Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 11, 2014

perbicaraan Mejar Zaidi: Perkara Pelik Berlaku Di Mahkamah Tentera Hari Ini

Bukti yang bukan asli pun cuba nak dijadikan bahan bukti.....
Berbicaraan ditangguhkan kerana Pendawa mati hujah

Mahkamah tentera tolak CD dijadikan bukti dalam perbicaraan Mejar Zaidi 
Published: 11 August 2014
Mejar Zaidi Ahmad, pegawai Tentera Udara diRaja Malaysia, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan berhubung isu dakwat kekal pada pilihan raya umum lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.


Mahkamah tentera bagi mendengar perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa atas empat kesalahan melanggar arahan Majlis Tentera Diraja Malaysia berhubung kes dakwat kekal hari ini menolak permohonan pihak pendakwa menyerahkan cakera padat (CD) sebagai bukti kerana kesahihan kandungannya dipertikaikan.
CD itu mengandungi kandungan rakaman ketika sidang media Zaidi di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kepala Batas, sehari selepas pengundian awal pada 1 Mei 2013.
Peguam Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin, memberitahu CD berkenaan hanyalah bukti kedua kerana salinan pertama rakaman itu sudah dipadam sepertimana diakui oleh saksi pertama, Pengarah Jabatan Marsyal Provos TUDM, Leftenan Kolonel Mohammad Rosli Yaakob.
"Kerana itu, CD berkenaan tidak boleh diserahkan sebagai bukti," kata Hanipa memberitahu enam panel mahkamah diketuai Kolonel Saadom Hasnan.
Ahli panel lain adalah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S. Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.
Zaidi, 45, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengaku tidak bersalah di atas empat pertuduhan berhubung penggunaan dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) tahun lepas.
Pegawai berpangkalan di Butterworth itu juga mengaku tidak bersalah atas tiga lagi pertuduhan iaitu membuat kenyataan media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur politik.
Rosli berkata, beliau mempengerusikan lembaga siasatan yang ditubuh bagi menyiasat Zaidi kerana memberikan kenyataan media berhubung dakwat kekal tanpa kebenaran pegawai atasannya.
Rosli mengakui salinan asal yang direkodkan dua pegawai marsyal provos menggunakan dua telefon bimbit dipadam selepas kandungan itu dipindahkan ke komputer riba atas tujuan keselamatan.
Rosli mengakui rakaman di komputer riba itu juga dipadamkan selepas ia dipindahkan ke dalam CD bagi tujuan sama.
Hanipa kemudiannya membantah dengan mengatakan bukti itu tidak boleh diterima apabila mahkamah tidak mengetahui adakah ia rakaman asal.
"Bagaimana kita mahu mengetahui adakah salinan rakaman itu adalah asli apabila yang asalnya sudah dimusnahkan? Dan saksi sendiri mengakui hal itu," katanya.
Perbicaraan hari ini menyaksikan mahkamah menerima eksibit yang diserahkan sebagai bahan bukti.
Selain itu, terdapat salinan artikel mengenai Zaidi disiarkan di akhbar The Star dan Harian Metro.
Perbicaraan itu yang berlangsung lebih daripada empat jam dihentikan ekoran pihak pendakwaan gagal meneruskan soalan apabila menerima bantahan berterusan daripada peguam bela.
Mahkamah yang dipengerusikan Kolonel Saadon Hasnan berkata ketika ini terdapat beberapa ketidakpastian mengenai proses pelaksanaan dan oleh itu mahkamah membenarkan pihak pendakwaan mengkaji semula proses itu sebelum perbicaraan.
Perbicaraan Zaidi ditangguhkan sehingga 26 Ogos ini. – 11 Ogos, 2014.

2 comments:

  1. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan.

    perintah dari Allah untuk manusia yang beriman. takutlah hanya kepada Allah bukan selain Allah.
    tak ramai manusia yang beriman sedar akan ayat perintah ini

    ReplyDelete
  2. Takut tembelang pecah, jadi korban kan Mejor ini. Orang Malaysia bukan bodoh dan buta. Dah setiap PRU guna taktic penipuan ini, cuma Allah SWT kita tawakkal

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa