Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 1, 2014

Baru Nampak Siapa Waras, Siapa Meracau!

Kalau nampak orang berjanggut itu macam ulama, terpulanglah
 | October 31, 2014

Khalid Samad menjelaskan beliau tidak membantah pembinaan kilang pencetakan tersebut, namun apa yang lebih penting beri kefahaman kepada rakyat mengenai ajaran Al-Quran
Berita Terkait : Khalid, muka ulama perangai macam ular – Azeez
malaysianmuslimscrop-420x0PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Abdul Samad mempersoalkan mana yang lebih penting antara membina kilang pencetakan atau memberi kefahaman kepada rakyat supaya mengikut ajaran Al-Quran.

Menurutnya, beliau tidak membantah sekiranya kerajaan ingin membina kilang percetakan Al-Quran di Putrajaya.

“Kilang itu nak bina tiada masalah tetapi yang terpenting nak beri kefahaman kepada rakyat supaya mengikut ajaran Al-Quran.

Bila kita nak buat sesuatu mesti ada sebab musabab. Kalau kita cetak, Arab Saudi cetak dan yang lain cetak, kalau banyak sangat pun masalah jugak. Jadi pada saya kefahaman dan penghayatan kepada Al-Quran itu sendiri yang paling penting. Itu yang saya sebut,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Khalid menjelaskan berikutan, dakwaan daripada Ahli Parlimen Baling (BN) , Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang menyelarnya di Parlimen semalam mengenai tindakan Khalid yang dikatakan mengutuk usaha pihak kerajaan membina kilang percetakan Al-Quran di Putrajaya.

Azeez juga berkata tindakan Khalid amat memalukan.

“Muka macam ulamak tapi perangai macam ular dalam semak yang mengganggu,” katanya

Namun apabila diminta mengulas mengenai dakwaan Azeez itu, Khalid hanya menjawab itu terpulang kepadanya kerana itu penilaiannya.

“Muka macam ulama itu pendapat masing-masing. Dia nampak orang yang berjanggut muka macam ulama itu tak tahulah saya.

“Kalau dia (Azeez) kata muka saya macam ulama itu baguslah, tapi kalau cakap perangai saya macam ular itu terpulang kepada dia (Azeez). Dia punya penilaian sendiri dan bagi saya apa yang saya kata itu ada asasnya dan logiknya,” jelasnya.

Berhubung mengenai Permata Negara (Permata) tersebut, beliau hanya mengetahui program itu di bawah naungan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Menjadi pertikaiannya bajet yang diberikan kepada Permata ini lebih besar diberikan daripada kementerian lain.

“Sebelum ini juga tiada bajet yang sebesar seperti diberikan kepada program Permata kepada mana-mana bekas isteri Perdana Menteri. Jadi kita tunggulah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi penjelasan terhadap peruntukan yang besar kepada Permata,” ujarnya.

2 comments:

  1. Mamak pedukang nie lagi mangkaq.dia ker yg kena tahan di airport sebab songlap duit.nie ler mangkaq dan ular sebenar nya.

    ReplyDelete
  2. Dari ulasan ini, lagi angkat jadi ceo tabung haji.Sebab cium tangan rosmah terus lantik.Ini lah mentality umno totok yang perogol kanak, beli undi dan banyak lagi mungkar mereka mereka itu lah di lantik jadi ceo risda dan felda. macamna negara tak lingkup.Tujuan supaya mereka senang sebat duit kerana mereka tahu yang di lantik pun pencuri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa