Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 3, 2014

Penggunaan Akta Hasutan: Pengerusi Suhakam Sudah Marah!

Tamatkan segera penggunaan Akta Hasutan
Posted on Tuesday, September 02 @ 23:39:09 MYT by paktam
Oleh Tan Sri Hasmy Agam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat bimbang dengan peningkatan yang merisaukan dalam penahanan dan dakwaan di bawah Akta Hasutan oleh pihak berkuasa ke atas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), pelajar serta baru-baru ini seorang ahli akademik.

 Suruhanjaya kesal melihat penggunaan berterusan undang-undang lapuk yang digubal oleh pihak berkuasa penjajah ini untuk menyekat kebebasan bersuara individu semakin meningkat dan seolah-olah digunakan secara tetap.

Tindakan sedemikian oleh pihak berkuasa adalah tidak wajar dan akan terus menyekat hak rakyat untuk membahaskan isu atau menyuarakan pendapat secara bebas yang mana merupakan asas kepada demokrasi yang berkembang maju.


Justeru, Suhakam menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan semula kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa individu di bawah akta tersebut atas kenyataan atau tindakan mereka yang didakwa sebagai bersifat "menghasut".

Adalah penting bagi kerajaan memenuhi janjinya dengan kadar segera untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan "Akta Harmoni Negara" ke arah melindungi hak asasi rakyat kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).  

* Tan Sri Hasmy Agam adalah pengerusi Suhakam.

4 comments:

  1. Apa perlu takut... kalau dah kerja menghasut orang buat kacau sana sini.

    Suhakam... pertubuhan yang berkepentingan peribadi, bukan untuk membela hak asasi pon.

    Kalau Suhakam membela hak asasi manusia, sepatutnya menyokong kerana golongan kecil inilah "kaki menghasut" yang menyebabkan majority rakyat hilang hak asasinya untuk hiduk harmoni dan aman.

    ReplyDelete
  2. Tak payah perduli dengan suhakam... yang hanya bersuara bila pembangkang dikenakan tindakan... waktu rakyat dan pihak kerajaan dituduh dan ditohmah, waktu pembangkang bertindak dgn berdemo dan menyusahkan rakyat, tidak pulak si sial suhakam ni nak bersuara...

    ReplyDelete
  3. Hehehe...golongan kecil inilah "kaki menghasut".... yang mana...yang 47% ke 52%. Adui la...kompius aku...

    ReplyDelete
  4. Siapa penghasut...siapa kempen guna agama dan dan kebencian kaum siapa perkosa@persakit

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa