujuk kepada jemaah menteri sebelum membuat sebarang kenyataan atau keputusan untuk menolak serta memboikot penggunaan produk atau barangan yang dikeluarkan Israel. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata perkara itu memerlukan penelitian serta perbincangan secara terperinci dan kerajaan kini sedang memperhalusi setiap aspek sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan. 

“Kita tidak nafikan ada syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini menggunakan komponen dihasilkan oleh Israel dan mereka juga mengeksport produk ke negara berkenaan.


Tapi kalau rakyat yang boikot tentu tak ada masalah kerana keputusan di tangan kita (pengguna) 

Rujuk kat sini atau baca N3 di bawah:

Gunakan Kuasa Pengguna Boikot Produk Israel  
Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 3:17 PM - mStar

PUTRAJAYA: Pengguna di Malaysia boleh memberi tekanan kepada ekonomi Israel dengan bertindak memboikot barangan yang dikaitkan dengan negara berkenaan secara besar-besaran.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata sudah tiba masanya pengguna beralih kepada produk alternatif atau tempatan memandangkan tindakan memboikot sukar dilakukan berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk mereka di Malaysia.
"Ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakan produk alternatif atau produk tempatan untuk memberi mesej protes yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin," katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan baru-baru ini supaya memboikot barangan dan produk berhubung kait dengan Israel bagi mengurangkan kekejaman dan kerakusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Nadzim berkata pengguna di Malaysia boleh memulakan tindakan boikot itu tetapi ia mesti mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai demi memastikan misi untuk melemahkan ekonomi Israel dapat dilakukan.
"Pengguna tempatan harus mencontohi rakyat di negara Korea dan Jepun apabila mereka mengutamakan produk dan barangan tempatan dari semua aspek antaranya dari segi penggunaan bahasa kebangsaan, kenderaan dan pelbagai perkara lain," katanya.
Sehubungan itu, pengguna tempatan khususnya generasi muda tanpa mengira agama dan bangsa harus mempunyai kesedaran betapa pentingnya tindakan boikot itu sebagai isyarat protes terhadap Israel agar menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin, katanya.
Bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah berkata usaha untuk memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel adalah seumpama berjihad (berjuang) di medan peperangan tetapi bezanya ia tidak membabitkan senjata.
"Tindakan boikot oleh pengguna ini mampu memberi impak maksimum dalam memberi tekanan kepada Israel dengan cara melemahkan ekonomi mereka.
"Bagaimanapun, ia merupakan cabaran untuk dilaksanakan di Malaysia kerana produk-produk berkaitan Israel ini sangat popular dan digemari oleh pengguna tempatan khususnya generasi muda," katanya.
Tindakan boikot itu hanya akan berjaya sepenuhnya sekiranya ia mendapat sambutan yang baik daripada pengguna di seluruh negara, katanya.

3 comments:

  1. dah tak dapat mengelat lagi buat cerita lain pulak macam la orang tak tau apa keja buat depa selama ni dengan yahudi tu
    mana keyakinan setiap kali diulang ulang dalam solat
    hanya kepada Mu kami sembah hanya kepada Mu kami minta pertolongan

    lain sebut lain buat awas hidup kat dunya sekejap saja

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 umno ni takut sangat kalau syatikat2 yahudi bangkrap sebab mereka banyak saham dalam syarikat2 tersebut. Peminpin2 ni peduli apa rakyat Gaza disembelih oleh yahudi laknatullah asalkan perut anak bini mereka disini buncit dengan keuntungan syarikat2 bangsa pembunuh itu. Pemimpin2 ini tak teragak2 akan tidur sebantal dengan syaitan dan iblis jika ini akan menjanjikan kekayaan kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. Nak boycott, boycott skali dgn hp, fb, atau apa2 aplikasi sbb smua tu ciptaan israel. Yang kita guna sekarang ni pon buatan israel jugak. Setakat boycott apa la sangat. Malaysia ni kecik jer. Takkan terjejas la economy dorang tu, sbb byk lg negara lain yang perlukan dorang. Lagipun produk kita ni bukan laku mana pun. Tgk mcm kereta. Pm pun pki kreta buatan luar negara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa