Keengganan ulama PAS untuk mengubah pendirian dan terus menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor akan menyebabkan parti itu dipersoalkan dalam apa jua kelemahan pentadbiran Khalid.
Memang wujud ijtihad pada zaman khalifah melarang umat Islam menukar pemerintah biarpun khalifah zalim dan melakukan maksiat. Kezaliman dan kemaksiatan itu adalah bersifat peribadi. Selangi mana khalifah mempertahankan perundangan Islam maka perkara peribadi tidak boleh menjadi alasan menukar pemerintah. Umat Islam diseru agar bersabar.
Kesilapan itu menyebabkan akhirnya khalifah ditukar secara kekerasan sebagaimana Bani Umaiyah yang berpusat di Syiria berakhir dengan peperangan sesama Islam bagi menaikan Bani Abbassiyah yang kemudiannya berpusat di Iraq. Kejatuhan Bani Abbassiyah pula akibat diperangi puak Mongol.
Menjatuhkan kerajaan
Dalam praktik politik moden menjatuhkan kerajaan lebih mudah. Hanya dengan memangkah di kertas undi. Sekiranya pengundi Cina Petaling Jaya tidak puas hati dengan projek lebuh raya Kidex maka mereka akan mengundi BN dan DAP hilang beberapa kerusi.
Andainya penduduk campuran di Taman Medan tidak puas hati kerana Khalid gagal melaksanakan pungutan sampah berjadual sehingga Selangor menjadi negeri mencatat angka tertinggi wabak denggi maka mereka akan mengundi BN dan PKR akan hilang kerusi.
Sekiranya penduduk Melayu Sabak Bernam tidak puas hati dengan pembangunan luar bandar yang dijanjikan Khalid maka mereka akan memangkah BN dan PAS hilang sokongan Melayu luar bandar.
Ahli parlimen Temerloh Nasrudin Tantawi menjadi budak hingusan politik apabila menggerakkan pemuda PAS berkempen membela Khalid. Beliau tidak tahu Saifudin Abdullah terkejut dan tidak percaya kalah kepada Tantawi dalam pilihan raya lalu sedangkan beliau tidak bersalah apa-apa kepada pengundi.
Dengan kebodohan Tantawi membela Khalid sehingga menghina kebijaksanaan Guan Eng membina terowong bawah laut di Pulau Pinang dan membandingkannya dengan Kidex di Selangor, Tantawi pasti akan bertanya bepuluh-puluh kali jika kalah di Temerloh pada PRU 14 nanti.
Projek Kidex mengambil tanah rakyat dan akan mengurangkan sokongan dalam PRU sedangkan projek terowong bawah laut hanya mengambil tanah laut. Mungkin Tantawi lupa ikan dan siput tidak boleh mengundi. Pulau Pinang tidak akan kalah dengan projek terowong. Berbanding hilangnya sokongan Cina bandar di Selangor.
Dalam gua
PAS seperti dalam gua menangani isu Khalid Ibrahim. Menyamakan Khalid dengan kezaliman Umno memecat dan memenjarakan Anwar tentulah tidak tepat dan merupakan fitnah kepada Anwar yang memulakan Langkah Kajang.
Anwar mempertahankan dana Petronas daripada diguna menyelamatkan syarikat perkapalan anak Dr Mahathir yang bankrap. Sedangkan Khalid ditukar kerana menandatangani perjanjian air tanpa pengetahuan Exco Selangor, menyokong Kidex yang mengambil tanah penduduk dan dibantah secara besar-besaran oleh penduduk.
Adakah PAS secara rasmi mengisytiharkan mereka menyokong langkah kekerasan Khalid? Rakyat akan membenci parti yang tidak menghormati mereka yang memberi undi dalam pilihan raya lalu tidak kira berapa tinggi serban pemimpin parti itu.
Hanya PAS berfatwa berdosa menolak kepimpinan ulama sedangkan rakyat hanya inginkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup mereka. Jika PAS ingin kekal relevan dalam politik moden yang berpaksikan pilihan raya mereka wajib memakai hukum pilihan raya, bukannya bertindak sebaliknya seperti mana pada zaman khalifah.
Khalid sendiri menyindir kemelut yang dialaminya membuat beliau bekerja lebih pantas. Bermakna selama ini beliau mengakui kurang pantas. Banyak isu yang tidak selesai sebagaimana disenaraikan oleh MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, seperti permodenan ladang babi di Sepang yang dipelopori Khalid, isu rumah rakyat, projek pembersihan Sungai Klang (RM10 bilion), projek bersepadu paip (RM100 juta) yang masih tidak dilaksanakan sejak 2008 dan pelbagai lagi.
Rakyat Selangor tidak mahu kelemahan seperti itu, mereka mahukan kerajaan yang pantas bertindak. Kerajaan yang lewat dalam memberi bantuan hanya sesuai di Kelantan dan tidak sama sekali boleh diterima di negeri maju yang kehidupan berjalan pantas.
Jika PAS terus bersikap tidak matang maka kaum Cina akan melupakan mereka dan PAS For All tidak akan diterima pakai lagi dalam PRU 14. Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
- sumber zakriali blog
Lebih baik PAS buang jauh2 motto PAS FOR ALL dan jangan berharap2 pengundi bukan Melayu nak memangkah PAS untuk PRU 14. Aku sendiri dah naik muak gaya politik presiden PAS yang kepingin UG. Untuk golongan profesional dlm PAS aku respect sebab pandai mentalaah politik UMNO.
ReplyDeletePAS sudah lemah dan nampak tidak waras , jauh lagi Islamik. Cakap Tak Serupa Bikin , gaya aja Islamik tetapi tingkah laku benggap.
ReplyDeleteDari pemimpin ter tinggi hingga ke rendah tahap MP Tantawi sudah mengesahkan bahawa air muka benggap memang tidak dapat membuktikan kebijaksanaan.
PAS akan bersatu dengan BN/ UMNO untuk memenuhi 50% undi popular buat masa ini , tetapi PRU14 hanya yang benggap sebenggap PAS saja yang mengundi PAS.
Mereka mereka ini gaya saja Islamik tetapi hidup menongkat langit , malas dan nak makan free saja.
Memalu kan bangsa saja lah...
Nasaruddin Tantawi....kalau bertanding lagi di Temerloh...pasti kalah..aku dah mula bosan dengan karenah PAS sejak PRU 13 hari tu.
ReplyDeleteMenang di Temerloh...bukan buat apa pun sehingga kini. Mulut je makin celupar.
Tak usahlah mengajar atau menyuruh Hadi Awang dan Nasruddin Tantawi ni untuk melihat kembali sejarah silam Islam. Mereka ini hanya tahu bercerita dan berceramah kepada orang lain dan manfaatnya hanya orang yang mendengar tetapi tidak langsung kepada mereka.....Ulama Buta Tuli di akhir zaman (buta sebab menantu Din Ayam mendapat dana dari lantikan oleh Khalid Gagap).
ReplyDeleteyg benornye mengkeme dgn b.n takde beza,syukurla perkara ni jadi untuk bukak mata muslim yg mahu berfikir,ini sistem ialah sistem dimana untung nasib nama Allah pun berada dibawah kuasa mahkamah utk putuskan,nama Tuhan tau bukan nama makcik bedah sebelah rumah..semoga kita muslim buangla rasa taksub kepada pendukung2 politik sistem ni sampai kita akhirnya porak peranda sesama kita..mereka ini org politik sistem ini sama saja tingkah lakunya,dimana akhirnya yg diejek firaun pun tak lantik bini sendiri yg mengejek pulak buat hehe..
ReplyDeleteYang jelas dari komen2 yang diutarakan oleh rata2 ahli dan penyokong tegar PKR menyalahkan Pas dalam kemelut MB Selangor. Mereka seperti anjing2 kurap gila menggigit Pas tanpa menyedari punca kemulut ini dicetuskan dan disebabkan oleh pemimpin2 parti mereka iaitu PKR. Bila masa selama ini Pas nak rebut jawatan MB ITU Dari Khalid?? Yang kepingin nak jadi MB ialah Anwar bukan Hj Hadi. Allah tak makbulkan bila Anwar didapati bersalah. Sekarang Azmin dan Wan Azizah dah berebut nakkan jawatan Khalid itu. Until menjatuhkan Khalid Saifuddin Dan Rafizi sampai tak tidur malam merekacipta skrip bodoh menuduh Khalid, macamlah mereka berdua manusia maksum macam nabi! Sampaikan Rafizi dengan angkuh berkata related kerajaan PR Selangor tumbang asalkan Khalid dijatuhkan. Macam Selangor ni mak bapak dia yang punya. Dengan perangai orang tak siuman ni nak suruh dan nak paksa Pas sokong??? Dengan perebutan antara puak Azizah dan Azmin krisis jawatan MB tak akan boleh selesai. PKR yang tabur berak, Pas yang dapat seranah. Ini bukan kali pertama Pas dimainkan oleh PKR.
ReplyDeleteKesimpulannnya PAS tidak bijak bersilat politik, masa hadapan PAS akan hilang ditelan UMNO. Tutup cerita saya harap PAS tidak akan ada di Sabah kerana hanya akan menggangu seperi juga kewujudann STAR
ReplyDelete