Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 12, 2014

PAS: Belum Reda Bergelut Dengan PKR, Timbul Pula Kemelut Dalaman

PAS perlu tawan kemelut dalamannya
Alyaa Alhadjri02:30PM Sept 12 2014

KOMEN: Percanggahan pendapat di kalangan pelbagai ahli di dalam PAS jelas terlihat di dalam membuat interpretasi perlembagaan parti tentang peranan Majlis Syura dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merungkai kemelut Menteri Besar Selangor.
Pendirian PAS di dalam penyelesaian krisis tersebut dijangka mewarnai perdebatan pada mukmatar tahunan parti itu akhir bulan ini. Persoalan yang dibangkitkan ahli serta penyokong PAS tentunya berkaitan kesetiaan kepada presiden serta penelitian terhadap gambaran besar berhubung peranan parti tersebut di dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Biro undang-undang parti (Luham) Selasa lalu berpendapat kedua-dua Majlis Syura dan Abdul Hadi melangkaui bidang kuasa mereka yang termaktub di dalam perlembagaan, namun peguam Wan Rohimi Wan Daud yang juga ahli PAS, dilihat mempertahankan mereka sambil berkata Luham memberi “pandangan salah”.
“Berdasarkan premis perundangan yang dibuat Luham, dan bagi mengelakkan kekeliruan yang tersebar di kalangan anggota serta penyokong PAS, saya menggagahkan diri bagi mengkaji peruntukan berkaitan di bawah perlembagaan parti dan membetulkan kesalahan pokok yang saya percaya dibuat Luham di dalam kesimpulannya,” ujar Wan Rohimi.
“Sekurang-kurangnya, tulisan saya dapat memperkayakan debat dan menawarkan alternatif kepada pendirian perundangan yang dibuat biro yang bertanggungjawab ke atas urusan undang-undang parti,” jelasnya.
Menurut Wan Rohimi, pendirian Luham bahawa Majlis Syura hanya boleh menawarkan pandangan tentang perlembagaan jika dirujuk secara rasmi oleh mana-mana AJK PAS Pusat atau bilamana terdapat kegagalan mencapai persetujuan sebulat suara “tersasar” dan telah “mencemarkan” pandangan menyeluruh tentang isu itu.
Pendirian Luham, mengikut Rohimi, telah memberi gambaran salah terhadap peruntukan di dalam perlembagaan parti – Perkara 8(1)(a) dan Perkara 88(1) – dan pada masa yang sama mengenepikan klausa 8(1)(b) dan 8(2) yang memberi pandangan berbeza.
“Secara mudah, Majlis Syura tidak pernah bertindak di luar kerangka perlembagaan parti, tetapi Luham telah tersasar dengan mengeluarkan kenyataan mencabar pendirian rasmi Majlis Syura,” ujarnya.
Wan Rohimi memberitahu theantdaily bahawa beliau hanya “pemerhati” tetapi disoal beberapa rakan di dalam parti itu bagi memberikan pendapatnya. Di dalam PAS sendiri, Luham bahagian Terengganu menjauhkan diri daripada pendirian tersebut sambil menegaskan mereka tidak dijemput ke mesyuarat di peringkat pusat pada 8 September lalu.
Pengerusi Luham Terengganu Mohd Saifudin Othman sependapat dengan Wan Rohimi yang menegaskan Majlis Syura ditubuhkan bagi memastikan PAS kekal dengan terasnya sebagai parti Islam.
Wan Rohimi enggan menjelaskan lebih lanjut tetapi tidak salah beranggapan bahawa pandangan beliau diminta ahli PAS daripada fraksi ulama bagi memberi justifikasi kepada langkah kontroversi Abdul Hadi menyenaraikan tiga calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Tindakan yang dilihat ‘membelot’ itu bercanggah dengan persetujuan Pakatan, namun dinafikan Abdul Hadi dengan disokong Majlis Syura yang kemudian menggesa ahli parti menghormati keputusan presiden.
Beberapa pemimpin lain turut menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi termasuk ahli parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mendakwa dua ADUN PAS Selangor Hasnul Baharuddin (Morib) and Saari Sungib (Hulu Kelang) merupakan “pembelot” sebenar.
“Apabila dua pembelot ini menyertai PKR, kestabilan PAS mula goyah. PKR telah membelot persahabatan apabila mereka menerima kedua-dua ADUN ini,” ujar Nik Abduh.
Yang jelas, keseluruhan episod ini menampilkan perpecahan di antara fraksi ulama dan profesyenal di dalam PAS menjelang muktamar yang bakal diadakan di Batu Pahat kelak.
Mungkin kemelut MB Selangor sekadar isu sementara bagi PAS, tetapi mungkin juga pertempuran di antara kedua-dua fraksi ini bakal mewarnai muktamar tahun ini.

7 comments:

  1. Amat menyokong supaya Majlis Syura Ulama (MSU) PAS menyetujui dan mengsyorkan supaya PAS keluar dari PR serta merta. Rakyat di Selangor dan rakyat di negara ini amnya dah amat muak dengan kelaku flip-flop (seperti beruk kena belacan) Presiden dan MSU di dalam PAS. Selama ini rakyat terutama Melayu rasa terkekang di hati sekiranya tidak menyokong PAS kerana beranggapan Islam PAS pastinya mengikut Sunah dan roh Al-Quran pastinya dibawa serta diamalkan sepenuhnya oleh para pemimpin mereka. Nah! Kini telah terbukti bahawa individu (ulama) yang asyik berkuliah dan berceramah agama hampir saban minggu pun tidak langsung melambangkan ke-Islaman seperti yang mereka sendiri ajukan malah hasad dengki dan kata-kata dusta yang saban waktu terkeluar dari mulut mereka yang dikatakan ulamak PAS ini. Biarlah diadakan PRN Selangor dan rakyat tidak was-was dan tebuku di hati (tak sampai hati) sekiranya tidak memilih PAS sebagai pemimpin mereka lagi. Lagi mudah rakyat Selangor membuat pilihan.

    ReplyDelete
  2. pas meletakkan al-Qur'an, sunnah, dsb sbg undang2 tertinggi pas. tapi dlm semua pot pet pot pet kemelut ini tiada suatu pun rujukan oleh mana2 pihak kpd mana2 ayat dlm al-Qur'an.

    sehingga LUHAM dlm memberi pandangannya hanya merujuk kpd fasal2 dlm perlembagaan pas tapi tiada rujukan kpd mana2 ayat dr al-Qur'an.

    mana mungkin sebuah entiti mendakwa meletak al-Qur'an sbg undang2 tertinggi tapi tiada merujuk pun pada satu ayat al-Qur'an?

    mari tengok contoh perlembagaan Iran yg pas tiru majlis syura dan unit amal.

    Article 7
    In accordance with the command of the Qur'an contained in the verse ("Their affairs are by consultations among them" [42:38]) and ("Consult them in affairs" [3:159]), consultative bodies... are the decision-making and administrative organs of the country...

    Article 8
    In the Islamic Republic of Iran, al-'amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al-munkar is a universal and reciprocal duty that must be fulfilled by the people with respect to one another, by the government with respect to the people, and by the people with respect to the government. The conditions, limits, and nature of this duty will be specified by law. (This is in accordance with the Qur'anic verse; "The believers, men and women, are guardians of one another; they enjoin the good and forbid the evil" [9:71]).

    Article 11
    In accordance with the sacred verse of the Qur'an ("This your community is a single community, and I am your Lord, so worship Me" [21:92]), all Muslims form a single nation...

    Article 14
    In accordance with the sacred verse; ("God does not forbid you to deal kindly and justly with those who have not fought against you because of your religion and who have not expelled you from your homes" [60:8]), the government of the Islamic Republic of Iran and all Mu slims are duty-bound to treat non-Muslims in conformity with ethical norms and the principles of Islamic justice and equity, and to respect their human rights. This principle applies to all who refrain from engaging in conspiracy or activity against Islam and the Islamic Republic of Iran.

    Article 151
    In accordance with the noble Qur'anic verse:
    (Prepare against them whatever force you are able to muster, and horses ready for battle, striking fear into God's enemy and your enemy, and others beyond them unknown to you but known to God... [8:60]).the government is oblige to provide a programme of military training, with all requisite facilities, fob all its citizens, in accordance with the Islamic criteria, in such a way that all citizens will always be able to engage in the armed defence of the Islamic Republic of Iran...

    ReplyDelete
  3. Bukan saja UMNO yg mengelupur ketakutan tapi konco2 umno dlm PAs ikut mengedik kepanasan kesan dari kajang move.
    Kajang Move...sekurangnya kita dah kenal musuh dlm selimut PR...
    think tank UG terperangkap dgn kajang move.

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dgn anno 7.45.... Sememang kemelut ini membersihkan pr dari pas ug... Selama ni berselindung di sebalik hati buruk hj hadi dan geng pas ug seperti tantawi dan geng serban serta juga dahi lebam... Jg mengajar kita mereka yg beragama bukannya pandai sgt berpolitik dan bernegara... Kejujuran mereka jg terbatas dan mereka bukanlha maksum... Hj hadi bukan maksum... Dia juga buat kesilapanatas kepentingan peribadi membelakangi setia kawan dan ikatan ukhwah... Sanggup bersatu dgn amno yg selama ni xpernah mengangkat alquraan sevagi perlembagaan mereka....adios pas...

    ReplyDelete
  5. Anon 7:07PM

    LUHAM menafsir perlembagaan Pas, apa PAS perlu buat, apa PAS boleh buat dan apa PAS tak boleh buat. Dan apa yang PAS dah buat kepada yang ia tidak boleh buat itu dianggap songsang.

    Al Quran disini berperanan sebagai penunjuk (guidance) atau lampu suluh kearah mana halatuju nak dihala. Oleh itu tidak berbangkit soal al quran tidak di rujuk dalam hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama LUHAM memberi pandangan perundangan berdasarkan perlembagaan PAS.

      PERLEMBAGAAN PAS ADALAH DOKUMEN PERUNDANGAN YANG DIGUBAL BERDASARKAN AL QURAAN, SUNNAH, IJMAK DAN QIAS! - ini ahli PAS tak kira ulamak ke tak kena faham bila menilai apa yang berlaku.

      2. LUHAM menegaskan ia tidak menafikan hak MSU untuk mentafsir. LUHAM bertindak memberi pandangan perundangan sahaja. SIAPA LEBIH LAYAK UNTUK MENGHURAI DOKUMEN PERUNDANGAN IAITU PERLEMBAGAAN PAS? LUHAM ATAU MSU? Siapa yang mempunyai kepakaran mentafsir dokumen perundangan?

      Jelas perkara ini maka kita jelaslah temberang yang cuba menegak benang basah mengenai tindakan MSU yang cuba dipertahankan oleh Ustaz Norazli Musa. Apa kelayakan dia? Peguam?

      Delete
  6. Saya juga mencadangkan MSU dan Hadi supaya keluarkan Pas daripada Pakatan Rakyat memandangkan PAs sudah sangat kuat pada fikiran ketua-ketua ulamanya dan sudah tak ada kerjasama antara ketua-kutua pas yang veto+ U-turn dengan ketua pakatan yang lain. kami penyokong PR telah dibohong Pas pada PRU yang lepas, dengan keluarkan pas dari PR, maka senanglah bagi kami untuk undi jika ada PRU baru. Bolehlah juga kita tengok betapa kuatnya Pas tanpa pakatan.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa