Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 15, 2014

PAS Tetap Perlu Berkawan Dengan DAP: Ini Kata Subky, Hadi Dan Puaknya Bagaimana?

'Masa depan DAP lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting' - Adakah DAP juga merasa sebagaiman PAS rasa?

Adakah PAS memang berangan nak jadi MB Selangor?


DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR, kata penulis veteran 
Published: 15 September 2014
Penulis veteran Subky Latif berkata meskipun Sultan menerima PAS menjadi menteri besar, parti Islam itu tidak akan dapat bertahan sekiranya DAP tidak bersedia. – Gambar fail, 15 September, 2014.

Penulis veteran Subky Latif mengatakan keadaan DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR, memandangkan parti Islam itu mampu membawa parti majoriti Cina itu ke Putrajaya.
Dalam kolumnya di lidah rasmi PAS Harakahdaily, Subky berkata meskipun Sultan menerima PAS menjadi menteri besar, parti Islam itu tidak akan dapat bertahan sekiranya DAP tidak bersedia.
"Jika DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka istana, ia mesti membuat keputusan menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS.
"Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting," katanya.
Subky berkata hanya PAS yang dapat membersihkan imej DAP, lebih-lebih lagi selepas parti itu dan PKR kini dianggap menderhaka kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila hanya menghantar satu nama calon untuk dipilih sebagai menteri besar Selangor.
"Sultan mengkehendaki setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih dari dua nama menteri besar.
"Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP.
"PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya," katanya.
Subky berkata DAP masih relevan buat PAS dan masih dapat bertahan lama sekalipun dengan ketiadaan Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng menjadi warga emas, katanya merujuk kepada dua beranak yang kini berada dalam kepimpinan tertinggi DAP.
"Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
    
"Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar?" soalnya.
Beliau berkata sokongan orang Melayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR banyak daripada PAS.
"Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar.
"Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?," soalnya.
    
"Jawapannya ialah DAP bukan sahaja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian."
Beliau turut membangkitkan persoalan siapa yang akan bertanggungjawab menjaga PKR, salah satu parti komponen dalam PR selepas ketiadaan  Anwar.
Dalam tulisan bertajuk "‎Masa depan Pakatan, PAS dan DAP", Subky berkata masa depan pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP.
"Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR, terutamanya Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya," kata Subky, dalam tulisannya.
   
"Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi."
   
Subky berkata daripada pandangan akar umbi DAP yang diterimanya, parti majoriti Cina itu boleh menerima PAS sebagai menteri besar Selangor sekiranya parti Islam itu meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman sebagai calon mereka.
Kerusi menteri besar Selangor sekarang ini milik PKR yang memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bulan lalu.
Khalid kini mentadbir Selangor atas kapasiti Adun Bebas, bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS selepas beliau memecat enam exco dari PKR dan DAP.
"Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR.
"PAS sekarang hodoh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri," kata Subky. – 15 September, 2014

4 comments:

  1. Sekarang ini dah tiada bezanya penulis Subky Lafip dengan Tuang Presideng-nya. Kedua-duanya suka cakap berpintal-pintal dan makin lalok. Lagi banyak ditulis lagi memeningkan kepala para penyokong parti mereka. Adalah lebih baik beliau menulis berhubung kenyataan dan tuduhan Hj Nakhaei Ahmad (pengasas Harakah) terhadap UMNO dari tulisan berbelit-belit yang dah ketinggalan zaman (Subky suatu masa dahulu bekas Orang Kuat Utusan Melayu dan pernah tewas teruk apabila bertanding di Permatang Pauh melawan Anwar)- Sebab itu gila meroyan sampai sekarang.......

    ReplyDelete
  2. Tuan Subky tak malu ke .Hinatya kamu kerana selama ini kamu menghina DAP .tuk tuk mengajak DAP berkawan dengan kamu dan menghina PKR.Teruknya otak kamu.Betul orang kata makin tua makin melalaut.sepatutnya penulis veteran seperti kamu mendadai dan menyelesaikan isu ini.Ini tidak lain pulak pendapat kamu.Teruknya otak kamu dan Presidenag kamu dan teruknya Pas.

    ReplyDelete
  3. DAP tidak bodoh.mereka tahu taktik PAS untuk ajak berbaik dengan Pas untuk mntadbir selangor bersama Umno.Yang bodoh dan malu adalah Pas.Kemana nak letak muka-muka ulamak yang menghina DAP selama ini?Dasar tamak haloba

    ReplyDelete
  4. Spt kata madey pas pis pus

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa