3 September 2014
SATU ketika Umno dikecam kerana bersepakat dengan parti-parti bukan Islam mewujudkan pakatan di bawah bendera Barisan Nasional. Maka pelbagai ayat al-Quran dimanipulasi dan dikumandangkan bagi menjustifikasi kritikan terhadap Umno. Tidak kurang juga yang mendakwa Umno sesat dan terkeluar daripada Islam lantaran melanggar aturan agama.
Ironinya, hari ini parti yang mendakwa Umno sesat kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam pula yang begitu selesa membentuk pakatan dengan bukan Islam terutamanya DAP. Cuma permuafakatan Pas dengan DAP dan PKR dalam pakatan hari ini dimurnikan dengan istilah Arab iaitu tahalluf siyasi.
Secara mudahnya tahalluf siyasi membawa maksud satu bentuk kerjasama politik antara sesebuah gerakan atau harakah Islam dengan mana-mana gerakan lain termasuklah bersama dengan pihak bukan Islam bagi tujuan menghadapi musuh yang sama.
Sebahagian ulama haraki menolak terus idea tahalluf seperti ini seperti Syeikh Muhammad Qutb dan Syeikh Abu Nasr Muhammad bin Abdullah. Manakala sebahagian yang lain mengharuskannya seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan al-Syeikh Muhammad Ahmad al- Rasyid.
Bagi ulama yang mengharamkannya, mereka berhujah berdasarkan dalil ALLAH seperti berikut: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan ALLAH akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka. (Al-Maidah 51-51)
Sebaliknya bagi golongan ulama yang mengharuskan kerjasama politik dengan puak bukan Islam, mereka berhujah dengan dalil-dalil seperti peristiwa ‘Half al-Fudul’ iaitu satu perjanjian yang berlaku pada zaman jahiliyyah di antara beberapa kabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Perjanjian yang melahirkan Sahifah atau Piagam Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujah keharusan kaum Muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum Muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong-menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama.
Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada ALLAH dan Muhammad Rasulullah SAW...”
Walau bagaimanapun, bagi Imam Abu Hanifah semua perjanjian mahupun permuafakatan antara orang Islam dengan bukan Islam yang diasaskan dengan pelbagai dalil di atas perlu mengikuti prinsip atau syarat yang ketat sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Syaibani:
Pertama, dibolehkan meminta bantuan dengan syarat puak bukan Islam itu boleh dipercayai sehingga orang Islam berasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka. Kedua hendaklah hukum Islam yang dominan ke atas mereka atau dengan kata lain puak Islam mesti lebih kuat dan dominan.
Jika diperhalusi syarat-syarat ketat dalam tahalluf siyasi yang diharuskan di atas, maka persoalan yang wajar dibangkitkan ialah permuafakatan manakah yang lebih dekat dengan prinsip Islam?
Apakah gabungan Pas dalam Pakatan Pembangkang ketika ini benar-benar mencerminkan konsep tahalluf siyasi sebagaimana yang diharuskan para ulama muktabar?
Hakikatnya kehadiran Pas dalam Pakatan Pembangkang bukannya bersifat dominan atau lebih kuat sebagaimana yang disyaratkan. Malah jumlah kerusi Parlimen Pas yang hanya 21 berbanding DAP 38 dan PKR 30 kerusi, jelas menzahirkan kedudukan parti berlabel Islam itu dalam Pakatan Pembangkang.
Justeru jika pandangan ulama muktabar dijadikan asas keharusan tahalluf siyasi, maka amat wajar Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan. Tiada gunanya bermuafakat dengan pihak yang secara terang-terangan tidak mahu kepada Islam bahkan secara konsisten menentang konsep Negara Islam.

UMNO nak negara islam ke
ReplyDeletedah 50 tahun lebih memerintah apa yg UMNO buat utk islam
ada kuasa tapi takut nak buat hudud
setakat nak baham duit rakyat boleh la UMNO ni...