Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 8, 2014

Katakan Kit Siang Betul, Dan UMNO Akan Bersorak Riang!

Nampaknya pada PRU14 nanti aku dan keluarga tidak akan keluar mengundi!

10 Ogos bukan hari penentu Khalid tetapi Pakatan, kata Kit Siang 
Published: 7 August 2014 - MI
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyatakan mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini penentu hala tuju Pakatan Rakyat, bukan nasib Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Veteran DAP Lim Kit Siang menyifatkan 10 Ogos bukan hari penentuan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan Pakatan Rakyat (PR).
Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat 23 Julai lalu, PR menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 April 2008.
"Bolehkah PR bertahan dengan krisis keyakinan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
Lim berkata, jika semua pemimpin PR sama da DAP, PAS atau PKR terus dipandu dasar bersama, ia akan mampu berdiri lebih kuat untuk menggantikan Umno/BN dalam PRU14.
"Atau alternatif yang terlalu dahsyat adalah untuk melihat PR akan ditolak ke dalam nota kaki sejarah Malaysia," katanya.
PAS menetapkan 10 Ogos untuk membincangkan isu menteri besar Selangor selepas PKR menyatakan secara rasmi mahu menukar Khalid kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Namun belum sampai tarikh itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kemudiannya disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid sebagai MB Selangor.
Semalam Majlis Syura Ulama PAS juga mengambil pendirian sama iaitu menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor sehinggalah dibuktikan beliau bersalah oleh SPRM atau mahkamah.
Pakatan sedang dilanda krisis politik berkenaan siapa yang patut menjadi MB negeri terkaya di Malaysia itu.
PKR dan DAP mahu bekas ketua korporat Khalid dikeluarkan, tetapi PAS mengacau-bilaukan perancangan itu apabila presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong sehingga Khalid menyelesaikan penggalnya.
PKR juga kelihatan berpecah antara mereka yang mahu presiden menggantikan Khalid, dan penyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, yang percaya beliau adalah calon terbaik untuk mengambil kedudukan penting itu.
Satu sidang akhbar PKR mengumumkan sokongan PKR Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB baru berakhir dalam keadaan huru-hara semalam, apabila kenyataan akhbar kedua diedarkan kepada media menyokong Azmin.
Sementara itu, pemimpin PKR dan DAP meluahkan rungutan secara terbuka ke atas pentadbiran Khalid, dan menimbulkan keraguan mengenai integriti beliau, yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai melobi secara kotor secara terbuka.
Khalid, bagaimanapun, masih berdegil dengan tindakan parti untuk menggulingkan beliau, dan mendakwa surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepadanya oleh PKR “cacat”.

Ahli Parlimen PAS Nasrudin Hassan semalam muncul mempertahankan Khalid dan menggesa PR mengutuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung projek berbilion ringgit terowong Pulau Pinang, mencetuskan kritikan dari DAP kerana "fitnah yang berniat jahat" itu.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pada hari Selasa, PAS juga adalah sebab mengapa PR masih belum mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri yang berpotensi, kenyataan yang disifatkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai "bodoh".
Pertelingkahan antara tiga pihak bertambah buruk minggu lalu apabila “screenshot” perbincangan di kalangan  para pemimpin PAS di Whatsapp dibocorkan.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki bercakap mengenai kemungkinan bekerjasama dengan musuh Umno untuk membentuk kerajaan majoriti mudah, sementara tetap mempertahankan Khalid sebagai menteri besar.
Beliau berkata langkah itu membolehkan mereka "menjentik" DAP, gereja dan bukan Islam yang membantah serbuan dan perebutan ke atas penggunaan perkataan "Allah". – 7 Ogos, 2014.

2 comments:

  1. Apa sebab Ahli Parlimen Bodoh dan dayus dari PAS Nasaruddin Hassan dan Hj Hadi begitu mempertahankan Khalid Ibrahim? Sebabnya mereka telah diberi jawatan (berelaun) di negeri Selangor oleh Khalid dan menantu abah Din Ayam pun telah dianugerahkan jawatan berelaun oleh Khalid......Manakala Din ayam ini pula adalah salah seorang dari ahli Syura Ular Mamak Bodoh PAS. Itu pasalah terlalu mempertahankan Khalid kerana telah diberi imbuhan (ulama tahi kucing). Sudahlah PKR, kamu tak perlu nak bersabar dengan PAS (parti orang berjanggut yang munafik)......Masih nak menafikan? Buatlah survey kalau tak percaya dengan pendapat rakyat teramai....

    ReplyDelete
  2. Semua nak makan free , itu saja lah bebudak kampong PAS ini... sana sini dengan Vellfire duit rakyat tapi tak kerja tuk rakyat.

    Pekerja DBKL lagi ada maruah.

    Pemimpin Cina juga jauh lebih bekerja dari bebudak kampong PAS yang sekarang jadi Orang Kaya Benggap OKB.

    Hipokrit.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa