Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 10, 2014

ISIS dan watak2 pejuang Islam ciptaan Amerika

Shah Paskal

Alhamdulillah, sekarang semakin ramai yang sedar akan kepincangan ISIS dan watak2 pejuang Islam ciptaan Amerika. Pengasas dan para pejuang ISIS termasuk Taliban mempunyai fahaman agama yang terkeluar dari landasan ahli sunnah wal jamaah. Ingat Taliban bukan berasal dari Afghanistan sebaliknya, Taliban datang dari luar lantas memasuki Afghanistan. Melalui tiket ini, Amerika Syarikat boleh memasuki negara itu.

Fahaman yang saya maksudkan adalah Wahabi. Satu fahaman yang konon-konon berjuang menentang perkara-perkara bidaah tetapi kemudian akan mengkafirkan orangramai yang tidak menyokong mereka. 

Fahaman yang sama juga menjatuhkan Empayar Ottoman Turki apabila kumpulan ini mengkafirkan pemerintah yang berpusat di Konstantinopel sehingga menyebabkan rakyat Arab menentang dan menumbangkan mereka dengan bantuan British.Di Afghanistan, rakyat yang tidak menyokong Taliban dianggap sebagai musuh dan dibunuh. 

Musuh sudah memahami hadis Rasulullah yang menyebut bahawa kebangkitan akan bermula dari Khurasan (wilayah yang mencakupi Afghanistan dan sebahagian Iran), maka mereka mencari jalan untuk memasuki kawasan iniSatu ketika dahulu, saya sudah pun mendedahkan bahawa Osama Laden adalah watak ciptaan Amerika di dalam blog, hasil pengalaman saya berada di Afghanistan sekitar tahun 2003 dulu. 

Malangnya rakyat Malaysia tidak melihat kebenaran ini dan telah membantai dan mengutuk saya cukup-cukup di dalam forum internet. Bolehlah baca pengalaman saya di link di bawah : Kalau keadaan mengizinkan kita akan kupas pasal hadis tersebut dan perkara yang saya perhatikan di Afghanistan ini (Khurasan)

PENGALAMAN PERANG DI AFGHANISTAN

1. Bulan Ramadhan sudah berlalu dan sekarang Syawal, saya tiba-tiba teringat untuk menulis pengalaman saya berada di Afghanistan/Pakistan dan kebetulan pula, kenalan saya – SniperGunung (Ex Sniper tentera Malaysia yang pernah terlibat dalam peperangan di Somalia) akan pergi ke Afghanistan tidak lama lagi

2. Seperti yang anda semua sedia maklum, saya pernah terlibat dalam serangan Amerika Syarikat ke atas Taliban sekitar tahun 2002 atau 2003 (saya tidak ingat tarikh pergi ke kawasan itu     dan saya malas hendak buka fail-fail lama saya-yang pasti pada masa itu adalah pada bulan Ramadhan).
3. Saya dijadualkan untuk tiba ke Karachi di Pakistan dengan menaiki kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tetapi oleh kerana perjalanan mengambil masa selama dua minggu, penerbangan udara merupakan pilihan yang lebih baik, kalau tidak silap, penerbangan dari Sepang ke Karachi mengambil masa selama 14 jam termasuk persinggahan sementara di Dubai.
 penulis di hadapan kapal KD Mahawangsa di pelabuhan Karachi
penulis di atas kapal KD Mahawangsa, turut mengiringi kapal ini adalah friget, KD Kasturi

4. Memang tepat keputusan saya untuk tidak menaiki kapal laut kerana sebenarnya tidak selesa naik kapal perang ini, nak buang air pun susah (tandas kecik-pintu tandas berlaga dengan kepala lutut) kalau tidur mesti atas lantai atau kerusi panjang, maklumlah nama pun kapal perang, mana selesa tetapi percaya atau tidak, ada kedai 24 jam atas kapal perang hehehe, untuk membeli rokok dan makanan ringan seperti Maggie dan Mamee
5. Saya diberi kebenaran oleh Wisma Putera untuk berada di bandar pelabuhan Pakistan, Karachi selama tiga hari, selepas puas berjalan di bandar itu, saya terjumpa pula kawan saya, Azaliza, yang sudah beberapa minggu berada di Pakistan, beliau meminta saya menemaninya ke Afghanistan.
6. “Bila lagi nak tengok perang beb? Ini pengalaman berharga, jadi sejarah dalam hidup kita,” kata kawan saya itu. Saya akui agak risau juga hendak ke sempadan Afghanistan kerana Utara Pakistan merupakan kawasan “Lawless” dan sering berlaku pergaduhan dan rompakan bersenjata api. Lagipun, saya sudah menghabiskan elaun perjalanan ribu-ribu ringgit di Malaysia dan kini pokai
7. Saya dan rakan seperjuangan yang bernama Zali dan kawan saya yang mengajak tadi, akhirnya nekad untuk melihat peperangan, sebelum bergerak ke sempadan, saya sudah maklumkan kepada pegawai Wisma Putera bahawa kami tidak mahu lagi balik ke Malaysia.
8. Kami bertiga kemudian meminta bantuan Zul Alwi, salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno pada masa itu untuk menyeludup kami ke dalam pasukan bantuan dari Pemuda Umno Malaysia, sebagai balasan, satu tugas khas diberikan kepada kami tetapi maaf, saya tidak boleh memberitahu apa tugas khas itu
Bersama AJK Pemuda Umno yang membantu menyeludup kami masuk

9. Kami semuanya berpakat dan akhirnya secara tidak rasmi, kami bertiga bertukar kerjaya, maka ketiga-tiga sahabat ini menjadi DOKTOR TIRUAN dari Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada pelarian perang Afghanistan.
10. Akhirnya dari Karachi, kami terbang selama lebih kurang beberapa jam untuk mendarat di bandar Quetta, sebuah bandar yang dipenuhi dengan media luar negara dan petugas CNN, petugas-petugas ini yang kebanyakkan dari barat hanya bermalam dan tinggal di bandar ini kerana wartawan serta jurugambar tidak dibenar untuk memasuki sempadan Afghanistan  atas sebab keselamatan.
Penulis di tepi sebuah jalan di bandar musim sejuk Quetta yang menjadi tempat tinggal kebanyakkan panglima perang Taliban

11. Pasukan Umno tadi meninggalkan kami di Quetta untuk terus bergerak ke Chaman, sebuah bandar terakhir di sempadan Pakistan/Afghanistan dan dipenuhi dengan pengintip CIA, pelarian perang serta penyeludup barangan haram seperti senjata dan candu.
12. Di Quetta, saya sendiri memerhatikan keadaan bandar ini kurang selamat kerana kebanyakkan komander Taliban dan raja-raja candu Pakistan dan Afghanistan tinggal di bandar ini, jika terjadi pergaduhan, orang-orang di sini biasanya beradu tenaga dengan kekuatan AK-47.
Saya bersama teman satu agensi bergambar bersama dua sahabat baru yang merupakan ahli kepada parti politik bekas pemain kriket Pakistan, Imram Khan

13.Kami akhirnya bersahabat dengan dua pemuda Pakistan yang merupakan ahli kepada sebuah parti politik pimpinan pemain kriket antarabangsa Pakistan, Imram Khan, mereka ini menjadi pemandu dan juga jurubahasa
14. Hotel sangat mahal ketika itu malah sebuah hotel yang setaraf macam rumah tumpangan di lorong Chow Kit mengenakan caj lebih kurang sehari US150 (lebih kurang RM300) , dan selepas dua hari meninjau keadaan dan mendapatkan maklumat mengenai keadaan di Chaman dan sempadan, tim kami bergerak ke Chaman dengan menyewa sebuah van buruk untuk tidak menarik perhatian sesiapa
15. Perjalanan cukup menyiksakan, lebuhrayanya tidak seperti di Malaysia. Ia melalui kawasan  gunung ganang, curam yang sangat dalam dan merbahaya macam di Khojak Pass dan tidak ada pagar keselamatan, kalau terbabas, habis meletup van kami termasuk ke dalam gaung yang curam
Bergambar bersama pengawal sempadan Pakistan (Pashtun Guard), beliau tidak lokek untuk membenarkan saya mencuba AK 47nya

16.Kami juga terpaksa berhati-hati kerana kawasan ini terdedah dengan perompak atau bandit yang biasanya menembak sahaja mangsa mereka dengan raifel AK47, selain itu kami juga risau kerana pemandu kami memang sedang lalok, di Pakistan, berjuta orang ketagih candu dan dadah.
17.Sepanjang perjalanan dari Quetta untuk menuju ke Chaman yang terletak dalam wilayah Balochistan, kami melihat kesan musim kemarau yang melanda wilayah itu. Pemandu kami memberitahu, kesan kemarau itu mempunyai kaitan dengan ujian bom nuklear pertama Pakistan yang dibuat di wilayah itu beberapa tahun lepas.
18.Tiba di Quetta, tim kami di sambut oleh pasukan perubatan Umno dan satu pasukan doktor dan pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (Maaf nama-nama mereka saya tidak ingat), kami menumpang tidur di hotel yang sudah ditempah oleh pasukan Umno dan ATM ini.
19.Di hotel tempat penginapan kamilah, saya menyaksikan sendiri kebolehan pegawai perubatan ATM melakukan pembedahan “in situ” untuk membuang serpihan mortar dari kaki seorang budak lelaki, beliau hanya terbaring kesakitan atas meja pengurus besar hotel itu, suasana memang cemas dan macam cerita perang sahaja.
Saya sedang melihat doktor dari Angkatan Tentera Malaysia membuat pembedahan atas meja dalam bilik manager hotel
Melihat penuh kyusuk mangsa dibedah, tetapi budak-budak Afghanistan ini tabah, kalau budak Malaysia, rasa-rasa dah melalak dan habis doktor ni kena terajang
Budak ni memang cool, lepas kena bedah, kami berama-ramai menghisap rokok sambil pekena teh tarik cairrrrrr (pakai susu kambing)

20.Sebut pasal cuaca, memang sejuk tahap gila walaupun bandar ini terletak di kawasan gurun (pelik, gurun pasir tapi sejuk gila). Saya gagahkan juga untuk mandi setiap pagi sepanjang beberapa hari duduk di Quetta, malam kami tidak berani keluar kerana takut ditangkap oleh polis rahsia Pakistan yang dikenali sebagai ISI (macam CIA) dan orang-orang di sini kebanyakkan ganas-ganas berlaka dengan senjata raifel tersandang, macam filem koboi pula
21.Akhirnya saya berpeluang masuk ke Afghanistan dengan bantuan pasukan perubatan Umno, kawasan yang dimaksudkan ialah Spin Boldak, kami bergerak secara konvoi dan kenderaan kami menggunakan bendera Indonesia atau Umno, ini disebabkan bendera Malaysia mempunyai jalur yang sama dengan bendera Amerika Syarikat
22.Perasaan anti Amerika sangat meluap ketika itu, melihat kami memakai bendera Indonesia membolehkan kami bertemu dengan ketua puak-puak Afghanistan tanpa sebarang masalah dan mereka melayan kami dengan baik memandangkan kebanyakkan mereka mengetahui bahawa Indonesia merupakan sebuah negara Islam yang besar
23.Di Afghanistan ini,  saya lihat beribu-ribu pelarian Aghanistan, ada pelarian yang lari dari kubu kuat Taliban iaitu Kandahar di Afghanistan dengan berjalan kaki sambil memakan batu bata kerana terlalu lapar.
24.Macam-macam cerita saya dengar dari mereka, ada seorang lelaki hilang seluruh keluarga dan semua saudara maranya apabila kampung beliau terkena “Carpet Bombing” dari B-52 dan membunuh beratus-ratus orang dalam kampung itu
Gambar di atas ialah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang cedera akibat perang dan dirawat oleh doktor tentera Malaysia. Habis lalat bersarang pada luka budak ini dan gambar kedua ialah kanak-kanak Afghanistan dalam khemah pelarian, mereka ini suka sangat bergambar dan agak teruja melihat penulis, ramai menyangka kami orang Mexico, hahaha

25.Di sini, saya juga melihat bertapa hipokrit dan bangsatnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melayan pelarian perang Islam, anda kenal “Ubat Biru”, iaitu sejenis cecair berwarna biru yang biasa kita pakai untuk mencuci luka semasa kecil dahulu.
26.Jika anda pelarian perang Afghanistan, anda akan diberi ubat cecair biru ini dan Panadol sebagai bekalan ubat anda, tidak kiralah anda ada ceret beret ke, demam kepialu ke, buasir ke tetapi hanya itu sahajalah ubat untuk anda.
27.Dalam berita CNN, mereka akan kata PBB datang untuk memberikan bantuan perubatan, kita di Malaysia, memang pujilah orang puteh ini kerana sanggup bantu orang Islam tetapi itulah, setakat bagi Panadol dan ubat biru sahaja (bukan betul-betul ikhlas pun)
28.Jadi jika kita lihat dalam TV atau akhbar, watak dan kelibat pasukan PBB di ada di mana sahaja padahal NGO dari negara Islam pun ada, cuma itulah propaganda barat, hanya PBB ditonjolkan dan kita di kampung menyumpah “Tidak ada ke negara Islam yang bantu”, sebenarnya ada, cuma NGO negara Islam ini tidak ditonjol dan tidak keluar dalam CNN
29.Seperkara lagi, semua penghantaran kotak bantuan makanan, perubatan dan bantuan lain contoh dari Malaysia, biasanya akan diserahkan kepada PBB.
30.PBB ini pulak memang “kurang ajar”, bantuan dari Malaysia tadi akan dikotakkan semula dengan logo PBB, jadi pelarian perang dari Afghanistan ini tidak tahu pun bahawa sebuah negara kecil dari Asia Tenggara ini ada membantu mereka.
31.Kerana itulah, pasukan bantuan Umno ini yang disokong pakar rawatan dari ATM datang dengan kotak-kotak bantuan yang siap dengan logo dan sticker bendera Malaysia untuk dihantar terus kepada mangsa pelarian.
32.Doktor dari Umno dan ATM akan memastikan, setiap pelarian perang yang sakit akan diberikan rawatan dengan sewajarnya, jika demam diberi ubat demam, jika buasir diberi ubat buasir, bukan ubat panadol untuk sakit ceret beret seperti yang dibuat oleh orang puteh PBB ini
33.PBB inilah yang sibuk menwar-warkan kepada dunia melalui CNN, bahawa mereka datang membantu pelarian Islam, begitulah propaganda barat dan orang Melayu pun terpengaruh dengan barat walaupun mereka menafikan.
Penulis bersama dua bekas pejuang Mujahidin yang pernah berperang dengan Soviet Union, mereka kini sudah tua
Saya bersama seorang bekas tentera komunis Afghanistan, sekarang menjadi ketua puak tetapi lepas itu turut menjadi pelarian perang

34.Hipokrit segelintir bangsa Melayu ini, mengaku kononnya bersimpati dengan perjuangan dan penderitaan umat Islam yang lain tetapi terus menerus menggunakan barangan buatan barat danmakan di McDonald, malah dari kecil mengajar anak mencintai budaya barat dengan membawa mereka ke McDonald dan masih terus menerus menggunakan produk barat, musim memboikot produk (kalau bercakap pasal Islam, pum pang, pum pang tetapi realitinya jauh dari memahami apa itu Islam) barat atau yahudi dibuat secara bermusim dan bukan terus menerus (kononnya boikot barat tetapi terus menerus terus hanyut dengan racun barat, contohnya lepak di TGI Friday dan mengalakkan anak-anak menjadi penyanyi)
35.Negara Islam lain seperti Malaysia juga memberi bantuan dan mendirikan kem-kem pelarian di bawah kelolaan mereka sendiri tetapi mereka ini menghadapi pelbagai rintangan serta sentiasa di tekan dan diganggu oleh “Mat Salleh dan Minah Salleh” keparat.


36.Berada di sempadan Afghanistan memang hiba dan gerun, mangsa perang sampai ke khemah setiap masa dan askar-askar serta unit tentera dan pengawal berkuda Pashtun dari Pakistan mengawal pintu sempadan dengan ketat.
37.Saya perhatikan ramai mangsa pelarian yang menggunakan sepatut yang mahal, kaum wanita ada yang memakai kasut Christian Dior dan Vicci, mungkin ehsan dan derma dari masyarakat barat di Eropah yang sudah sebati menggunakan jenama itu, macam orang Malaysia pakai kasut BATA.
38.Hampir setiap hari saya menyaksikan pesawat B-52 terbang untuk mengebom sasaran di Afghanistan, bunyinya amat mengerunkan, ia terbang tinggi nun jauh disebalik awam tanpa dapat dilihat dengan mata kasar tetapi enjinnya seolah-olah berada di belakang cuping kita.
39.Ledakan bom dari bandar Kandahar yang menjadi sasaran, meraung merempuh muka saya dengan suara yang amat mengerunkan, saya tidak pasti adakah ianya bunyi dari ledakan bom yang digugurkan oleh pesawat B-52 tadi atau tujahan api dari roket-roket Katyusha.
40.Akhirnya selepas puas berada di Afghanistan, tim saya yang terdiri dari tiga orang ini mengambil keputusan untuk balik ke Quetta, saya rindukan nasi briyani Pakistan di Quetta kerana di Chaman, restoran sukar dicari dan kami cuma makan roti Nan keras macam kulit tayar lori dan minum dalam bekas tangki minyak hitam Castrol
Ini bukan bilik hotel tetapi merupakan sebuah warung, yang kelakarnya tidak ada meja makan kecuali pangkin dan minuman dihidang dalam tin minyak hitam kerana tidak cukup jug air . Kalau anda bukan jenis lasak dan tidak kuat mental, tak payahlah pergi ke kawasan macam ini, siksaaaaaa

41.Selepas tiba di Quetta, malang menghampiri kami, pasukan perisikan Pakistan yang dikenali sebagai Inter Service Intelligence (ISI) berjaya mengesan peranan kami. Mereka menyoal siasat kawan saya (ketika ini saya berada di restoran hotel untuk menikmati daging kambing panggang yang dimasak dengan daun pudina, perghhh sedap tidak terkata, tidak sama macam daging kambing kat Malaysia)
42.Habis semua komputer peribadi kami dan bagasi diselongkar.
43.Kami bertegang urat menyatakan bahawa kami adalah DOKTOR, akhirnya mungkin kerana letih melayan kami, dua pegawai risik ISI ini memberi kami tempoh 24 jam untuk keluar dari Quetta jika tidak mereka akan mendakwa kami, sebagai perisik asing.
44.Selepas diberitahu, hukuman ke atas perisik asing adalah penjara dan rotan serta tembak, kami mengambil keputusan untuk keluar dari Quetta tetapi sebenarnya, kami ada projek lain,  kami hendak ke Islamabad (saja nak tengok ibunegara Pakistan) sebelum bergerak ke Penshawar (Sebuah lagi bandar sempadan yang terletak beratus kilometer dari Quetta).
45.Oh Ya, sebelum itu, pegawai ISI tadi sempat menanyakan kawan saya mengenai Malaysia dan menyatakan kekaguman mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
46.Mereka respek kami kerana berjaya menyelinap masuk ke sempadan dan duduk selama satu minggu lebih tanpa dapat dikesan dan yang paling utama, mereka sebenarnya memberi peluang kepada kami kerana mereka amat menyukai Mahathir
47.Balik di Malaysia, semua orang kagum dan saya dinaikkan pangkat walaupun bos bengang kerana saya MISSING IN ACTION selama dua minggu (Ada bawa satelit phone tapi leceh nak pakai pasal susah nak cari kedudukan satelit di orbit, lagi pun sebelum pakai, kena bukak kepak tranceiver dia dan ini menarik perhatian orangramai).
48.Ingatan saya, kalau nak tengok perang, pastikan mental dan fizikal anda kuat kerana melihat penderitaan mangsa-mangsa perang terutama anak-anak akan menyebabkan anda tertekan yang amat sangat, lagi pun kehidupan masa perang sangatlah sukar
49.Jadi kita di Malaysia ini, bersyukurlah atas nikmat yang kita ada, ambillah peluang dari keamanan yang wujud dalam negara ini untuk menimba ilmu dan buat duit.
50.Seorang pakar perubatan dari sebuah NGO Malaysia terpaksa dihantar pulang kerana mengalami tekanan mental akibat tidak tahan melihat keadaan mangsa perang dan beliau adalah lelaki, yaaa, lelaki pun kena tekanan mental dan kalau perempuan, entahlah, agaknya kering air mata dan terus kena histeria nak balik Malaysia hahahaha
51.Bercakap pasal perang, walaupun Malaysia ini aman tetapi sesekali itu belajarlah hidup secara susah, manalah tauuuu kannn…..
Bersama dengan menteri petrolium Afghanistan (kabinet kerajaan Taliban), memang sempoi orangnya dan selalu melepak bersama kami

KRISIS AFGHANISTAN SECARA ASAS – NAK TAHU LEBIH LANJUT CARILAH SENDIRI
-Veteran Mujahidin dan rakyat Aghanistan atau Pakistan tidak pernah mendengar nama
Osama Laden sebelum ini, mereka sendiri menganggap Osama merupakan pengintip (Bila saya balik Malaysia, saya tengok ramai orang pakai t-shirt Osama, saya geleng kepala…CIA mudah menipu umat Islam hanya dengan mewujudkan watak palsu yang konon-kononya wira Islam. Sebenarnya ramai umat Islam yang disesatkan dan ditwist pemikiran mereka oleh tokoh-tokoh Islam yang diwujudkan oleh pihak musuh dengan tujuan hendak memecah belahkan umat)
-Hampir semua panglima perang Islam dari medan tempur Chennya, Russia sampailah ke Palestin, habis dikesan dan berjaya dibunuh Barat dan kuncu-kuncu dajal serta zionis tetapi Osama sampai sekarang terselamat, pelik tak???
-Musuh Islam menghancurkan kita dengan Islam juga, ingat, Barat tidak pernah mengalahkan Islam melalui Perang Salib, akhirnya Islam tertewas dengan perpecahan dari dalam macam PAS dan UMNO
-Tunggulah negara ini tergadai, barulah tahu korang semua dah kena tipu hidup-hidup dan sudah termasuk ke dalam fitnah Dajal
-Semasa saya di Chaman, saya berbual dengan Menteri Petroleum Afghanistan (kerajaan Taliban), entah betul atau tidak mamat ini menteri kerana Afghanistan tidak pernah ada kerajaan atau kabinet dan menteri dilantik sesuka hati.
-Beliau mendedahkan rancangan Amerika secara terpeinci melalui penguasaan minyak, jadi apa yang anda baca dalam laman-laman web konspirasi tentang krisis di Afganistan, saya merupakan antara orang yang awal-awal tahu tentang matlamat sebenar dunia barat.
-Taliban merupakan organisasi tajaan Pakistan. Dahulu, mereka memiliki pesawat pejuang dan helikopter perang, dipercayai juruterbang pesawat-pesawat ini dikemudi oleh askar rahsia ISI atau pilot Pakistan sendiri
-Pakistan terpaksa tunduk dengan Amerika Syarikat kerana bimbang dikaitkan dengan keganasan yang akan mengakibatkan AS mungkin menyerang negara itu seperti yang terjadi ke atas Iraq.
- Saya suka Pakistan, mereka ROCK dan sempoi,  kambing Pakistan juga sedapppppppp, antara ayat yang popular ialah “You’re my Muslim brother” dan kerana ayat inilah juga ramai askar Pakistan yang kena sembelih di Somalia - sumber

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa