AFP |Kemas kini:Ogos 10, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 10, 2014 09:10 MYT)
KAHERAH: Pasukan perunding Palestin mengancam untuk meninggalkan meja rundingan di Mesir sekiranya wakil Israel berterusan tidak menghadirkan diri bagi membincangkan cadangan gencatan senjata kedua-dua belah pihak. Mereka turut memberikan sehingga 1300 GMT Ahad (9 malam waktu Malaysia) untuk wakil rejim menghadirkan diri.
Rundingan sebelum ini yang diadakan pada Jumaat menemui kegagalan selepas pergerakan Hamas berkata Israel menjadi punca gencatan senjata 72 jam tidak dapat diteruskan. Serangan tentera Israel juga telah menyebabkan lapan lagi penduduk Palestin terbunuh pada Sabtu.
Wakil Palestin sebelum ini memaklumkan wakil Israel akan hadir untuk rundingan pada Ahad selepas menerima jemputan dari pihak Mesir yang menjadi perantara.
Bagaimanapun seorang pegawai Israel memaklumkan kepada AFP yang rundingan itu tidak dapat diteruskan selagi ada serangan roket yang didakwa dilepaskan dari Gaza tidak dihentikan.
Wakil Palestin dalam reaksinya berkata jika itu pendirian Israel, mereka akan meninggalkan meja rundingan.
“Kami dijadualkan bermesyuarat dengan wakil Mesir. Sekiranya disahkan yang pihak Israel meletakkan syarat untuk kembali berunding, kami tidak akan menerimanya,” ketua perunding Palestin Azzam al-Ahmed memberitahu AFP.
Sementara itu seorang pemimpin Hamas Mussa Abu Marzuq berkata tempoh 24 jam akan datang adalah sangat penting kerana Israel dilihat cuba menghentikan rundingan.
Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh sejak empat minggu lalu selepas rejim Israel melancarkan keganasan di bumi Gaza, ramai daripadanya adalah orang awam.
67 lagi terbunuh di pihak Israel dengan majoritinya terdiri dari anggota tentera

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa