Aku tak ada hak untuk menyokong Khalid atau geng PKR tetapi aku masih dengan soalanku, apa salah Khalid?
Adakah hanya kerana Khalid tidak sebulu dengan Azmin atau memang Khalid sudah di luar kawalan?
Apa yang aku nampak Langkah Kajang yang sedang berjalan sekarang adalah 'Pelan B'. 'Pelan A' sudah pun dikuburkan oleh Mahkamah sebelum penamaan calon PRK Kajang dan sekiranya Langkah Kajang membawa mudarat, Perancang 'Langkah Kajang'lah yang harus diterajang!
Surat Tunjuk Sebab: Khalid Dedah Rahsia Langkah Kajang
Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 8:49 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan 'Langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama berhubung nasibnya sebagai Menteri Besar Selangor.
Mendedahkan perkara itu, Abdul Khalid berkata, 'Langkah Kajang' dilaksanakan sebagai 'arahan' oleh partinya tanpa memberi pertimbangan wajar mengenai kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Selangor.
"Alasan untuk 'Langkah Kajang' tidak pernah dikemukakan kepada saya secara tulus dan ikhlas supaya saya dapat menghalusinya. Alasan yang kononnya telah diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan.
"Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan 'Langkah Kajang' yang dilakukan Lee Chin Cheh dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang tanpa alasan munasabah yang ternyata mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat Selangor," katannya pada Rabu.
Pada Selasa, Abdul Khalid diberikan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari berakhir Jumaat ini ekoran keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar selaras dengan keputusan parti itu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Untuk rekod, 'Langkah Kajang' menyaksikan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR bertanding di kerusi DUN Kajang di mana Abdul Khalid dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.
Selain itu, menerusi surat jawapan setebal tiga mukasurat tersebut, Abdul Khalid menyifatkan tindakan PKR untuk memaksanya melepaskan jawatan Menteri Besar dibuat secara pramatang dan 'tidak boleh dilakukan'.
Jelas beliau, PKR meneruskan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkannya tanpa persetujuan sepenuhnya sekutu Pakatan Rakyat serta tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Jika keputusan tersebut dilaksanakan, ia merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan kerajaan negeri selain ianya satu tindakan yang tidak adil bukan sahaja terhadap saya tetapi kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat negeri ini," katanya.
Tegas Abdul Khalid lagi, PKR tidak mempunyai sebarang alasan kukuh untuk memaksanya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
"Saya ingin tegaskan bahawa setelah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya perlu menghormati obligasi saya untuk menegakkan peruntukan undang-undang tersebut.
"Yakni saya masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan tidak terdapat apa-apa alasan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor mengapa saya seharusnya meletak jawatan," katanya.
Dan kalau ini adalah Konsensus PR aku setuju dengan pandangan Xavier di bawah:
Xavier: Orang luar jangan campur
Sementara itu ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar menyelar usaha PAS yang antaranya melibatkan Nasruddin Hassan melancarkan gerakan mempertahankan Khalid.
"Kenapa orang luar Selangor nak masuk campur hal Selangor.
"Saya nak beritahu PAS apabila menteri besar Kedah dipilih ia di bawah kuasa PAS. Di Pulau Pinang itu kuasa DAP, begitu juga Kelantan milik PAS. Di Selangor kita dah ada persetujuan di peringkat pakatan bahawa jawatan MB milik PKR.
"Jadi biar PKR yang buat keputusan siapa yang jadi MB Selangor. Saya harap ia akan terus diikuti pada masa akan datang juga," kata beliau.
Pandangan xavier pun x betul. Aku sbg rakyat jati selangor nak bgtau xavier, konsensus 3 parti bersetuju memilih dan mengekalkan khalid dari pkr sbg MB, bukan kerana kerusi MB dari pkr. So, bila khalid disuruh letak jawatan MB, quota MB terbuka pd Pas dan Dap. So, xavier. U need to improve ur party vision to rakyat. Skrg, rakyat lihat pkr spt umno kerana suka menembak kawannya dgn skrip bogel depan pubpic. U must undertand what i say.
ReplyDeleteBodoh punya wakil rakyat Xavier ni. Isu ini bukan menyentuh rakyat Selangor saja tetapi parti Pas. Nak tanya sikit, Anwar tu orang Selangor ke? Pas dah bagi can pada PKR untuk lantik MB untuk kali kedua; tapi lihatlah apa yang PKR buat sekarang? Kalau isu inu melibatkan PKR saja siapa pun tak kisah; tapi dia dah merebak jadi kerajaan Selangor. Dan kerajaan Selangor bukan hak PKR saja. Jadi salahkah kalau Pas masuk campur.. Jangan cakap macam orang bodoh lah.
ReplyDeleteapa pun , anjing yang gigit tangan Tuan nya patut di serah saja kepada bebudak Vietnam atau Kambodia....
ReplyDeleteBuat masa aja kalau kembiri kan.