Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 11, 2014

Isu Khalid: MB Kelantan Buat U-Turn Bila Diselar Atau Memang Akhbar Salah Lapor?

Berubah bila diselar Kit Siang?

Kalau U-Turn memang tidak patut dilakukan oleh seorang bergelar Ulamak
Kalau kerja  akhbar......tanggunglah dosa sendiri!

MB Kelantan nafi tawar Khalid Ibrahim sertai PAS
TMI - Published: 11 August 2014
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob nafi PAS pelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai PAS. Gambar fail The Malaysian Insider. 


Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob nafi mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR untuk menyertai PAS seperti dilaporkan media semalam, kata Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.
Asri berkata, sebaliknya Ahmad yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS apabila ditanya mengenai masa depan Khalid mengatakan itu merupakan hak menteri besar Selangor penggal kedua itu.
“Pemangku ketua DUPP hanya menyatakan ‘itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia’ apabila ditanya tentang masa depan politik Khalid selepas ini,” kata setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Laporan berita yang berkait dengan menteri besar Kelantan merangkap pemangku ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online Mstar adalah tidak tepat sama sekali,” katanya.
Semalam portal berbahasa Melayu milik The Star itu melaporkan Ahmad mempelawa Khalid untuk menyertai PAS.
Menurut Mstar, menteri besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk khalid yang dipecat daripada PKR pada Sabtu kerana masalah disiplin.
"Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana dipecat PKR.
"Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya," katanya seperti dilaporkan Mstar di Kota Baru.
Asri berkata, Ahmad mengatakan Dewan Ulama PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Khalid sebagaimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada jam 8 malam semalam.
“Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama sudah membincangkan hal ini, mungkin mereka yang melaporkan berita tersebut keliru antara Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama,” katanya. – 11 Ogos, 2014.

6 comments:

  1. Abe,

    Kito berharap sangat salah lapor. Adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan jika ulamak buat u turn. Lagi berat kalau berbohong.

    ReplyDelete
  2. Sikap macam ini tak ber tanggung jawab sudah di bukti dgn kerja2 nya.

    Klantan sudah maju ke ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maju atau tidak lihat sahaja kedudukan negeri termiskin di Malaysia.tak mungkin yg tu pun nak di ajar.komen tanpa ilmu pengetahuan adalah amat memalukan.jadi dapatkan sumber maklumat sebelum nak komen.ada faham?

      Delete
  3. Tak nampak pun unsur jemputan pada TSKI.cuma dinyatakan pintu sentiasa terbuka.nak sertai atau tidak,itu pilihan TSKI.apara.agak agak ler bila nak menibai.perlu mendalami kefahaman bahasa.

    ReplyDelete
  4. pas sekarang dah mcm lembu

    ReplyDelete
  5. dia ni mb ke atau tok siak
    dgr kata di kelantan dia di remote control oleh nik amar UG
    patut la kenyataan dia berbelit2 jer

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa