Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 1, 2014

PAS-PKR : Apa Nak Jadi Daa.......?

Pancing sokongan atau pancing ahli?
Sesiapa yang ikut perkembangan dari mula dengan pandangan yang terbuka
Cakap Khairuddin ni pun bukan boleh pakai juga!

'Ada lagi usaha pancing ADUN PAS di Selangor'
mk - 9:49AM - 1 Sep 2014
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya tahu ada lagi usaha untuk memancang ADUN PAS di Selangor.

"Kita ada maklumat lengkap siapa terlibat," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"...dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya lagi.

Beliau juga mengesahkan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Selangor ke-26 semalam sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baru.

Sebelum ini, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin dilaporkan menandatangani Akuan Bersumpah menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tanpa persetujuan dan pengetahuan PAS.

Menurut catatan Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul itu akan diserah kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk diambil tindakan berdasarkan Fasal 82 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.

Kemelut politik di Selangor menjadi lebih tegang apabila Abdul Khalid diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan sokongan 30 ADUN termasuk dua daripada PAS.
    
Berikutan itu, pada Selasa lepas, Abdul Khalid menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepaskan jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan beliau sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.
    
Baginda turut menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembah lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar selewat-lewatnya 3 Sept ini.

13 comments:

  1. Setahu aku kalau PKR nak memancing ADUN PAS memang tak berlaku sebab mereka dah cukup sokongan untuk dilantik sebagai MB Selangor. Yang sangat logik adalah PAS (ingin membalas dendam) sedang memancing ADUN PKR (Azmin dan beberapa orang ADUN pengikut setia beliau) untuk digabungkan dengan UMNO dan geng Berserban Besar (UG). Itu yang mutakhir dan ada bukti serta kebenarannya termasuk ADUN Sri Set**).

    ReplyDelete
  2. Apa yang PAS cakap sekarang , Tak boleh dipercayai lagi . Mereka sangat kuat kelentong , atas nama jer islam ......Mari kita sama-sama menyertai UMNO . UMNO sekarang sudah balik kepangkal jalan . PAS sudah sesat pangkal dan hujung jalan da ..... ! he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO balik kepangkal jalan mana? Jalan chokit ke....hehe

      Delete
  3. Mamat nak alih isu tindakan puak UG menikam kawan je. Sekarang cuba nak tegak benang basah dengan membuat fitnah untuk menunjukkan yang buruk orang yang maksum dan suci geng UG depa pulak.

    Akhlak pejuang Islam macam ni ke? Setahu aku ni perangai Mahathir dan UMNO.

    ReplyDelete
  4. ke pangkal lorong hj taib, la ni umnoo berwasatiyah dgn geng ssarban besar

    ReplyDelete
  5. Din...mu ni cakap macam tau semua... kalu betullah mu ada nama...beritahulah....tunggu apa lagi...dedahkanlah... supaya orang tahu siapa mereka....supaya orang yang nama diumumkan itu dapat mengesahkan kenyataan demo....

    ReplyDelete
  6. cakap dah macam ezam jer..berkotak2 bukti....habok pun tarak...semua kelentong mentong..sebiji mcm mader kuttik...kah kah

    ReplyDelete
  7. depa ni belajar dari mamak kutti la ilmu tikam belakang ,juga fitnah main belakang yang makan bertahun-tahun ,'kutu'runan si kitul & mendaliar punya kerja ! ABU !

    ReplyDelete
  8. Din,tak sedar ke kebantyakan peengundi cina dan india dah menyampah pada Pas,Apa lagi kau tak sedar diri ni,siang-siang hari meroyan,cakaplaj yang ilmiah sikit.Malu aku penyokong Pas ada orang macam kau dalam Pas.ada jawatan pulak tu.ptuuuuih

    ReplyDelete
  9. Kini Pas dah jadi kelamkabut.Mampus Pas .Ptuiiiiih

    ReplyDelete
  10. Blog ini tempat berkumpul puak PKR dan umno atas nama konsensus nasional

    ReplyDelete
  11. PAS sudah tidak relevan dalam politik negara lagi.

    Rakyat tidak lagi percaya kepada sesiapa menjaja jaja agama , sana sini dengan gaya tidak menongkat langit wal hal hati nurani bagai Ayah Pin.

    Nak tipu segelintir rakyat bodoh boleh lah sekali dua , tapi nak tipu semua rakyat susah lah.

    Cukup lah PAS sememamg tiada nilai ekonomi wajar tutup kerana tiada add value kepada bangsa melayu juga bangsa malaysia.

    ReplyDelete
  12. Kalau Anwar setuju dengan konsensus nasional dah lama dia diangkat sebagai Tim Perdana Menteri dan tak perlu lagi dok merayu-rayu kepada puak serban busuk dan janggut cari makan (penyamaran supaya kelihatan wara'). Puak serban tinggi dan berjanggut inilah yang sebenarnya gila nak berkuasa dan gila nak tunjuk kuasa demi membalas dendam atas tiadanya sokongan enakmen Hudud oleh PKR dan DAP. Macam mana nak melaksanakan Hudud jika suatu keputusan mudah pun nak disusahkan? (mesyuarat tunggu seminggu, tapi guna pendapat minoriti atau peribadi pemimpin UG juga). Ini Selangor bukannya Kelantan atau Trengganu yang boleh diugut-ugut atas nama bangsa, sila pandang dengan mata di kepala bukannya mata di kepala lutut.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa