Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 11, 2014

Ha..Haa....Mengikut Sejarah Juga Perjuangan Bersendirian PAS Tidak Pernah Sampai Ke mana!

Istimewa sungguh Khalid ni di hati PAS......

PAS tak kisah jika terpaksa keluar Pakatan, kata Dewan Ulama
MI - Published: 10 August 2014
PAS bersedia jika ditakdirkan keluar daripada Pakatan kerana mengikut sejarah, ia pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2014

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti Islam itu ditakdirkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.
"Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.
"Keputusan Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia  merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Kota Baru.
Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama PAS menegaskan Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.
Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila PKR memecat Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.
Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata PAS bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman PR.
"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.
"Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.
Ketika ditanya sama ada perlu Khalid menyertai PAS berikutan beliau kini merupakan anggota DUN Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Khalid sendiri untuk membuat keputusan.
"Itu terpulang dan perkara itu kita tak boleh komen kerana itu adalah hak dia," katanya. – Bernama, 10 Ogos, 2014.

40 comments:

  1. Aku suka nak lihat PAS berjuang berseorangan atau terus join UMNOBN. ha ha ha ...... jadi lauk kepada mereka . Teruskan keluar dari PR , jangan tunngu lagi ( bolik-balik ) .... kami penyokong PAS setuju !!!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau PAS kena tendang... itu maknanya PAS jadi mangsa. Tapi kalau PAS gatai nak keluar itu namanya ada sekumpulan makhluk di dalam organisasi PAS yang memang tak boleh berkawan dengan sapa-sapa.... aku pun ahli PAS juga... tapi aku tak setuju PAS keluar dari Pakatan Rakyat tanpa alasan yang kukuh ....lebih-lebih lagi kalau nak berkerjasama dengan UMNO.

    ReplyDelete
  3. tok guru dah royat, jangan banyak mulut. Hari jumaat baru ni TMB, berkecek banyak hal ni. Hari ni MB berkecek pula. Kalu kita tak leh sabar tengok maikrofon, jahit mulut.
    Ada mata kelih, ada mulut senyap, ada telinga dengan, ada kita nanti sembelih.
    HARI INI ORE, ESOK KITA PULA.

    ReplyDelete
  4. Yena podah Pas..........mat khalid tu tak akan masuk pas, ameno lebih lumayan la bro! Pas apa ada....lebai lebai kolot yg lebih alim dr ayam din menantu presiden and tantawak je, nak buat ape?

    ReplyDelete
  5. Betul tu.PAS tak akan kemana mana sampai KIAMAT LE JADI PARTI CUKUP KORUM.SIKAP BONGKAK DEPA DAH TERSERLAH.KLU TAK KERANA ANWAR SPRING PAS TAK AKAN DPT KERUSI PARLIMEN PUN SETAKAT JDI ADUN JE LE.TAK CAYA TUNGGU LE PRU 14 NNTI

    ReplyDelete
  6. apa maksud perjuangan x kemana?
    mungkin sedara maukan result berjaya yg cepat
    bagaimana dgn perjuangan Hamas?
    patutkan kita ckp perjuangan Hamas selama berpuluh tahun x kemana?
    tepuk dada, tanyalah iman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena perjuangan Hamas dan PAS?
      Perbandingan yg salah...tak kena lansung.
      Aku pun pangkah PAS dah 3 kali mengundi...tapi sikap PAS yg lupa diri, typical dalam membawa ke peringkat yg lebih baik. Aku suka PAS bila PAS Untuk Semua....tapi skrg PAS dah jadi typical semula, utk kepentingan sendiri dan maksum sgt.

      Delete
    2. Wan yg tak faham perbandingan.ikut suka ko ler wan.

      Delete
  7. Ha.ha.ha.ha.biul sungguh.bengong sungguh.bodoh takder dah.PAS tanpa pkr dan dap boleh ada Kelantan.berapa kerusi DUN pkr di Selangor.harap ihsan jer.kah.kah.kah.kih.kih.kih.sembang pencacai dna umporno berdegar degar tong drum kosong.hasil hampeh.kah.kah.kah.jgn lupa yea jatuh nya kerajaan PR Perak adalah angkara kehaprakan pkr dan dap.sial.jgn percaya pada pkr dan dap.tak caya tanya x adun aulong,taiping.berapa dia terima dari mp taiping utk tarik diri sebagai calun bebas.cantik dap punya permainan.sial.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....sekurang2nya nampsk jelas kebiadapan org pkr ni. Taknak hudud xper...x wals pd pkr...cam dosa besar. Dah pecat pastu suruh jwb tuduhan...mmg kangaroo court...tp pd pkr itulah demokrasi...

    ReplyDelete
  9. Kalau berparti untuk cepat mendapat kuasa pemerintahan akhirnya akan terperangkap dengan sikap tamak haloba dan salahguna kuasa.

    PAS pentingkan amanah dan tanggungjawab - samaada dapat kemenangan kuasa didunia atau tidak berserah kepada Allah swt. Yang penting mendapat keredaan Allah swt untuk bekalan di Padang Mahsyar nanti

    ReplyDelete
  10. PAS bukan baru bersendirian dah lama...dan bukan parti segera. Betul kate tuan bagaimana perjuangan Hamas..patut ke kita anggap perjuangan mereka tak ke mana? Hidup PAS!

    ReplyDelete
  11. Masalah PAS bukannya HAMAS, PAS telah hancur lebur dari dalam kesan kumpulan UG dahulu. PAS jenis bodoh sombong.

    Jika HAMAS berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, kesan UG telah menghancurkan segala jenis tarbiyah dan usrah... malah kemasukan ahli-ahli UMNO tahun 2008 secara beramai-ramai telah membawa budaya UMNO ke dalam PAS, contoh terbaik adalah di Kedah, pemimpin dan penyokong yang ikhlas berjuang untuk Islam dicantas, yang tinggal adalah group UG yang perangai macam UMNO... tutup kesalahan group mereka demi survival politik kumpulan tersebut.

    Telah dinasihat kemasukan beramai-ramai ahli UMNO akan membawa kehancuran seperti Sarekat Islam Indonesia, tapi apa boleh buat teguran telah dibuat, namun pemimpin PAS buta sejarah jadi bongkak sebab kemasukan jumlah ahli yang ramai... akibatnya sekarang hancur... hancur dan hancur.

    ReplyDelete
  12. Bodoh..x payah nak bandingkan dengan Hamas,kalau cara gerak kerja berstrategi hancur..bangang anon yang komen ni...isunya sekarang ni kerjasama dalam berpolitik untuk tumbangkan musuh..benar ada perbezaan pendapat,tetapi kenp harus tekankan kpd perbezaan itu..sedangkan persamaan yang disepakati untuk tumbangkan umno lebih penting dan perlu didahulukan...bangang PAS seolah nak bagi nyawa pada umno..base jenis bebal..kabo bodoh maroh..pastu kuar jadis nak merelevankan tindakan..siot betul la

    ReplyDelete
  13. Sibuk hal Selangor ..alih2 Kelantan pun melepas dlm PRU14...UMNO pasti tersengeh, sbb PAS dah bg laluan mudah.

    ReplyDelete
  14. PAS makin bahalol dari sehari ke sehari....

    Apa kah Melayu bila ber gaya lebai akan jadi benggap sombong bodoh ???

    Ekonomi sendiri gagal , negeri sendiri pun gagal , nak jaga ekonomi Cina...

    Apa kah PAS nak ajar anak itik berenang ????

    Bodoh songgoh , Melayu makin lemah hina dan malu akibat PAS yang mula menongkat langit...pada usia Assar mereka lupa Mahhrib mendatang...

    Sedih lah......

    Bila Pemimpin2 sudah bahalol , ia memberi kesan pada rakyat dan anak anak yang makin malas suka merempit ....

    ReplyDelete
  15. Dlm PAS ni ramai pemimpin yg gila mikrofon cakap ikut suka dia aje tetapi suruh ahli WALA kpd mereka. Terutama Geng UG yg ketagih nak berselimut dgn umno sebab melayu. Kalau PAS keluar PR, PAS akan jadi parti lebai malang jawabnya.

    Golongan muda dahagakan perubahan utk kerajaan yg baru.Jika PAS bersekongkol dgn umno lagi hancus.Ramai penyokong PR yg tidak berparti mengundi PAS pada PRU13 tetapi jika PAS keluar PR kerajaan PAS Kelantan pun akan hanyut pd PRU14 nanti,jgn ingat rakyat bodoh.

    Ramai akan keluar PAS atau tak akan mengundi PAS jika keluar dari PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah.kah.kah.kah.berkeyakinan tinggi sungguh ko nie.kelantan ditadbir PAS sejak PRU ke 12 ker.bengong punya statement.bodoh gak ahli pkr nie.ops.......lupa dna umno memang budus.

      Delete
  16. ikat serban ketat sampai kelabu asapAugust 11, 2014 at 12:38 AM

    APA?!! parti PAS nak keluar PR? hehehe takpa din ayam dan pak mertua pil kuda kan adooooo dibantu pulak tantawi vellfire, kira dah kuat la tu.

    bring it on bebeh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS memang dah lama mengintai jawatan menteri besar Selangor kalau tidak masakan perebutan kerusi di DUN selangor. Ulama bukan tak boleh masuk politik tetapi keikhlasan mesti ditunjukan dengan perbuatan.
      PAS bangga dengan komitmen dan ahli yang ramai tapi perlu diingat UMNO yang mempunyai 3 juta ahli pun kalah teruk yang memenangkan BN hanya kawasan Felda disemenanjung..

      Delete
  17. Saya cadangkan kita semua sabar dan takwa. Dalam takwa cari punca dan fakta kenapa TSKI jadi begini. Fakta yg saya jumpa punca hutang 70 million dan Bank Islam dari tahun 2006 (or tahun lain) tapi hutang personal yg perlu di selesaikan singga 2014 bank mahu proceed dan boleh menang. Tiba tiba tup tup magic wang selepuk turunkan dari sumber yg tidak di beri tahu dengan jelas selesai hutang di lur mahkamah. Tuan tuan Org macam kita kalau dapat anugerah macam itu pasti special (tanya sikit siapa lagi org politik yg dapat anugerah selesai hutng or dapat pinjam loan tanpa interest tinggi ingat kisah loan lembu tapi invest di singapore) semua kita hutang rumah kereta credit card etc gaji kita makin mengecil untuk bayar belanja rumah sebab kos makin naik. Belum ambik kira GST tahun depan kos electric naik kos minyak naik. Itu lah TSKI perlu jawab terang dan jelas bagaimana dia selesaikan hutang dia cara magic tu.
    Sebelum kita semua gaduh sesama kita kerana hutang dengan bank TSKI. Itu pendapat saya. Satu lagi perkara yg lagi malu kepada anak anak kita generasi akan datang mencari fakta kenapa PAS pecah dari Pakatan sebab hutang bank 70 juta TSKI .Kan lucu mana cerdik pandai kita mencari fakta dulu. Musuh jangan di cari pahala hidup mesti di buat setiap hari. Sabar itu pun pahala. Ini pendapat saya tidak berniat untuk sakitkan hati anda semua. Saya doakan supaya kita semua luruskan barisan bersama sama majukan Malaysia

    ReplyDelete
  18. PAS dr mula dah salah,patut Parti Islam SeMalaysia..PIS..mana plk dtgnya PAS...so jadilah PAS,PIS...mamPUS...hehehe..

    ReplyDelete
  19. klu pas kelar dari pakatan,pas mungkin sesuai untuk org kelantan dan trengganu je,org negeri lain tubuh parti baru dan masuk pakatan,jangan buat [perangai mcm ulamak2 p;ro ug,pas cuma layak jadi parti kampong je yg konon2 perjuangkan islam tapi jadi pembelot terhadap harapan rakyat

    ReplyDelete
  20. Knp perlu kutuk2 PAS? Banyak Mana keringat dan duit kamu habis berjuang kerana PAS?..kenal PAS pun masa PAS kuat kan....tak payah kutuk2 ...tgk diri sendiri dulu...

    ReplyDelete
  21. Masa yg sesuai utk laksanakan cita2 puak UG..PAS + UMNo + khalid dah bole jentik semua. 3 billion bnyak tu bro...pakat2 share n spin isu hudud bgi rakyat stim..
    Setakat PKR n DAP....dah mcm jentik2. Hidup PAS...

    ReplyDelete
  22. Bye bye PAS. Cukup sampai disini.

    ReplyDelete
  23. Jangan tunggu lama-lama baik PAS keluar cepat supaya menjadi suci dan bersih dari rasuah dan guna kuasa. Nanti lambat orang kata dalam serban lagi banyak bohongnya, berbelit cakapnya dan PAS memang cukup kuat. Apa nak takut. Takut pada Allah saja. PAS boleh kerjasama dengan UMNO dan boleh dapat jawatan Menteri dan Exco. Apa lagi cepatlah keluar...jangan tunggu lama-lama.

    ReplyDelete
  24. Petikan komen dari blog:

    Suatu perkara yang saya paling tertarik tentang Khalid Ibrahim ialah kebijaksanaan, kemampuan dan skil beliau yang berupaya melangsaikan hutang puluhan juta RM dengan Bank Islam dalam masa yang cukup cepat.

    Saya percaya kaedah yang digunakan dalam melangsaikan hutang beliau itu sah dan halal disisi agama. Jika tidak masa kan Majlis Syura Ulama PAS, Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, barisan para ulamak parti mau pun sebahagian besar pengikut PAS berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim.

    Untuk itu saya kira skil melangsai hutang cara pantas yang ada pada Khalid Ibrahim ini perlu dikongsi dengan orang ramai khususnya dengan anak anak muda bumiputra yang dikatakan ramai bakal diistihar muflis gara gara hutang bank yang tidak seberapa.

    Disebabkan sokongan Majlis Ulama PAS yang tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim itu, saya cukup yakin teknik selesai hutang cara Khalid itu halal dan boleh dimenafaatkan oleh ramai rakyat Malaysia yang dikejar hutang bank.

    ReplyDelete
  25. Nabi memperjuangkan Islam untuk menang/berjaya. Semua Kerajaan/Pertubuhan Islam berjuang untuk berjaya. Pelek Pas perjuangkan Islam tak nak berjaya. Perjuangan apekebende. Orang cerdik dalam Pas tubuh Parti Islam Barulah. Biarlah pak lebai yang tak mboh cerdk-cerdik kekal dalam Pas.

    ReplyDelete
  26. masaalah yg berlaku dlm negeri selangor drp parti pkr.kenapa tiba2 pas memberi bayangan akan keluar PR.
    ini yg aku tak paham.atau pas dah rasa ada kekuatan utk mentadbir putrajaya secara bersendirian.beberapa orang kepimpinan pas diakhir2 ni,macam pro umno je...

    ReplyDelete
  27. Statement tidak ambil dari kontak menyeluruh. Itu sebab lapuran jadi kontroversi dan tergantung.

    Seronok jadi blogger kalau ramai vivitor masuk ketempat kita. Tetapi harus berhati-hati kalau lapuran itu kurang kemas atau separuh masuk yang akhirnya menjadi polemik dan takut2 kita sendiri menjadi tukang fitnah tanpa disedari.

    ReplyDelete
  28. Siapa lah PAS TANPA SOKONGAN PADU BUKAN MELAYU DAN MELAYU YANG ANTI UMNOBN. Setelah TGNA letak jawatan MB Kelantan, tiada satu pun langkah yang nampak bijak diambil oleh MB Baru Kelanatan.
    Tanpa Husam PAS Kelantan akan berkubur dalam PRU.14 Tanpa pakatan PAS berkubur di SEMENANJUNG. SABAH SARAWAK, apa lagi??

    ReplyDelete
  29. bila diam dikatakn/ditiduh jadi kuda pkr/dap..tp bila bersuara/berperindian dikatakan bongkak/angkuh n mcm2 lagi.. tu lah manusia yg sakit jiwa xpernah senang melihat org lain senang, semua nak dijadikan bahan utk dikutuk..kdg2 diorg ni la yg jadi gunting dlam lipatan!!!

    ReplyDelete
  30. I want to to thank you for this excellent read!! I certainly loved every bit of it.

    I have got you saved as a favorite to check out new stuff you post…

    My weblog :: attorney in Colorado Springs

    ReplyDelete
  31. statwment standard bacul PAS sudah mula ; mula2 ajak kemudian kata tak ade..

    Ini ajaran Pil Kuda ke Pil Keldai ?


    http://m.malaysiakini.com/news/271186.html

    ReplyDelete
  32. Anon 9:27 AM 11.8.14

    Saya setuju dengan pandangan saudara dan
    Sdr. johan

    sdr. memang betul. saya sebagai anak kelantan dan tinggal di KB memang tak nampak apa-apa lagi yang positif dari MB baru selepas TGNA.

    Tuntutan royalti entah ke mana, lebuhraya rakyat tak nampak bayang pun akan terlaksana dan yang terakhirnya, apa jadi dengan Hudud? konon nak runding dengan UMNO tapi apa hasilnya? Dah lebih 20 tahun beb.....undang syariah itu mendapat perkenan al sultan kelantan.

    Di kawasan pembangunan bandar-bandar kb dan sekitarnya pun masih tak berubah kecuali menyiapkan apa yang dirancang dibawah pentdbiran TGNA. itu saja. yang baru.....habuk pun tadak!

    Saya nampak dalam PRU14 nanti PAS kelantan akan tumbang sekiranya bertempur bersendirian dengan dengan UMNO. mengikut sejarah pun PAS berhasil menguasai kelantan dengan pertolongan rakan lain sahaja.

    Hakikatnya PAS tak punya kekuatan untuk menang dan mentadbir tanpa sokongan parti lain dan anggota profesional di dalam PAS sendiri

    Dan satu lagi sekiranya PAS ditubuhkan untuk berdakwah.....maka tumpukan saja kepada bodang itu. Kalau nak berdakwah dan mentadbir supaya dahwak menjadi lancar mereka perlukan kuasa. Dan untuk mendapat kuasa buat masa ini di negara ini hanyalah melalui pilihnaraya. Kalau tanak menang pilihanraya, lupakan saja politik. Baliklah ke pondok-pondok dan ke masjid-masjid, bertarbiahlah saja di situ!

    ReplyDelete
  33. PAS, sape nak tolong kita lawan BN?
    kalau xde Pakatan.Semoga Allah Merahmati & memberkati perjuangan yg Ikhlas

    ReplyDelete
  34. KALAULE DSAI TAK DIHALANG UTK DIJADIKN MB SELANGOR TEMPOHARI SEGALA KERUMITAN INI TAK AKAN BERLAKU.KAJI SEMULA PERKARA YG BRLAKU DISEBALIK SEMUA KEKECOHAN INI .UTK PAS CELIK DAN BIJAKLAH SEDIKIT DLM BERPOLITIK .

    ReplyDelete
  35. Kebanyakan yang mengkritik Pas dalam blog ini adalah terdiri daripa:
    1. Ahli2 PKR totok yang tak sedar2; masalah di Selangor berpunca dari PKR, bukan Pas. Gulongan ini berpendirian bahawa apa yang dilakukan oleh mana2 parti dalam PR mesti dipersetujui.Jika tidak ia dianggap sebagai tidak mempunyai semagat setiakawan. Seolah2 Pas adalah cabang PKR!! Anehnya apabila Pas menimbulkan isu Hudud, DAP menetang dengan hebat. Tapi PKR masa tu tak pula sibuk kutuk DAP????

    2. Kalau yang mengaku ahli Pas, mereka adalah ahli yang jenis goyang kaki.Harakah pun belum tentu beli atau baca.Suka ikut2 apa orang kata kerana tidak cukup maklumat tapi berlagak pandai. Gulongan ini tidak langsung faham perjuangan sebenar Pas.

    Dengan pendirian tegas Pas kali ini, insyaAllah, Pas akan lebih dihormati dan disokong oleh rakyat Malaysia, terutama orang2 Melayu di Selangor.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa