Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 4, 2014

MCA Marah: Terkehel Batang Hidung Dibelasah Nazri

Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA kata kerana menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".

MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan
Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:Ogos 04, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 04, 2014 07:51 MYT)


MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dibidas oleh MCA - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MCA pada Ahad membidas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana melabel parti itu sebagai 'tidak lagi relevan' dan tiada arah.

Nazri membuat kenyataan tersebut selepas parti itu mengkritiknya atas sokongannya kepada kerajaan Pulau Pinang yang melarang warga asing menjadi tukang masak di warung sekitar negeri itu.

Sambil menyifatkan Nazri sebagai 'terlalu angkuh', Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri.

"Pertama sekali, Nazri sebagai seorang menteri sememangnya terdedah kepada kritikan oleh sesiapa pun. Ya, kita akui MCA kalah (pada Pilihan Raya Umum ke-13) tetapi kita tidak pernah putus asa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, MCA telah bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat Malaysia serta masyarakat Cina khususnya. Ujar beliau, Nazri tidak seharusnya berkata demikian kerana suatu hari nanti beliau mungkin memerlukan bantuan MCA.

Chong berkata, Nazri sepatutnya meneliti cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu terlebih dahulu sebelum menyokongnya secara buta tuli.

"Bukan bermakna kami menyokong warga asing menjadi tukang masak di Pulau Pinang, tetapi (Nazri) sepatutnya memahami isu itu terlebih dahulu," jelasnya.

Bagi Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker pula, beliau menyifatkan tindakan Nazri itu sebagai agak keterlaluan dan mengingatkan menteri kanan itu supaya lebih berhati-hati dengan kenyataannya.

"Nazri boleh menyuarakan pendapat tetapi sebagai seorang pemimpin yang baik beliau sepatutnya menahan diri dari membuat kenyataan sebegitu dan mendengar pandangan lain," katanya.

Katanya tidak sesuai seorang menteri kanan bertindak sedemikian terhadap sebuah parti komponen yang sedang mengalami masalah.

"UMNO juga pernah mengalami masalah semasa waktu Reformasi pada 1999, dan semasa parti itu diharamkan, tetapi MCA tidak pernah menghina UMNO. Sebaliknya kami sentiasa berdiri teguh bersama mereka sebagai tanda sokongan kepada rakan," katanya.

Mengulas tentang MCA itu sendiri, Ti berkata parti itu masih relevan dan sedang melalui beberapa perubahan bagi memenuhi kehendak pengundi-pengundi Cina.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Bangsar, Chris Wong berkata kenyataan Nazri itu tidak mencerminkan semangat setiakawan.

"Dalam kehidupan, ada kalanya baik, ada kalanya buruk. Kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang menteri kanan," katanya.

Ujar beliau, permainan politik sedemikian sering dipraktikkan oleh parti pembangkang. Sebagai contoh, DAP telah mengecam PAS kerana tidak akur dengan keputusan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor.

"Kita lihat pada tahun 1999 dan ketika UMNO menghadapi krisis, MCA telah memainkan peranan menstabilkan Barisan Nasional (BN). Pada ketika itu, mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Leong Sik telah menjadi pengerusi sementara BN," jelas Wong.

Katanya sejak kebelakangan ini MCA telah mula mendapat kembali sokongan dari masyarakat Cina.

Menurut beliau, keadaan ini terbukti apabila parti itu berjaya mengurangkan majoriti PKR pada pilihan raya kecil Kajang, meskipun tewas.

Selain itu, katanya MCA juga telah memainkan peranan besar dalam membantu parti Gerakan memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan.

"Jika kita lihat di Teluk Intan, memang ada perubahan angin daripada pengundi Cina terhadap BN. Dari situ kita dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina. Tanpa MCA, Datuk Mah Siew Keong tidak mungkin akan menang," ujar Wong.

Sokongan Nazri terhadap cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang itu mendapat kritikan daripada Ketua Setiausaha Pemuda MCA, Leong Kim Soon.

Kata Leong, sokongan Nazri itu seolah-olah menggambarkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju dengan idea tersebut. Jelasnya, isunya bukan sahaja tentang tukang masak warga asing, tetapi tentang kekurangan pekerja.

Bagaimanapun dalam laporan The Malaysian Insider pada Ahad, Nazri menepis kritikan MCA sambil berkata beliau tidak menghiraukannya kerana parti itu tidak lagi relevan selepas PRU13.

Menurut laporan itu lagi, Ahli Parlimen UMNO-Padang Rengas itu turut mempersoalkan mengapa MCA mempolitikkan isu tersebut serta secara tiba-tiba mengambil berat tentang pekerja asing berbanding pekerja tempatan.

Pada PRU13 lalu, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Keputusan tersebut lebih teruk berbanding PRU tahun 2008 di mana MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 32 daripada 90 kerusi DUN.

1 comment:

  1. Fikirkan baik2 kenapa MCA marah bila Nazri sokong kerajaan P Pinang tak benarkan pekerja asking jadi tukang masak. Sebabnya langkah tersebut akan mrngurangkan peluang MCA nak bawa lebih ramai pendatang haram cina masuk ke negara ini. Tak cukup dengan pelacur, gro, sekarang nak letakkan pula jadi tukang goreng babi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa