Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 12, 2014

Hadi Setuju Hadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden (MPP): Adakah Ribut Akan Reda?

Hadi setuju selesai kemelut politik dengan PKR, DAP - Suhaizan
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 12 SEP 2014 (3 HOURS AGO)
Abdul Hadi Awang (tengah) mendengar penjelasan daripada Suhaizan (dua dari kanan) dalam pertemuan pertama di Pejabat Agung Pas Pusat di Kuala Lumpur pagi ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada masalah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden (MPP) Pakatan Rakyat, jika rakan gabungannya, PKR dan DAP juga bersedia berbuat demikian.

Malah beliau mengingatkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR), jika benar-benar mahu melihat pakatan pembangkang bersatu seperti sebelum ini, mereka mesti berusaha dan bekerja kuat bagi memastikan matlamat itu menjadi kenyataan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat ketika mendedahkan perkara itu berkata, jaminan dan pesanan itu dinyatakan Abdul Hadi dalam pertemuan beliau bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Malaysia, Teo Kok Seong.

Katanya, mereka mengunjungi Abdul Hadi di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur dan berbincang mengenai penyatuan itu selama 45 minit bermula jam 9 pagi.

"Datuk Seri Presiden kata, jika betul-betul mahu muafakat, bermuafakatlah betul-betul. Saya (Abdul Hadi) tak ada masalah nak jumpa (Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dalam MPP)," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Menurut Suhaizan, dalam pertemuan itu, Pemuda PR menyampaikan suara resah anak muda Malaysia mengenai hubungan pakatan pembangkang yang dilihat semakin renggang berikutan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.

Katanya, mereka turut menyampaikan hasrat anak muda dan maklum balas rakyat serta beberapa pihak dari badan bukan kerajaan (NGO) kepada Abdul Hadi, yang mahu melihat perpaduan terjalin erat dalam pakatan pembangkang.

"Kita juga telah menyampaikan mesej kepada Datuk Seri Presiden, yang kita mahu mesyuarat MPP diadakan secepat mungkin atau dalam jangka waktu terdekat ini bagi mengurangkan prasangka buruk orang ramai terhadap kepimpinan PR.

"Mesyuarat itu perlu diadakan untuk mencari permuafakatan dan jalan penyelesaian berhubung isu Menteri Besar Selangor," katanya.

Beliau berkata, selepas ini Pemuda PR akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Rabu lalu, Pemuda PR dalam kenyataan media bersama memberitahu, kepimpinan utama parti dalam pakatan pembangkang perlu menyelesaikan segera krisis Menteri Besar Selangor yang berlarutan sekian lama.

Mereka mempunyai sebab membuat gesaan itu kepada pucuk kepimpinan parti kerana senario hari ini menunjukkan sokongan serta keyakinan rakyat Selangor terhadap PR semakin terhakis. - MalaysiaGazette

11 comments:

  1. Itulah yg terbaik...berdepan & terangkan hal sebenar..ade pun citer2 dlm blog ni byk spekulasi ke arah fitnah yg dasyat...

    ReplyDelete
  2. tak perlulah jumpa. dah banyak sangat tikam belakang. dulu janji mb Selangor pkr punya. tetiba hantar 3 nama pada istana. dulu bincang kerusi kota damansara pkr punya, tetiba ada surat watikah presideng calon pas.

    pkr n dap jangan buang masa. biar pas dengan lebai labunya. Jangan dipatuk 2 kali dr lubang yg sama. hadi fitnah, khianat, aibkan presiden rakan. org spt ini jgn diambil persaksian darinya.

    ReplyDelete
  3. Kalau hanya berjanji dengan pemuda PR (budak hingusan), apalah sangatkan? Pernah Hj Hadi Awang berjanji dengan PAS Pusat sekalipun darihal pelantikan MB Selangor pada mesyuarat 17 Ogos 2014 pun beliau mungkir, di dalam Muktamar 2008 yang mempersetujui bahawa PAS akan bersama PR dan diterjemahkan oleh beliau sendiri pun maka dikhianati pada hari ini. Beliau hanya akan hadir bersama pakatan UG (ahli gelap) apabila dijemput oleh Muhyideen Yasin bagi membincangkan tarikh sambutan hari penyatuan PAS-UMNO dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Inilah sepatutnya yang TGHH lakukan. Ia tanggung jawab jamaah keatas dirinya.Mesyuarat tak nak pergi, hantar wakil.Itu satu hal. Bagitau kat instructions kepada wakil2 tu. Dari tindakan yg kita nampak besar kemungkinan takde. Bila wakil buat keputusan dia tentang pulak. Jika wakil kita buat keputusan samalah kita yang buat keputusan.

    Siapa yg pilih wakil2 tu? Lain kàli pilih wakil yg kita percayai sebab dia akan buat keputusan bagi pihak kita.

    Ini yg kita faham tentang TGHH. Nak kata tak tahu, dia dah lama dalam PAS. Mesyuarat macam ni ada leraturan dan protokol. Tak sama dengan mesyuarat atas wakaf kat kampong nak bincang pasai nak gi menjala ikan.

    Sekarang nasi dah jadi bubur. Kerosakan sudah besar menimpa PAS. Kerosakan ini sudah irreversible. Baru nak pi mesyuarat.

    Tapi para perwakilan ke Muktamar di Batu Pahat jangan tertipu dengan tindakan ini. Ini mungkin strategi nak melembutkan hati perwakilan jer.Cerita pokoknya, TGHH dan geng UGnya dah hampir memusnahkan usaha PAS sejak 60 tahun lebih.

    Kalau keputusan Muktamar Ipoh 2008 pun geng UG tak heran, masih bergerak bebas menggunakan jawatan2 mereka untuk mencapai hasrat nak berpekokan dengan UMNO. Statement sebegini xde maknanya.

    Sebenarnya, dengan kerosakan yang betlaku, tindakan yang paling sesuai ialah untuk TGHH meletak jawatan segera. Kumpulan UG juga patut berbuat begitu juga secara sukarela. Orang kenal siapa mereka kerana dah 6 tahun mereka dok petkuda PAS. Jika tidak meteka perlu diturunkan dari jawatan2 meteka dalam pemilihan tahun depan.

    Jadi para perwakilan, awas dengan permainan tabur gula2 nanti.

    ReplyDelete
  5. Nak berjumpa 6 bijik mata?
    kah kah kah kah kah!!!
    akan bertambah kusut musut lagi ada.

    ReplyDelete
  6. saya tak fikir yg hj hadi bercakap benar sbb beliau dah banyak kali menipu dan memfitnah...saya sangat2 hairan bagaimana org pas boleh menerima dan kekal taat kpd hj hadi walaupun dia seorang yg lemah, kluk klek dan tiada wawasan.

    ReplyDelete
  7. last minit lain cerita daa ! buang geng 'UG'& ABU !

    ReplyDelete
  8. Perjumpaan ketua PR diakhiri dgn salam n peluk..tanda bermaafan n bersatu..penyokong PR dah muak tgk wayang camni....
    Selagi puak UG hidup dlm PAs..masalah tak selesai...

    ReplyDelete
  9. Presiden datang dan Presiden pergi berganti ganti. Tapi PAS tetap utuh berdiri sendiri. Marilah kita selamatkan PAS sebelum kena curi, ehwal Presiden biarlah dia selesai sendiri.

    ReplyDelete
  10. sdr. bat8, Libang Libu dan Anon 11:09 PM

    PAS boleh diselamatkan tetapi masalahnya bagaimana nak mneyelamatkan bahtera sekiranya Nakhodanya mabuk laut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Pertama kita kena faham golongan TGHH dan UGnya adalah golongan minoriti di dalam PAS. Sebahagian besarnya hanyalah dari PAS Ganu yang pelik. Kita nampak mereka menonjol kerana mereka sudah plan dari awal untuk menguasai jawatan2 penting didalam organ2 PAS seperti MSU, JKPP, Dewan Ulamak, Pemuda. Mereka menggunakan jawatan2 parti untuk melakukan aktiviti puak mereka. Ini tektik klasik lah, bukan tektik pelik. Yang pasti mereka adalah minoriti.

      Hakikatnya mereka ini perlu diturunkan dari jawatan masing-masing dalam pemilihan tahun depan. Tidak PAS hancur lebur.Ini harus meniadi matlamat utama golongan majoriti ahli PAS yang masih menyokong keputusan Muktamar Ipoh 2008. Tak kira setinggi mana jawatan mereka pegang, mereka pe4lu diturunkan. Tanpa jawatan, mereka tidak boleh be4buat apa-apa. Masaalah sekarang ialah mereka memegang hampir kesemua jawatan2 penting yang strategik.

      Langkah pertama telah dimulakan oleh PasMa. Sekarang mereka tahu ada platform dalaman yang sentiasa memerhati tindakan mereka. PasMa mesti bertindak jika mereka buat perkara pelik2 seperti memperkudakan MSU, Dewan Ulamak untuk kepentingan mereka.

      Langkah seterusnya menggunakan platform Muktamar ke 60 yang akan berlangsung di Batu Pahat bulan September ini. Bongkar tindakan-tindakan khianat. Minta pertanggungjawaban keatas tindakan-tindakan dari orang-orang yang terl8bat. Paling cantik dapatkan satu perisytiharan muktamar bahawa tindakan2 yang telah dibuat telah tersasar dari dasar semasa PAS dan melanggar perl3mbagaan. Dengan itu ia akan menjadi satu r3kod selamanya.

      Kemudian singkirkan puak-puak UG ini didalam pemilihan tahun depan tak kira siapa dan jawatan apa yang mereka pegang sekarang. Ingat peristiwa p3mberontakan 1982 dulu yang mengulingkan Almarhum Dati Asri. Situasi sekarang lagi besar dari peristiwa2 yang berlaku yang membawa kepada penyingkiran Almarhum Dato Asri. Pembersihan juga kena buat didalam Pemuda PAS Pusat.

      Jika ahli PAS boleh bertindak menyingkirkan Alma4hum Dato Asri yang jauh lebih besar jasanya kepada PAS, siapalah pemimpin2 UG yang kita kenali hari berbanding dengan Almarhum. Alma4hum telah diaibkan dengan agak terang-terangan. Tetapi kita buat jangan sampai kesitu tetapi matlamatnya mereka perlu disingkirkan dari jawatan mereka. Jawatan2 yang mereka p3gang didalam PAS merupakan senjata utama mereka selama ini.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa