Tun Mahathir: Orang Melayu tidak amanah
Jika kita urus duit dengan tidak amanah dengan berkata tak apalah sebab bos tidak tahu, itu satu sikap yang tidak baik.
PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pandangannya mengatakan orang Melayu pada masa ini tidak amanah.
Pandangan ini dinyatakan oleh Mahathir yang melihat nilai ini tiada dalam kalangan orang Melayu buat masa ini katanya di Majlis pelancaran buku “Wahai Melayu”.
Kata Tun Mahathir, “Jangan sesekali kita mengambil duit yang bukan milik kita.”
“Saya melihat ada dalam kalangan Melayu yang suka mengambil duit yang bukan hak miliknya. Kita perlu urus kewangan kita dengan baik dan ikhlas.
“Jangan kita ambil yang bukan milik kita. Jika kita lakukan, itu maknanya kita mencuri,” jelasnya.
Tambahnya, jika kita urus duit dengan tidak amanah dengan berkata tak apalah sebab bos tidak tahu, itu satu sikap yang tidak baik.
“Kadang-kadang gaji seseorang itu cukup, tetapi tidak menghargai kerjanya dan hanya berfikir boleh sapu duit sedikit.’
“Jika kita jujur walaupun hutang banyak, kehidupan kita terutama dalam perniagaan akan menjadi kuat. Tetapi jika tidak jujur ia bukan sahaja beri kesan kepada diri kita sahaja, ia beri kesan pada bangsa sebab hutang tidak bayar,” ujarnya.
Tegasnya, kita harus belajar sikap jujur.
Beliau juga menceritakan pesanan ibu beliau yang mengajar beliau dari kecil supaya tidak mengambil yang bukan miliknya.
“Saya berharap rakyat lebih mengutamakan kejujuran dan beramanah dalam kehidupan,” katanya.
Ghoik ptui!
ReplyDeleteBerat tuduhan Tun ni ttg melayu x amanah. Melayu ada kat indonesia, Singapura, Thailand, Afrika, Vietnam, Kemboja dss. Tp stahu aku yg tdk amanah ialah yg buat tuduhan. Dpt jd PM , terus jadi kaya melampau.
ReplyDeleteMungkin betul kata Tun ini , sebab rata rata Melayu dapat didikan agsma Islam ber beda bangsa lain.
ReplyDeleteDengan ada didikan agama pun , orang Melayu suka menipu hingga rakyat semua bangsa terima bebanan.
Itu pandangan Mamak , belum lagi Cina , India , Iban , Kadazan & Bangla.
1 Ngok sudah Gagal sekarang.
Mungkin sudah tiada penghayatan rasa jiwa dan sudah hilang pertimbangan akal. Mungkin rasa cinta terlalu menebal kepada kebendaan dan pentingkan diri sendiri menyebabkan hilang tingkah laku jujur!!!!!
ReplyDelete