Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 7, 2014

Ooo...Fahamlah Aku Kenapa PKR Beriya-iya Sangat Nak Tukar Khalid!

Penjelasan sebenar mengapa KEADILAN putus tukar MB Selangor

Penjelasan tersebut adalah sebagaimana surat Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan salinan kepada DAP dan KEADILAN seperti di bawah: 
RUJUKAN  KAMI:            SUA2014/SKR/0050
RUJUKAN ANDA:           -
TARIKH:                         4 Ogos 2014
Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
TELEFON: +603 7885 0530
FAKS: +603 7885 0531
E-MAIL: ibupejabat@keadilanrakyat.org
LAMAN  WEB: www.keadilanrakyat.org
YBhg Dato’ Mustafa Ali
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia
Pejabat Agung
No 318-A
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
YBhg Dato’,
PENCALONAN YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR
SaifSaya mendoakan perjuangan kita terus mendapat petunjuk dan rahmat Allah SWT demi harapan rakyat yang kita pikul bersama.
Berikutan perbincangan berterusan  mengenai keputusan KEADILAN mencalonkan YB Dato’ Dr Wan Azizah Wan Ismail  sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, saya telah mengunjungi beberapa  pimpinan termasuklah YBhg Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’  Haji  Husam  Musa sepanjang minggu lepas. Pada akhir  pertemuan  yang diadakan  saya memahami ada keperluan untuk KEADILAN memberikan beberapa penjelasan dan menerangkan isu berbangkit yang mendorong kepada keputusan KEADILAN mencalonkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Sesuai dengan semangat itu, untuk mengelakkan pelbagai tohmah  dan versi yang berlainan yang sampai kepada pimpinan PAS sehingga menimbulkan  kesukaran untuk mengetahui apakah sebab sebenarnya keputusan KEADILAN untuk menukar Menteri Besar Selangor dibuat, bersama-sama ini saya sertakan laporan ringkas berserta  rujukan yang berkenaan yang merumuskan beberapa  peristiwa dan tindakan yang menjadi antara sebab musabab utama KEADILAN secara konsensus mengambil keputusan menggantikan kepimpinan Menteri Besar Selangor sedia ada.
Saya memohon jasa baik YBhg Dato’ untuk memanjangkan laporan ini kepada keseluruhan AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos 2014 mengenai perkara ini. KEADILAN  juga akan menghantar terus laporan ringkas berserta  rujukan ini kepada kesemua YDP PAS Kawasan dan kesemua wakil rakyat PAS di seluruh negara agar perkara in dapat difahami seadilnya.
Saya berdoa agar perkara-perkara yang diketengahkan di dalam laporan ringkas ini dapat dihadam sepenuhnya oleh pimpinan PAS di setiap peringkat demi kebersamaan dan kepentingan mempertahankan Pakatan Rakyat.
halaman 1 dari 3
!
Selamat menyambut bulan Syawal dan wassalam.
Yang menjalankan amanah
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
Salinan Kepada:
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
YBhg Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
YB Saudara Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP
YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
YAB Saudara Lim Guan Eng
Setiausaha Agong DAP
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Ahli Majlis Pimpinan  Pusat KEADILAN AJK PAS Pusat
halaman 2 dari 3 - baca sepenuhnya di sini

14 comments:

  1. PKR dan Pemimpin nya bukan ahli ahli Pil Kuda , dan yakin dalam menjalan kan tanggung jawab mereka.

    Nak buat apa hancurkan nama baik sendiri dan keluarga semata mata kekayaan yang sedikit , bukan boleh jadi Forbes Billionaire pun.

    Jika tanpa PAS, PKR dapat menerima sokongan Melayu dan bukan Melayu bila bila masa saja kerana pemimpin nya professional dan bijak pandai.

    Boleh bercakap bahasa Inggeris sudah cukup pandai , dari lemah benggapo tahap kindergarten yang rata rata di dalam PAS.

    Yang rugi hanya orang Melayu , kerana sikap malas dan tidak berfikiran jauh lebih gaya dari kualiti otak , akan terus Ngok di buai UMNOK.

    Sedh kan.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya kes tu antara TSKI dengan Bank...
    Apa kene mengena dengan rakyat Selangor?
    Adakah TSKI buat hal dengan "amanah" rakyat Selangor?
    Pelik saya, TSKI boleh up fund sampai berbilion tapi kes tu dia buat tak tau je??
    TSKI boleh bagi orang lebih, tapi dia sendiri mcm tak cukup, Sure ada bendakan??

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kuburkan PKR buat selama lamanya.

    ReplyDelete
  4. Membaca 24 mukasurat laporan/penjelasan Saifuddin mengenai sebab Khalid perlu ditukar samalah seperti membaca ceritera fantasi. Hampir 95% menceritakan perihal hutang Khalid dengan Bank Islam. Dan dalam m.s 5 tercatat" Pada Feb 2014. Mahkamah Persekutuan dimaklumkan bahawa defendent dan plaintif bersetuju menyelesaikan kes di luar mahkamah". Kalau si pemberi Hutang dah setuju kenapa orang2 lain yang tak ada kena mengena dengan hutang tersebut buat sibuk2. Nak tanya Saifuddin, Rafizi, Azmin dan Anwar... kamu semua tak pernah buat hutang ke? Lainlah kalau Khalid terlibat dalam rasuah, atau jenayah seks, larikan bini orang atau menyamun atau bagi isteri saham2 percuma dalam syarikat2 awam. Memang patut pun TG Nik Aziz dan TG Hadi dan Dewan Ulamak Pas tak setuju Khalid disingkirkan. kalau itulah alasan yang boleh diketengahkan oleh PKR; rakyat memandang sinis apa motif sebenar nak menggantikan Khalid.Pas bukan parti budak suruhan....

    ReplyDelete
  5. Umno ni kalo tau kau ade hutang dgn katak pon sie ble spin n trap ko...semua syarikat hatta sultan jeneral perang bwh die...pd mulanye masalah dgn bank akhirnya bile telo dh kono gonggam dek umno tandeh rakyat

    ReplyDelete
  6. Kepada Anon 4:00pm ahli PKR Totok. Pas sudah wujud sebaya dengan Umno; sedangkan PKR masih dalam kerandut pelir umno masa tu. So jangan fikir PKR ni hebat sangat dan cuba merendah2kan ahli2 Pas. Pas sudah memerintah Kelantan berpuluh tahun tak kecoh pun. PKR baru bagi peluang jadi MB Selangor dah gaduh sampai pecah tongkang. Itu pun atas ehsan Pas dan Dap.Pas sudah mewujudkan ratusan Pasti dan memberi ilmu pada ribuan pelajar; awak tolong tunjuk sekolah yang diwujudkan oleh PKR!

    ReplyDelete

  7. Satu persoalan yang ingin saya lontarkan kepada PKR, sama ada dengan menyingkirkan TSKI dan melantik isteri DSAI sebagai MB:-

    1. PKR Selangor khususnya akan AMAN dan TENTERAM.
    2. Adakah exco-exco yang TSKI lantik bersedia meletak jawatan dan bersedia untuk tidak dilantik semula oleh MB yang akan datang.

    Sekiranya PKR tak dapat menjamin perihal di atas, pada saya keputusan Majlis Syura PAS patut dipertimbangkan sebagai nasehat rakan seperjuangan melainkan jika merasakan bahawa PAS seolah-olah tidak wujud lagi dalam PR.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  8. Kalau ada ahli pkr deal dgn umno, mengamuk sakan khalid, taapi bila khalid deal dgn umno okay pulak... dan di restui pas

    ReplyDelete
  9. DSAI senyap ajee....

    ReplyDelete
  10. PKR sememangnya tamak jawatan dari penasihatnya hingga ke ahlinya. Contoh; sanggup kalah di DUN Ampangan NSembilan 89 undi padahal sekiranya yang telah dicalunkan pada awal dijangkakan kemenangn di tangan PKR. Ini yang jadi di Selangor setiap masalah tentu ada jalan penyeselaian dengan baik bukan cara memfitnah dan memalukan PKR sendiri. Saya penyokong kuat PKR kalau begini berterusan hilang keyakinan saya kepada PKR.

    ReplyDelete
  11. Sudah termakan budi... apapun boleh tergadai.

    ReplyDelete
  12. Dulu selangor tak kelamkabut macam sekarang, sejak anwar campur tangan huruhara jadinya, klu dah gila kuasa inilah jadinya. Yg mana fanatik apa ketua buat tak betul bagi mereka tetap betul. Mahu habis duit negeri selangor ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa