Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 9, 2014

Aiikk......Ada Lagi Nasi Tambah?

Dengan terlalu banyak mulut yang menjampuk, adakah akan membawa ketenangan atau menjadi lebih kusut? 
Di sinilah nilainya antara cerdik dan kurang cerdik
Lainlah kalau sememangnya PAS berniat angkat kaki

Guan Eng cuba perlekeh Hadi
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
9 November 2014

KUALA TERENGGANU – Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan isu ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Presiden dianggap usaha menjatuhkan nama baik pemimpin itu.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani (gambar) turut mempersoalkan alasan Guan Eng yang baru sekarang menimbulkan isu tersebut.

Menurutnya, kenyataan terbuka Guan Eng berhubung isu itu juga seolah-olah cuba memperlekeh Abdul Hadi sedangkan pemimpin tersebut disifatkan seorang yang komited terhadap mesyuarat dan menepati masa.

“Dari sudut kehadiran di Pusat, bukan beliau sahaja yang tidak hadir, orang lain pun tidak hadir juga, lagipun beliau bukan hanya bertanggungjawab sebagai Presiden Pas dan perlu menghadiri mesyuarat dalam negara, malah turut berperanan di peringkat dunia sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

“Kalau beliau tidak hadir, dalam Pas sendiri ada timbalan presiden, naib presiden untuk mewakili presiden dan bukannya tidak hantar wakil terus,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lim Guan Eng dalam sebuah video yang disiarkan portal berita, baru-baru ini.

Guan Eng mendakwa, Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti dan sering ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR.

Beliau turut menjelaskan, Abdul Hadi pernah memberitahu dalam taklimat politik di Rusila bahawa mesyuarat yang diadakan kadang-kadang tidak sesuai dengan waktu beliau, sebagai contoh, apabila mesyuarat yang ditetapkan jatuh pada Jumaat.

Menurutnya, Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang mengajar ilmu agama kepada orang ramai pada hari tersebut di kawasan Parlimen beliau di Masjid Rusila yang menjadi rutin harian sejak berpuluh-puluh tahun.

“Sepatutnya tarikh mesyuarat perlu mengambil kira masa presiden juga. Apa salahnya kalau tanya sepatah kerana kalau perkara itu penting, tanyalah tarikh mana beliau mempunyai kelapangan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau tidak menolak kenyataan terbuka Guan Eng yang seolah-olah menyerang Abdul Hadi, berlaku selepas agenda Langkah Kajang yang dicetuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, banyak perkara telah berlaku selepas perkara tersebut tercetus yang bukan sahaja berlaku percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR, tetapi juga di peringkat ahli Pas sehingga tertubuhnya Pasma.

4 comments:

  1. Memamg dasar makan duit fitnah sudah pasti lah hati otak semua gelap. Kebiasaannya lahir dari faraj jalang

    ReplyDelete
  2. PAS nak keluar ke apa ke.... lantak kau lah,tapi aku dah 25
    tahun ahli PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Apa kita nak heran dengan perangai puak p3nyokong TGHH terutama kalau datang dari g3ng Ganu.

    Mamat ni dari s3gi jawatan tak ada autoriti langsung untuk mengulas soal ini. Takde kena m3ngena dengan bidang dakwah langsung. Tapi itulah bila ustaz merasakan diri dia ulamak ulung, dia sahaja yang mempunyai les3n besar untuk campurtangan semua pe4kara yang takde kaitan dengan dirinya pun. Tak kira k3na pada t3mpat atau tidak. Tak kira kalau perlu putar b3lit atau tidak.

    Mamat ni pun 2 x 5 d3ngan v3llfire jugak. Tak cerdik-cerdik. Dok merasa dia je cerdik. Orang lain s3mua bodoh. Tak ade rasa malu langsung bila cuba menegak benang basah. Takde rasa malu cuba putar b3lit perkara pokok mengenai tindakan TGHH.

    Inilah yqng dikatakan sikap angkuh sombong. Apa nak diangkuh dan disombongkan pun dia sendiri tak paham. Sedangkan orang lain paham bahawa yang dicuba angkuh dan sombongkan ialah k3bodohan dia s3ndiri! Dah jadi SOP pulak kat puak2 ni......hancur lebur Islam jika berada ditangan mereka.

    ReplyDelete
  4. Kalau setakat memberi keutamaan berceramah agama di DUN Rhu Rendang setiap Jumaat (retorik penyokong Adi Awe) rasanya eloklah Adi Awe letak jawatan sebagai Presiden PAS kerana beliau lebih utamakan kawasan atau kolek politik yang kecil dari mengemudi sebuah bahtera yang besar. Rupanya Adi Awe ini hanya lebai kampung yang diberi mandat untuk memimpin parti di peringkat negara, patutlah cacamarba dan tungang-langgang PAS dikemudikan oleh si lebai kampung ini.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa