Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 4, 2014

Gaza - Memang Bacul, Pondan Dan Zalim: Sekolah Kendalian PBB Pula Diserang!

Aku nampak tujuan mereka mensasarkan target PBB adalah untuk memaksa PBB menekan Hamas supaya menerima gencatan senjata dan perjanjian
Sebenarnya Israel dah nak angkat kaki tetapi takut maruah tercalar bila Hamas mengistiharkan memenangi perang kali ini
Sekarang semangat juang Israel sudah pun runtuh sebenarnya bila mereka menerima tentangan luar jangkaan dari Hamas

Gaza: 10 Terkorban Serangan Terbaharu Israel Di Sekolah Kendalian PBB
Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 9:08 PM
Oleh: AFP

GAZA CITY (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan di sekolah kendalian PBB di Gaza pada Ahad, tidak lama selepas Israel mengesahkan telah mula menarik balik tentera dari beberapa wilayah kecil peperangan.

Serangan di sekolah perlindungan pelarian Palestin di bandar selatan Rafah berlaku selepas Israel membedil rantau ini berikutan penangkapan suspek disyaki askar militan, yang kemudiannya diisytiharkan mati.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh 10 hari sekolah PBB telah diserang dan empat hari selepas kenderaan perang Israel menyerang sebuah sekolah di bandar utara Jabaliya dan membunuh 16 orang dalam serangan yang dikecam oleh Ketua PBB Ban Ki-moon yang menyifatkannya sebagai "tercela".

Seorang wartawan AFP berkata berlaku huru-hara di kawasan ini, dengan pasukan penyelamat cuba untuk memindahkan mangsa yang cedera menggunakan cara yang mereka mampu.


Jurucakap agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA), Chris Gunness, berkata sekolah itu menempatkan beribu-ribu orang pelarian yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat keganasan yang sedang berlaku di Gaza.

"Serangan berlaku di sekitar sekolah yang menjadi tempat perlindungan kepada 3,000 pelarian Palestin di Rafah. Laporan awal mengatakan terdapat kematian dan kecederaan," tulis beliau di Twitter.

Gambar pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di mana pegawai perubatan berkata seramai 1,766 rakyat Palestin telah terbunuh dan 9,320 lagi cedera sejak 27 hari lepas, telah mengejutkan orang ramai di seluruh dunia.

Setiausaha Luar British Philip Hammond menuntut gencatan senjata tanpa syarat untuk menyelesaikan situasi 'tanpa toleransi' terhadap orang awam yang terperangkap di Gaza.

"Kita perlu membuatkan pembunuhan itu dihentikan," Hammond memberitahu Sunday Telegraph, sambil berkata ramai orang "sangat terganggu" dengan kehilangan nyawa orang awam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa