Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 9, 2014

Laa.....Rupanya Sebelum Ini Majlis Syura Berfatwa Tanpa Rujukan?

Majlis Syura PAS masih boleh ubah pendirian, kata Khalid Samad 
MI - Published: 8 August 2014


Meskipun Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan untuk tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seorang pemimpin PAS di Selangor berkata majlis itu masih boleh mengubah pendiriannya itu jika terbukti wujudnya salah laku dalam pentadbirannya.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) berkata ia berikutan adanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri besar itu termasuk isu berhubung perjanjian penyelesaian pinjamannya dengan Bank Islam.
"Sebelum ini, Majlis Syura berkeyakinan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes dan sebab itu kita menyokong beliau, tetapi apabila adanya tuduhan sebegini, saya mahu beliau beri penjelasan
“Abdul Khalid kena bela diri, saya bagi masa sehingga 17 Ogos ini untuk beliau dedahkan bagaimana beliau lenyapkan hutang itu daripada pengetahuan kami (pakatan pembangkang)," katanya hari ini.
Maklumat mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman itu didedahkan oleh PKR dalam laporan setebal 24 muka surat, yang difahamkan diedarkan kepada pemimpin dan anggota pakatan pembangkang sejak 5 Ogos lepas.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau mengetahui mengenai perjanjianpenyelesaian pinjaman yang membabitkan menteri besar itu selepas menerima laporan itu pada malam 6 Ogos, selepas tamat persidangan Majlis Syura. – Bernama, 8 Ogos, 2014.

5 comments:

  1. cara kerja majlis syura nampak nya seperti tidak bertanggung jawab.

    kes khalid ibrahim bukan baru pun.

    apa kah majlis syura ingin menjalankan sesuatu tanpa waras seperti ter telan pil pil keldai ?

    apa kah rakyat mahu suatu majlis yang "meng-entot dahulu kemudian periksa siapoa yang di-entot nya"...

    bodoh amat lah Rakyat dapat majlis seperti majlis bandaraya kutip sampah. betul tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar bani PKR ibnu Umno. Cakap guns lutut bukan mulut.

      Delete
  2. Itulah aku dah agak , akan datang orang ramai tak kesah apa-apa pon statement MSU ni . Tak terpakai kerana tidak menyelidiki / mengkaji isu . Otomatik kata-kata MSU tak boleh dipercayai bebas dari sifat bias pada seseorang atau dengan niat lain .

    ReplyDelete
  3. Bila tersesat kembali kepangkal jalan.bila rafizi umumkan langkah kajang apakah tujuan nya?dikala itu apa penafian bos pkr tentang jawatan mb selangor?apakah dikala itu pujian dari rafizi utk TSKI?kenapa kini terserlah permainan bos pkr dan rafizi?kenapa?kenapa?kenapa?

    ReplyDelete
  4. Another Pain in the Ass dalam Pas. How stupid can you get, Khalid? Bab hutang piutang dengan bank jadi satu jenayah ke? Bagaimana mereka settled terpulanglah, its not your or PKR business. Adakah MB curi duit negeri Selangor atau your money to pay his debt? Janganlah jadi ikan belukang yg telan apa saja yg keluar dari Saifuddin and Rafizi backsides. By the way, were you the one that revealed the print page instagram? Just asking. Only joking.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa