Ha..haa....parti yang tak laku cuba menjadi juara!
Dalam isu ni aku sokong Nazri
Nazri mengajar MCA untuk menjadi celik
Di sini Nazri berpandangan rasional - tidak semsestinya apa saja yang musuh politik lakukan semuanya salah!
Ada yang menentang adalah dari golongan yang sukakan masakan mamak?
Nazri hentam MCA isu tukang masak asing
mk - 7:00PM - 3 Aug 2014
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia apabila parti itu mengkritik beliau kerana menyokong larangan terhadap tukang masak asing.
Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA kata kerana menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".
Tambahnya, MCA telah "benar-benar hilang arahnya" kerana ia
tidak memperlihatkan keprihatinannya tentang rakyat Pulau Pinang atau makanan tempatannya, yang parti itu sepatut lakukan, dan bukannya bercakap untuk rakyat asing.
Lagi pun, katanya, parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di Pulau Pinang.
Jadi mereka bercakap bagi pihak siapa, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Masalah dengan MCA, kata Nazri, ialah mereka hanya mahu menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan), sama ada beliau betul atau salah.
"Bagi saya, jika Guan Eng betul, saya akan menyokong," kata menteri itu.
Nazri berkata jika parti itu ada masalah dengan Guan Eng, ia bukan masalah beliau tetapi ia masalah mereka dan mereka perlu menanganinya.
saya sokong nazri 110%, kerana ramai pemimpim umno termasuk PM sendiri beri muka kpd MCA parti gagal/ditolak oleh Raayat. cuba jadi jagoh. la ni DAP mewakili Cina, apa lagi MCA mahu, kerusi kabenat dah dapat cara jalan belakang.
ReplyDeletebanyak sangat yang asing kat negara ni sampai rakyat pun dah naik pening
ReplyDelete