Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 9, 2014

Pecat Khalid: Ribut PKR Akan Reda Atau Akan Bertambah Kencang?

Kalau ribut semakin hebat, maka harapan mereka agar Kapal UMNO akan karam hanya akan tinggal harapan
Tetapi mungkin tongkang PKR yang akan pecah terlebih dahulu dan Bahtera PR juga mungkin hilang haluan dan terlanggar batu karang

Khalid utus peringatan pada Lembaga Disiplin
mk - 7:16PM - 9 Aug 201

Peguam mewakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat peringatan kepada pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar tidak membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor itu dalam mesyuarat petang ini.
    
Surat itu diserahkan oleh peguam Edmund Bon kepada pengerusi badan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pagi ini.
    
Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata surat itu menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid.
    
"Ini termasuk selepas mendengar penjelasan daripada beliau pada sesi pendengaran pada 15 Ogos ini seperti yang Abdul Khalid pohon dalam suratnya kepada Tan semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.
    
Faekah berkata Lembaga Disiplin juga tidak boleh membincangkan nasib Abdul Khalid dengan kepemimpinan tertinggi PKR kerana ada antara mereka mempunyai kepentingan dalam usaha untuk menggantikan beliau daripada jawatannya.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kedudukan Abdul Khalid dalam PKR berkemungkinan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.
    
Anwar bagaimanapun berkata beliau sendiri tidak dapat memastikan nasib yang bakal menimpa Abdul Khalid, yang juga ADUN Pelabuhan Klang, dan segalanya terpulang kepada keputusan mesyuarat itu.
    
Abdul Khalid sebelum ini diminta hadir ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin parti berhubung dakwaan salah laku di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.
    
Menteri besar itu bagaimanapun telah menulis surat meminta badan itu menangguhkan sesi pendengaran dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos, berikutan tempoh masa yang diberikan kepada beliau untuk memberi penjelasan sangat singkat.
    
Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid, antara lain, diminta menjelaskan isu berkenaan penstrukturan semula industri air Selangor, elaun baharu Menteri Besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, isu pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
  
Berita berkaitan'Khalid sudah tak layak jadi MB'

9 comments:

  1. Beginilah gara-gara mengikut nasihat "betina tak cukup sex" dan melantik abang kepada musuh politik untuk menjadi penasihat. Kalau dah gagap tu gagap jugalah....

    ReplyDelete
  2. Terima saja lah pemecatan dari parti . TSKI ni dah kalah kat pemilihan cabang , ranting , dahan , pucuk , batang , akar tunjang dan akar rerambut . Apa ! dah tau tak diterima ahli parti .... undurlah cara terbaik , bak kata-kata pujanga abang Mat Taib .

    ReplyDelete
  3. Abe,

    TSKI akan mengadap Sultan Selangor untuk mendapat pandangan. Secara logiknya sebagai sultan dibawah perlembagaan, tindakan tuanku agak terhad. Itu pandangan umum kita semua. Begitu juga pandangan kita semasa krisis di Perak tempohari. Tetapi Almarhum Paduka Sultan Perak masa itu buat tafsiran lain. Dan tindakan itu telah disahkan oleh mahkamah persekutuan sebagai betul.

    Jadi kita jangan cepat melatah. Kita tunggu apa kata Tuanku Sultan Selangor bila TSKI pi jumpa Tuanku.

    Dengar kata DSAI bersama 35 Adun Pakatan akan berjumpa Tuanku Sultan untuk melantik MB baru. Agaknya ini mengikut precedent kes di Perak tempohari kot. 35 orang tu bilangan majoriti 2/3 Adun Selangor. Maknanya 6 orang Adun PAS bersama Pakatan Rakyat.

    Yang menarik juga yang h3ndak kita lihat ialah apa tindakan PAS akan keluarkan nanti apabila Adun PAS di DUN Selangor berpecah kepada 2 kumpulan: satu menyokong Pakatan ( setakat ini, esok tak tahu lgi) dan satu lagi tidak. Tindakan PAS ini akan memberi gambaran samada PAS kekal atau keluar Pakatan.

    ReplyDelete
  4. Sebelum terhempas PAS cubalah berjuang sendirian. Vell fire! Fire@

    ReplyDelete
  5. khalid ibrahim masok UMNO , dapat TUN dan dengan bebahalol PAS jadi MB Selanor balik.

    khalid bijak dan yang Ngok , bebudak PAS lah... PRU14, PKR dan DAP ke hadapan.

    tahniah Khalid !!!

    ReplyDelete
  6. kami penyokong anwar dlm pas dan pkr menyokong ketum pkr.kami bodoh je,kami sentaiasa taat pada anwar membabi buta

    ReplyDelete
  7. Sebelum terhempas PAS cubalah berjuang sendirian. Vell fire! Fire@

    ReplyDelete
  8. kerusi mb empok , enak dan lazat sebab tu sayang nak lepas dan tinggalkan macam2 ada

    ReplyDelete
  9. ah selalu korupsi, kapan maju negara nih

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa