Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 2, 2014

Ukraine: 14 Mati Bertempur Berdekatan Tapak Nahas MH17

14 Terkorban Pertempuran di Timur Ukraine
Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 8:34 PM - mStar

KIEV: Empat belas orang terkorban termasuk sekurang-kurangnya 10 askar kerajaan ketika pertempuran berdekatan lokasi nahas pesawat MH17, kata jurucakap tentera Ukraine hari ini. 
"Jumlah yang dikenalpasti ialah 14 orang mati tapi empat mayat belum dapat dipastikan identiti dan mungkin askar Ukraine atau pengganas," kata jurucakap tentera, Oleksiy Dmytrashkivsky. 

Katanya, kira-kira 10 askar Ukraine mati dalam pertempuran di bandar Shakhtarsk kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas MH17. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa