Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 15, 2014

Gangster Menguasai Kuil?

Rumah ibadat Hindu di Perak dikuasai gangster
OLEH TAMIL NESAN - 15 SEP 2014 (6 HOURS AGO)
A. Paramasivam

Beberapa rumah ibadat Hindu di negeri Perak didakwa berada di bawah pengaruh dan dominasi kumpulan gangster.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, ia akan membawa kesan tidak baik kepada agama Hindu jika keadaan itu dibiarkan berterusan.
"Kuil adalah satu tempat yang suci. Dengan alasan kononnya mengurus kuil itu, kumpulan itu terlibat dalam kegiatan gangsterisme dan kegiatan ini harus dihentikan segera.
"Polis sedang mengawasi dan memantau gerak-geri dan aktiviti mereka secara dekat dan kita perlukan sokongan masyarakat untuk bertindak tegas ke atas mereka," lapor akhbar Tamil Nesan.
Tambah beliau, masalah pergaduhan sesama kumpulan gangster menyebabkan penganut agama Hindu berasa takut terhadap keselamatan yang menyebabkan mereka teragak-agak untuk mengunjungi kuil.
Justeru jelas beliau, pembabitan gangster itu juga membawa persepsi negatif masyarakat pelbagai kaum terhadap agama Hindu. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa