Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 11, 2014

Sultan Perkenan Khalid Kekal MB Tapi Benarkah Dapat Kepercayaan Majoriti ADUN?

Khalid: Sultan perkenan saya kekal MB
mk -2:28PM - 11 Aug 2014
Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata sultan Selangor memberi perkenan supaya beliau kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat daripada PKR.

Beliau mengumumkan demikian selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Klang pagi ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Khalid Ibrahim

Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11 Ogos 2014, 9 pagi di Istana Alam Shah Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

9 comments:

  1. Abe,

    Tindakan Sultan itu tidak mengikut undang-undang negeri selangor dalam hal ini. Baginda dah jumpa TSKI. Baginda kena jumpa Pakatan Rakyat yang mempunyai majoriti di DUN Selangor mengesahkan jika Pakatan masih mempunyai majoriti. Dia tak boleh assume TSKI mempunyai majoriti tanpa bukti.

    Sekali nampak baginda menyebelahi TSKI & PAS. Sebenarnya tidak. Baginda memihak kepada UMNO. Dengan tindakan demikian, baginda mahu Pakatan membubarkan DUN supaya PRN.

    Bila di buat PRN, UMNO mempunyai advantage kerana dapat menumpukan semua resources pada satu tempat sahaja berbanding PRU. Dalam kes PRN Selangor, kos bukan masaalah besar kepada UMNO.

    Jadi sekarang terpulang kepada PAS. Jika masih agah rasa hebat sangat, PRN tak boleh dielak. Jadi kita tengok hok mulut-mulut lembik dikalangan pemimpin PAS nak ulas guano.

    Yang hampir pasti jika diadakan PRN sekarang, UMNO akan menang bergaya di kerusi-kerusi milek PAS kerana sentimen pengkhianatan oleh PAS begitu dirasai oleh rakyat Selangor. PAS akan tahu dimana kedudukan sebenarnya - lepas hari isnin ialah selasa. Bukan terus jumaat seperti PAS sangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Jika PRN Din Khambing elok dipilih sebagai calun.
      PAS semakin kuat.Boleh benang besar punyalah.

      Delete
  2. bat8

    Abe setuju dengan pandangan bat8. Kalau PRN diadakan hampir pasti BN akan berkuasa semula di Selangor. Dan bagi PAS sekiranya bertanding bersendirian tanpa ada apa-apa persefahaman dengan BN dah nampak ramai yang akan tergolek!

    Haa....sekiranya khalid masih mendapat perkenan sultan dan masih mendapat kepercayaan majoriti ADUN, adakah PKR akan menjilat ludahnya sekiranya Khalid merayu di atas pemecatannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe,

      Ambo rasa UMNO takkan bekerjasama dengan PAS dalam PRN Selangor jika DUN bubar. PAS barey punoh doh buat masa ini. UMNO akan terpalit jika bekerjasama dengan PAS dan ini akan memberi advantage kepada PKR &DAP kerana angkara krisis TSKI ini akan dilihat dirancang bersama-sama oleh PAS( Puak UG) dengan UMNO.

      PAS akan menerima padah seorang diri. S3b3narnya UMNO sudah tak memerlukan PAS lagi walaupun didalam PRU 14. Kerosakan yang dibuat ol3h PAS begitu besar. Ada apa lagi pada PAS hari ini yang boleh mengerunkan musuh.

      Hudud yang diperjuangkan oleh PAS sejak dulu pun telah diserahkan oleh tok lebai-tok l3bai PAS Kelantan kepada musuh ketatnya UMNO. Puak tok lebai ini serah s3mua sekali denhan kain pembalutnya s3kali. Itulah identiti perjuangan PAS selama ini sehingga dengan rakan Pakatan pun xmau kompromi.... pun dah berada ditangan musuh. Apa UMNO buat dengan hudud PAS sekarang. UMNO campak tepi dinding dan peram buat pekasam. Jangan haraplah UMNO akan bantu PAS laksanakan hukum hudud di Kelantan. Bijak sungguh tok lebai-tok lebai PAS Kelantan. Leb7hraya rakyat K..Krai-KB pun dah serah kat UMNO. Bulan Sept ni pak3j pertama akan mula.

      Kita nak tanya tok lebai-tok lebai PAS Kelantan yang memang bijak berdooh ni....dalam kempen PRU 14 nanti, apa modal kempen pilihanraya d3mo?

      Nak harap kepada kerajaan Kelantan yang masih ada? Itupun dah nyawa-nyawa ikan dan besar kemungkinan UMNO dapat percuma je lepas PRU 14 nanti.

      Lepas tu apa lagi yang tok lebai-tok lebai dalam PAS nak perjuangkan. Negeri-negeri yang diperintah mereka tohok kelaut kerana berasa hebat sangat diri memerintah. Dasar perjuangan dan sebab PAS wujud pun iaitu hudud pun dah ada ditangan musuh.

      Delete
  3. Mungkin undi tidak percaya menyusul selepas ini ?

    ReplyDelete
  4. Sultan samada tersilap atau ditipu mentah-mentah oleh Khalid. Sultan, sepatutnya apabila diberitahu oleh Khalid beliau ada sokongan, jalan paling baik ilah meminta Khalid buktikan sokongan itu. Tak boleh cakap saja. Kalau Khalid tak dapat buktikan, maka Khalid berbohong kepada Sultan. Itu saja asasnya. Sultan kena bersikap adil. Kena dengar dua belah pihak, jangan dengar cakap Khalid saja.

    ReplyDelete
  5. Mscam Perak juga sebab budak tu tak macam sesuai jadi peganti aje...

    Boss , BOTOL besar ke kechik ????

    Lahanat mana kira bangsa yang penting dunia ini pakai duit saja.

    ReplyDelete
  6. TSKI kata sultan kata...berbeza dengan sultan sendiri kata.... Lagi pulak TSKI kata sultan berpuas hati dengan jawapan dia bahawa dia masih memperolehi kepercayaan majoriti ADUN. Puas hati dengan jawapan satu hal, memperolehi kepercayaan majoriti ADUN adalah hal yg berbeza sebab kepercayaan majoriti hanya boleh dibuktikan dgn undi. Sebab itu TSKI kata.......... mungkin betul tapi ' substance ' kpd kenyataan itu perlu di establishkan ( maaf hilang perbendaharaan )

    ReplyDelete
  7. TSKI + PA TSKI + PAS + UMNO = 29 ADUN; PKR + DAP = 27 ADUN. Mengapa pula TSKI tiada sokongan majoriti? Dimana khilaf DYMM?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa