Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 1, 2014

Sedarkah PAS Dan PR Kemusnahan Tercetus Dari Kepala?

Berhenti musnahkan diri sendiri, Pakatan perlu mesyuarat segera, kata AJK PAS Pusat 
Published: 1 August 2014 - TMI
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.

Seorang lagi pemimpin PAS meminta agar persidangan dibuat segera oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan  bagi menghentikan 'kemusnahan sendiri' yang dilakukan ahli dan penyokong mereka sekarang.
"Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk 'Menghentikan Kemusnahan' ini (Arrest the Self-Destruction)... tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi menguruskan tuntutan krisis yang ganas ini.
"10 hari terlalu lama dalam politik, dan media Barisan Nasional (BN) saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.
AJK PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat 10 Ogos ini bagi membincangkan cadangan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Cadangan itu dikemukakan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden PR pada 23 Julai lalu.
Ekoran cadangan itu, PAS dan DAP dalam satu kenyataan bersama berkata mereka akan membawa balik cadangan ini kepada parti masing-masing.
Menurut Dzulkefly yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PR sekarang sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" atau 'mod memusnahkan diri sendiri' ekoran pertelingkahan dalaman sesama mereka.
"Pimpinan tertinggi harus segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini," kata beliau dalam satu surat terbuka kepada pucuk pimpinan dan pendokong PR.
Beliau berkata, sangat malang jika PR berakhir di sini, kerana umum mengetahui hanya inilah wadah yang menjadi harapan rakyat untuk mampu memberi 'check and balance' serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan Barisan Nasional (BN) dalam urus tadbir negara serta Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
"Berpada-padalah saudaraku bahkan sebaiknya 'segera hentikan' dalam 'menyerang serta menembak sesama sendiri' kerana saudara sedang ditertawakan oleh seteru politik kita yang bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat kini.
"Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara... Ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi justeru kerana saudara menembak sesama sendiri... malang!" kata Dzulkefly.
Menurutnya, rakyat mengharapkan PR sedangkan mereka asyik bercakaran dan ditanggapi sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara. – 1 Ogos, 2014.

4 comments:

  1. Salam..tuan teramat sedar dan rakyat kebanyakkan pun begitu juga akan ada rakan yg JELAS 'memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara.'

    Rakyat bukan buta dan bodoh..dengan membiarkan 'rakan kongsi' bertindak merapu akan menyebabkan pas pun kelihatan hilang arah tuju..

    ReplyDelete
  2. Ni boleh membuat rakyat hilang kepercayaan terhadap PR... Sebagimana yg setiap hari dicanangkan oleh BN...

    ReplyDelete
  3. Ini lah kehebatan PR.semua gila publisiti media pro bn.bodoh tak kesudah.dah tahu media mesra bn sentiasa mencari peluang utk menjahanamkan ikatan PR namun kerana kejahilan sendiri,dilayan juga.cukup ler wahai pimpinan PR.be smart.

    ReplyDelete
  4. Dunggu, selepas ini tidak ada sesiapa yang akan menyokong PAS. Dengan kemenangan PAS dalam pru14 medan dakwah semakin melebar dan peluang pencerahan kepada masyarakat terbuka luas, tetapi dengan tindak tanduk PAS yang terbaru telah menutup semula peluang untuk memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat keseluruhan. TAHNIAH KEPADA PAS PIMPINAN HJ. HADI

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa