Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 12, 2014

Buat Sementara Ini BN Selesa!

Malaysia sudah hilang pembangkang?
ZULKIFLI YAHAYA .

MALAYSIA seolah-olah hilang pembangkang untuk tempoh yang agak lama. Masa dibazirkan dengan begitu banyak untuk menumpukan kepada isu yang satu itu, sehinggakan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak kelihatan sangat selesa.

Jika tiada isu ‘Menteri Besar Selangor’ maka sekarang para pemimpin Pakatan sibuk membelasah kerajaan dalam isu kerugian Penerbangan Malaysia (MAS). Sebab-sebab kerugian sangat jelas, kerana MAS diurus ala BN mengurus kerajaan Pusat. Kalau sepinggan nasi lemak sudah bernilai RM45, hanya kerana mahu memberi kontrak kepada kroni, apatah lagi segala kontrak yang lain melibatkan MAS.

Selepas Najib mengumumkan suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional Bhd ke dalam MAS Jumaat lalu, berdetap-detap air liur ‘para penyamun’ daripada kalangan kroni mendengar pengumuman RM6 billion itu. MAS dijangka hancur lagi selepas suntikan dana besar itu. Malang, tiada pemimpin pembangkang yang akan menghuraikan panjang lebar apa sebenarnya yang terjadi pada MAS. Masing-masing sibuk dengan sebuah konflik yang sia-sia.

MAS yang menggantung dagangan pada Khamis lalu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada tempoh sama tahun lepas. Saham MAS terakhir diniagakan pada 25 sen Khamis lalu. Sayang, isu sebesar itu menjadi ‘tidak bernilai’ pada pembangkang sekarang.

Isu Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat juga nampaknya hilang daripada catatan. Ia isu besar dalam negara. Jika ditandatangani nanti akan menyebabkan Malaysia hilang kedaulatan. TPPA akan menjadikan syarikat pelaburan asing berkuasa sepenuhnya dalam negara kita, menyaingi semua syarikat syarikat atau pengeluar produk dalam negara. Mereka berkuasa untuk menyaman kerajaan sekiranya ‘hak penjajahan’ mereka dalam perniagaan disekat. Rakyat tidak sempat tahu semua itu, kerana kempen penentangan terhadap TPPA terhenti angkara isu yang satu itu.

Isu Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga bukan isu kecil. Rakyat berpendapatan rendah dan sederhana akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik yang tinggi jika YTL yang merupakan sebuah syarikat pembekal tenaga bebas (IPP) menguasai TNB. Kerajaan BN memberi tawaran usaha sama secara runding terus membabitkan YTL untuk 1-MDB bernilai RM11 bilion. Siapa yang akan menjelajah negara menerangkan isu tersebut kini? Semuanya sibuk dengan isu sia-sia yang satu itu.

Dua ekor panda China juga dilupakan. Perjanjian dibuat antara kerajaan China dan Malaysia bagi meminjam dua ekor panda dari China selama 10 tahun menelan kos sebanyak RM74 juta. Kos untuk membina rumah panda sahaja ialah sebanyak RM24 juta. Dengan kos sebesar itu banyak manfaat boleh disalurkan untuk rakyat tanpa kehadiran panda. Namun siapa yang akan bertungkus lumus menjelas kebejatan itu kepada rakyat, jika masing-masing sibuk memberi penjelasan sesama sendiri.

BN pernah diserang sejurus selepas komponen parti itu mencatat rekod miliki saiz Kabinet dalam kerajaan yang terbesar (XXL) dengan mempunyai 35 orang menteri sedangkan rakyat Malaysia cuma ada kira-kira 30 juta. Sebagai perbandingan, China ada 1.3 bilion rakyat terdapat hanya 20 menteri, Amerika Syarikat yang berpenduduk 317 juta ada 18 menteri, Jepun yang ada 127 juta penduduk ada 16 menteri. Kerajaan terpaksa berbelanja RM824,525 sebulan untuk gaji semua menteri, timbalan menteri, TPM. Bermakna setahun gaji mereka RM9.9 juta setahun. Isu ini bangkit sekejap dan sepi. Macam ‘Touch-N-Go’. Tiada siapa yang sudi mengangkat sepanduk di hadapan pejabat Perdana Menteri membantah pembaziran itu.

Apa sudah jadi dengan tindakan Kerajaan BN melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak zalim merobohkan kediaman penduduk Kampung Chubadak Tambahan yang diduduki oleh orang Melayu? Penduduk tiada tempat perlindungan sementara, bekalan air dan elektrik dipotong. Mereka terpaksa merempat di kampung sendiri. Apa sudah jadi sekarang? Sepi juga.

Isu pembinaan kampus UiTM yang didakwa diserah pada syarikat tiada kelayakan tempoh hari, apa sudah jadi? Adik Ketua Wanita Umno, Sharizat Jalil iaitu Shahril Jalil adalah antara individu terbabit konsesi pembinaan kampus UiTM Cawangan Seremban III bernilai RM1.5 bilion bersama rakan kongsinya Timbalan Presiden Jati, Dato' Aidit Ghazali. Syarikat terbabit, cuma syarikat bersaham terbitan RM2 tetapi mendapat kontrak kerana kroni Umno. Tiada siapa nak memanjangkan isu tersebut seperti isu lembu syarikat yang berpanjangan sehingga dia tumbang sebagai menteri.

Lagi isu besar yang dilupakan ialah kisah Deepak Jaikrisnan, penjual karpet yang juga rakan baik Rosmah Mansor diberikan kelonggaran menyelesaikan baki hutangnya bernilai RM32 juta terhadap Bank Rakyat menerusi 120 keping cek "post-dated" untuk tempoh 10 tahun tanpa sebarang faedah. Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbarudin Chik telah dipecat daripada jawatannya akibat tidak bersetuju dengan arahan menteri yang mengatur penyelesaian hutang bank dengan cara itu.

Nampaknya kerajaan BN dan para kroni Najib, bebas buat apa sahaja yang akibatnya boleh jahanamkan negara sekalipun kerana mereka sedar pembangkang sudah lemah kini!

Hakikatnya, semua isu besar itu akan jadi besar jika disensasikan oleh tokoh-tokoh yang berwibawa, khususnya daripada pembangkang. Tapi jika tokoh-tokoh peledak isu hilang wibawa akibat berkrisis, maka isu yang dibawa pun akan tidak berwibawa. Ini masalahnya.

Jangan terlalu lama. Rakyat tetap merindui kehadiran pembangkang dalam arena politik negara. Maksudnya pembangkang yang menyanggah penyelewengan dan kelemahan kerajaan. Bukan pembangkang yang membangkang sesama sendiri.

4 comments:

  1. pembangkang dgn kerajaan xda beza ..sesuatu yg sama tapi nama je lain.. 2-2 teror wat lawak utk tatapan rakyat..dan kbnyakan rakyat akan menyambutnya dgn tangis terharu menjunjung kasih haha...cuma lawak bodoh dari pembangkang lebih segar/up to date iaitu lantik bini sendiri jadi mb..kawan dia pulak beriya2 x mau mengalah kononnya ini satu ketidakjujuran..tapi bab hudud dia ok je ngalah...no hal...

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Inilah gara gara anak didikkan Tun Mahathir @ Bekas ahli Umno DS Anwar Ibrahim. Dek kerana kemarukkan jawatan ( MB Selangor)habis seluruh jentera Pakatan Rakyat . Seanadinya DS Anwar Ibrahim bersabar dan tidak kemaruk kan jawatan ( MB Selangor ) sudah tentu sampai ke hari ini UMNOBN merasa tergugat. Epiloq kes liwat DS Anwar Ibrahim dan ketangguhan penjara 5 tahun oleh Mahkamah , sandiwara DS Anwar Ibrahim bermula .Yang hairannya kenapa Mahkamah tiba tiba senyap kes liwat untuk memperjarakan DS Anwar Ibrahim. Apakah ada Udang di sebalik Batu????Sehingga kini TS Khalid (MB Selangor) belum di dapati bersalah oleh SPRM dan tiada tanda tanda dakwaan bersalah oleh mana mana agensi Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hj yg mulia.hujah kroni nepotisme kelayakan tekti x btul boley kita bincang debatkan pro n co.tp bab ex or mantan(bekas)umngok x yah hujahla.nanti org gelakkan tuan hj jer psl naif sgt hujah tu.brapa ramai bekas umngok dlm pas,pkr,dap?semua tu xley pkai kan.pas pon lahir dr umngok.so rentilah guna hujah tu ye tuan hj.umngok tu pun bkn najis.org kat dlmnya yg suka wat najis.kalo umngok dah betol pas pon x yah wujud.

      Delete
  3. Tanpa DAP dan PKR sudah lsma negara bankrap macam Greece. Melayu Melayu kejar gaya sahsja jual negara sebab otak udang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa