Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 9, 2014

Syaitan Celaka Ciptaan Barat Mengganas Lagi

Rundingan gencatan senjata hanyalah helah untuk mengumpul tenaga
Dalangnya tentulah Al-Sisi dan Syaitan Besar abang kalau diteliti daripada kerenah yang wujud semasa rundingan!

Israel memperhebat serangan ke atas Gaza
Kosmo - 09/08/2014 6:35pm

BANDAR GAZA - Pesawat pejuang Israel memperhebat kempen serangan udara ke atas Gaza dan membunuh lima rakyat Palestin hari ini. Ia berikutan dakwaan mengenai tembakan roket terhadap Israel sekali gus menghentikan rundingan gencatan senjata di Kaherah baru-baru ini.
Kementerian Dalam Negeri Palestin berkata, jet Israel melancarkan 21 serangan selepas tengah malam, lalu memusnahkan tiga buah masjid - satu di Zeitoun, satu di Jabaliya di utara dan Nuseirat di tengah-tengah wilayah kecil Palestin.
Sekurang-kurangnya dua daripada masjid yang musnah itu dilaporkan terletak berdekatan dengan kubu pejuang Hamas.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, dua lelaki terbunuh dalam serangan yang mensasarkan 'motosikal di kem al-Maghazi' manakala mayat tiga lelaki lain telah ditemui di kawasan runtuhan masjid al-Qassam yang terletak dalam kem Nuseirat.
Seorang jurugambar AFP berkata, serangan di laman Nuseirat memusnahkan seluruh masjid dan yang tersisa cuma menaranya.
"Kami terdengar bunyi letupan kuat, ia merupakan letupan permulaan sebagai amaran kepada penduduk untuk berpindah dan mengosongkan kawasan itu," kata Jood Irhaem yang tinggal berdekatan dengan salah satu masjid itu.
Konflik panjang yang berlarutan selama sebulan itu kembali berterusan meskipun selepas rundingan gencatan senjata dilakukan baru-baru ini. Gencatan itu tamat pagi semalam.
Pertempuran antara Israel dan Hamas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,898 nyawa rakyat Palestin dan 67 rakyat Israel sejak 8 Julai lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 1,354 rakyat Palestin terbunuh sejak 8 Julai ialah orang awam, termasuk 447 orang kanak-kanak. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa